Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 9 Jun 2011

Mahathir segeralah bertaubat!! - Ng Swee Lim



[HD] SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pintu hatinya dah tertutup. Siapa yg menutupinya....tentulah ALLAH swt.... Tiada apa lagi yg boleh dilakukan....Kesedaran datang dr dirinya sendiri....Umurnya sudah semakin dipenghujung....namun keinsafan tiada terpancar...Allah swt berkuasa memberi hidayah kpd sesiapa yg dikehendakinya dan sebaliknya...

Tanpa Nama berkata...

Siapa lak mangkuk DAP ni yang pandai pandai nak tazkirah? Jangan ingat hanya sebab PAS dah terpesong akidah perjuangan, mangkuk DAP ni rasa dah dapat tauliah nak ceramah pasal dosa dan pahala tak tentu pasal.

Dia hanya layak bagi ceramah pada PAS saja sebab mengamalkan ajaran songsang.

rohdijasad berkata...

Si kafir laknat ni anak murid TGNA ke atau tok guru kpd TGNA...??? Bercakap pasal ISLAM macamkan lebih pandai drp org ISLAM lagi!! Apa ler org2 PAS bodoh sgt terima dia ni... Tak usah ler org2 PAS weiii mudah sgt dibodoh2kan oleh si kafir laknat nih... dia ni mengkaji ISLAM bukannya kerana minat nak masuk ISLAM pun, tapi nak gunakan pengetahuan tu untuk mempersendakan org2 ISLAM dan menawan hati org2 PAS jerr... Kalaulah dia ikhlas, tahu dan faham tentang ISLAM dah lama dah dia masuk ISLAM, takkan dia nak peluk agama sesat dia tu lagi.... Walau bagaimanapun didoakan moga suatu hari nanti dia akan mendapat hidayah ALLAH dan meninggalkan agamanya yg sesat dan menerima kebenaran dlm ISLAM. aminnn...

bernama berkata...

paling tidak walau pun dia bukan islam namun boleh bercakap tentang dosa dan halal haram..

yang islam tu kome ingat confirm ke kome islam..yang pasti dalam ic mungkin le..pada hakikatnya belum tentu lagi wei...

salah satu yang boleh menyebabkan terkeluar dari islam..dari segi pemikiran..hati goyang..menafikan hukum islam...dah hanyut dah...

apa yang marah juga kat orang pas..menuduh orang sesat atau songsang tu pun dah lari akidah islam sendiri...bodoh dan bangang sesetengah dari kita ni..hak setiap orang untuk bercakap pasal ugama..pasal Allah...dosa..pahala..

kita sendiri yang mengaku islam pun tak berani cakap begitu..nak marah orang lain pulak...poooorrrrahhhh

Tanpa Nama berkata...

Kepada Bernama 6:12 PM....

Komen saudara..."apa yang marah juga kat orang pas..menuduh orang sesat atau songsang tu pun dah lari akidah islam sendiri...bodoh dan bangang sesetengah dari kita ni..hak setiap orang untuk bercakap pasal ugama..pasal Allah...dosa..pahala.."

Rasanya PAS yang mula mengajar orang mengkafirkan saudara Islam lain yang berpegang pada prinsip perjuangan yang tidak sealiran dengan mereka. Memang juak-juak PAS cakap tak serupa bikin umpama ular yang melengkor.

rohdijasad berkata...

Sesama ISLAM yg mengucap 1 shahadah, mengadap 1 kiblat, 1 nabi dan 1 kitab dimusuhi dan dikafirkan tetapi dgn kalangan yg makan babi, minum arak, berzina, meliwat menyembah berhala dan menyekutukan ALLLAH mereka bersaudara pula... di peluk, disanjung, dipuji, dimuliakan dan dihormati. Sukar memahami mentaliti puak ini. Benarlah agaknya PAS = Puak Akal Sontot. Bertopengkan ISLAM dan memanupulasikan hadis dan AL Quran untuk survival politik dan kepentingan peribadi semata. Semoga persaudaraan PAS dan kafirun ini berkekalanlah dari dunia sampailah ke neraka.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dan Bernama....malu le aku bila org bukan Islam suruh org Islam bertaubat....Lihat le apa yg terjadi pada anak2 muda kita hari ini.....nak salahkan PAS ke....Aku nak tanya kalau UMNO , MCA , MIC bergabung itu dikategori sebagai apa....?????Jangan sedap mulut menghina orang...kalau Cina ni diberi hidayah oleh Allah serta taat pd perintah Allah , macam mana? Kome tuuuuu tentu beriman ke.....atau gerenti masuk syurga ...ke...?????????????

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn Bernama....malu le aku bila org bukan Islam suruh org Islam bertaubat....Lihat le apa yg terjadi pada anak2 muda kita hari ini.....nak salahkan PAS ke....Aku nak tanya kalau UMNO , MCA , MIC bergabung itu dikategori sebagai apa....?????Jangan sedap mulut menghina orang...kalau Cina ni diberi hidayah oleh Allah serta taat pd perintah Allah , macam mana? Kome tuuuuu tentu beriman ke.....atau gerenti masuk syurga ...ke...?????????????

Tanpa Nama berkata...

Yang mengutuk PAS tuuuuuu pi masjid tak....sembahyang jemaah ke. tak tinggal puasa ke, bersedekah ke....kalau buat tu semua....berhati2 dgn kata2....takut sia2 aje buat amal ibadat.....kosong weeeiiiiiiiiiii