Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 27 Jun 2011

Hamidah pilih 'Bulu'



YB Hamidah menyampaikan komputer riba kepada pelajar yg "layak" di Arena Square pagi Isnin.

Komputer riba 1 Malaysia ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia diberikan kepada yang layak dan bukan atas kepentingan politik. Tetapi amat mendukacitakan. Adun Sungai Rapat, YB Hamidah Osman hanya memberikan komputer riba 1 Malaysia ini kepada pelajar yang berada di kawasannya iaitu DUN Sungai Rapat.

Ia bukan dipilih dengan sebab kelayakan seperti miskin ataupun cemerlang tetapi digunakan untuk kepentingan peribadinya. Ramai pelajar yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat sedangkan yang berpendapatan tinggi memperolehinya. Bayangkanlah, anak kepada seorang keluarga antara tekaya di Batu Gajah pun mendapat komputer riba tersebut.

Sepatutnya, komputer riba itu diberikan kepada yang layak, bukannya untuk kepentingan politik. Ini peruntukan untuk pelajar yang layak. bukan peruntukan untuk DUN kawasannya. Keprihatinan beliau amatlah dihargai, namun beliau perlulah adil dan tidak ada kepentingan lain. Kita tidak akan marah pemberian YB jika benar-benar diberikan kepada orang yang layak.
Allah SWT berfirman: “Apabila kamu memutuskan perkara di antara manusia, maka hendaklah engkau memutuskannya dengan adil...” (Surah al-Nisa'/4: 58). wallahualam..

18 ulasan:

mardxh berkata...

salam'alaik :)

tuan punya blog, setahu saya, calon yg menerima netbook 1Malaysia ni dipilih oleh guru di sekolah masing - masing bukannya YB yg pilih. jgnlah nak kaitkan semua benda dgn politik, kalau semua benda dikaitkan dgn politik, apa je lg yg tinggal?

sekian, maaf andai ada kekasaran bahasa ^^

Tanpa Nama berkata...

memang yang pilih nama adalah cikgu, tapi nama-nama itu di bawa pada orang politik melalui ppd, dan yg akhir sekali benda tu menjadi hal politik juga, satu lagi cikgu yang memilih tu adakah benar-benar tidak terlibat dengan poltik, selalunya benda benda macam ini akan melibatkan cikgu yg kuat umno, jadi janganlah memperbodohkan orang dengan menyatakan politik tidak terlibat

Tanpa Nama berkata...

satu lagi, kalau tak mahu libatkan politik, jangan suruh orang politik untuk menyampaikan, mengapa tak suruh pengarah pelajaran atau ppd untuk menyampaikan, jadi mau tak mau, politik juga terlibat

Tanpa Nama berkata...

Kawasan kami di Pusing bila nak kasi komputer riba untuk anak kami takkan
di sungai rapat je jgn lupa duit beli komputer tu pun duit rakyat bukan duit kepala bapak BN punya. ooooo begitu kalau kawasan tu BN menang baru dapat ye..kenapa tak bagi kat semua sekolah. nampak sangat BN tak ada hati perut..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya penulisan, sebelum tulis tanya orang dulu, jangan main hentam sahaja,Tommi pkr pun dapat juga apa hal, politik ke ni

Tanpa Nama berkata...

Tommi itu dia punya pasal ni kat pusing bila nak bagi..anak aku pun nak juga..

Tanpa Nama berkata...

sapa yg kaya dlm batu gajah tu....kaya taik munyak ada ler...wakaka...sebut namanya nak tengok....kaya kunun

Tanpa Nama berkata...

tokei BP ker...guan lee ker...hj baharom ker...porahh

Tanpa Nama berkata...

rasanye yg terkaya di batu gajah orang pas dn banyak yang anak2 orang bukan terkaya pun di batu gajah orang pas....yang miskin pun ade jugak orang pas.... tapi bila anak2 mereka-mereka ni dpt... satu batang hidung makbapak bebudak ni pun tak datang ucap trima kasih kt YB... tu satu criter... yg lawaknye mereka2 yg dulunya melaung2 terlalak duit orang umno duit haram... tapi bila YB sponsor makan masa majlis komputer tu... tek sedor diri...makan tak toleh orang lain... yg paling hampehnye... ade yg tapau bawak balik konon nak bagi anak isteri merasa makanan free.. tak dapat haram... dh dapat halal..

Tanpa Nama berkata...

lepas tu makan tu plak... tak sabo2 bwk anak balik... mungkin malu ler plak .. maner le tau YB ternampak nanti... klu tak malu pun mungkin bila dapat je komputer 1malaysia ni cepat2 nk suruh anak2 bukak satu blog... senang nak balas jasa YB dan kerajaan dengan mengutuk, memfitnah, maki hamun.. yg tu yg dorang tau buat... ngutuk, fitnah, maki hamun sampai berbuih2 mulut nak BERSIH le katakan... criter pasal buih ni..setahu saya mulut berbuih ni sebabnye 2 je...samada makan sabun ataupun gila babi...

Hamdan Rukun berkata...

TIPU DAN TIPU LAGI,

TAK MANA ADA ORANG POLITIK NAK MENYEMAK NAMA BEBUDAK YANG DAPAT. PK HEM YANG CALONKAN. PPD PUN TAK AMBIK TAU. MENYELARAS JER...

DAH TIPU, TUTUP DENGAN NAS !

Tanpa Nama berkata...

Betul la sekolah yang calonkan mengikut Data SMM pelajar. Masalahnya guru sekolah hanya menerima data(tidak pasti betul@tidak) dari pelajar. Sebab itu ada anak org kaya terima netbook disebabkan ada yang menipu tentang pendapatan keluarga.
Sepatutnya serahan netbook diberi tugas kepada kakitangan awam sahaja. Bila ahli politik yang agih nampak sangat mereka yang beri. Padahal netbook tu kerajaan MALAYSIA yang beri.

Admin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Anak baharom rumah besar depan TF pun dapat... die la org kaya tu.. x percaya mari dtg SYS... mmg guru yg pilih pelajar.. tp syaratnya dalam sungai rapat... paham ke org2 komen yg x tahu ape2..

AyahTerkilan berkata...

Budak2 skolah je ke yg dpt..
Dengo citer JKKK pun dpt juge..tp area Kak Midah punya DUN je la yg dpt..Guna peruntukan yg sama dgn bdk2 skolah ke..???
Macam mana ngan Simpang Pulai n Gopeng pny JKKK..???
Ngape pilih bulu,JKKK ni pn bwh Umno Bahagian Gopeng juge.Klu mcm ni tak adil la.
Hal bdk2 skolah tu aku xnak amek tau..Mmg hak deme..tp skolah pn kena pantau juge le..dah ghumah beso gedabak buat apa nk kasi juge..Aje bodoh benor le gurunye klu org kaya pn kasi.

skynet berkata...

Pasal Netbook pun nak dijadikan isu ke? macam budak-budak la. Tolong la berfikiran matang sikit. Kalau nak sangat netbook tu, usaha la sendiri. tak payah nak harapkan bantuan kerajaan je.

Tanpa Nama berkata...

memang la boleh usaha sendiri tapi kalau ada keluarga yang susah nak dapat macammana kesian tu. kalau anak kita sendiri kalau beli barang untuk abang kita mesti beli juga untuk adik bukan apa nanti adik terasa hati dia pun nak juga macam kita berat sebelah pulak. kalau nak bagi biar sama rata islam kan suruh buat macamtu..

Tanpa Nama berkata...

aduhaii..sadisnya..lain kali jgnlah jadi pembangkang.. dah takk dapat nk bangkang2 pulak,,,hahahhahahaahahahaha..bodoh nak MAMPOSS!!