Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 18 November 2009

Karpal terima cabaran Nazri

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menerima cabaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mencabar beliau mewakili Peguam Negara dan diberi kuasa untuk mendakwa bekas peguam, Datuk VK Lingam.

Menurutnya, cabaran tersebut diterima kerana berpendapat Lingam memang terlibat dalam skandal pemilihan hakim dalam klip video yang menjadi perhatian negara tidak lama dulu dan menyifatkan keputusan mahkamah melepaskan Lingam sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Katanya, skandal klip video Lingam ini telah mengakibatkan imej sistem kehakiman negara menjadi teruk di mata dunia dan rata-rata penduduk negara ini sudah tidak mempercayai lagi proses undang-undang negara.

Tiada ulasan: