Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 19 Oktober 2009

TG Abdul Hadi seru ahli Pas buat perubahan

demokrasi93.blogspot.com

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli parti itu ‘membina’ pandangan umum dengan mengadakan hubungan lebih baik bersama masyarakat melalui imej untuk me-ngembalikan semula mood rakyat agar menyokong parti itu.

:Menurut Abdul Hadi, ahli Pas juga perlu merancang penguasaan gerakan parti tersebut dalam ma-syarakat dengan memikirkan cara terbaik ke arah memungkinkan parti itu memimpin rakyat.

:Beliau berkata, setiap ahli parti mesti menggabungkan diri dan terus komited dalam satu saf perjuangan agar menjadi orang berjihad, bukannya individu yang duduk tanpa berjuang.

:“Dengan menyedari kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa me-nyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan satu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam,” katanya.

:Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap-tama Ijtima’ Kepimpinan Pas negeri Terengganu 2009 di depan lebih 4,000 peserta yang diadakan di Markas Tarbiyah Pas Kubang Lembek, Manir, di sini kelmarin.

:Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib dan semua barisan kepimpinan Pas peringkat negeri, kawasan serta sayap parti.

:Abdul Hadi memberitahu, dalam menguruskan perubahan, peranan organisasi Pas dari atas sehingga peringkat bawah sama ada sayap mahupun lajnah hendaklah digaris pandu pencapaiannya melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

:“Latihan kepada petugas dilakukan secara berterusan dan Pas juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang agar mereka dapat membantu parti,” katanya.

:Katanya, kewujudan Pemuda Pas adalah untuk menjamin kesinambungan perjuangan parti dan me-ngembangkan pengaruh parti itu kepada golongan muda terdiri daripada pelbagai latar belakang serta budaya.

:“Pemuda Pas harus berusaha melahirkan golo-ngan muda yang berilmu, berketerampilan, beriman dan bersemangat manakala aktiviti hiburan serta sosial yang menjadi penghubung mereka perlu diurus dengan bijak tanpa melangkaui batas syariah,” katanya.

Tiada ulasan: