Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 15 Oktober 2009

Masyarakat lekang agama faktor BN menang: Idris Ahmad



demokrasi93.blogspot.com

SHAH ALAM - Masyarakat dan anak muda Bagan Pinang yang lekang daripada ajaran agama Islam di samping suasana masjid dan surau yang malap adalah satu kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Ahad lalu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, kemenangan BN itu juga hanya sementara sebaliknya dalam jangka masa panjang akan merugikan masa depan politik parti itu kerana imej sebagai parti hipokrit dalam soal integriti dan moral tidak dapat dihapuskan.

“Suasana malapnya masjid dan surau adalah kelebihan kepada UMNO contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri yang tidak sampai 20 orang mengerjakan jemaah solat maghrib. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh memberi gambaran Islam yang sebenar cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.

“Selain itu, budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat didominasi UMNO contohnya seorang imam masjid dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi Ketua UMNO cawangan.

“Oleh kerana takut jenazah tidak terurus, nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada Pas,” katanya dalam kenyataan analisis awal Pilihan Raya Bagan Pinang kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, masyarakat India pula terpengaruh janji Timbalan Perdana Menteri kerajaan memperuntukkan projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dickson seluas 0.6 hektar.

“Selalunya orang miskin akan menjadi makanan UMNO dalam pilihan raya. Masyarakat India di estet yang hanya gaji RM11 sehari juga kelebihan kepada UMNO.

“Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil tidak diketahui oleh mereka. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen saja,” katanya.

Tiada ulasan: