Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 10 Oktober 2009

PERKEMBANGAN PILIHAN RAYA KECIL DUN BAGAN PINANG

Sebahagian daripada penyokong PAS bersorak dan merayu undi di saat-saat akhir di peti undi di Ladan Siliau di sini pada Ahad. Foto THE STAR Oleh: LOW BOON TAT
TAHAN... Ekoran pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang.2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang:

12.10 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 4,220 atau 46.5 peratus telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

11.25 pagi: Sehingga pukul 11 pagi, seramai 3,239 atau 35.7 peratus telah keluar mengundi.

11.20 pagi: Pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan. 2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis. 11.05 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata hasil tinjaun di beberapa buah pusat mengundi, beliau berpuas hati dengan proses pengundian walaupun keadaan cuaca hujan di sebelah pagi tadi.

11 pagi: Calon BN, tan Sri Mohd Isa Samad yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Hingga saat ini saya yakin dengan sokongan yang diberikan, insya-Allah pengundi di Bagan Pinang akan memberi kepercayaan kepada BN," katanya ketika meninjau pusat mengundi di Si Rusa.

10.20 pagi: Setakat pukul 10 pagi jumlah keluar mengundi ialah 2, 168 atau 23. 9 peratus.

10 pagi: Di SRJKC Ladang Siliau, juga terdapat penyokong BN dan PAS yang masih berkempen. Namun keadaan masih lagi terkawal.

9.20 pagi: Di pusat mengundi SK Panglima Adnan, situasinya juga sama dengan kedua-dua penyokong PAS dan BN masih merayu undi dan berkempen pada hari pengundian. Keadaan juga tegang di sekolah tersebut.

9.15 pagi: Sehingga pukul 9 pagi jumlah keluar mengundi ialah seramai 1,058 atau 11.6 peratus.

9.10 pagi: Kira-kira 100 meter dari peti undi SK Telok Kemang,suasana menjadi tegang dikalangan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang hadir. Masing-masing bersorak melaungkan nama parti mereka. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

8.55 pagi: Hujan renyai-renyai kembali turun di kawasan Telok Kemang namun ia tidak menghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

8.15 pagi: Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang mendapati kira-kira 100 pengundi mula hadir di pusat undi berkenaan.

8 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil N 31 DUN Bagan Pinang bermula.

7.50 pagi: Suasana di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

7.45 pagi: Hujan telah pun berhenti, cuaca kembali terang dan keadaan trafik di Bandar Port Dickson bergerak lancar.

7.30 pagi: Keadaan mendung dan hujan turun renyai-renyai.

7 pagi: Hujan turun dengan lebat di kawasan Telok Kemang.

Tiada ulasan: