Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 31 Oktober 2009

Isu PAS Selangor: Jawatankuasa disiplin kenal pasti pihak perlu beri keterangan

ustdtuansmallc

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS yang bermesyuarat kali pertama hari ini bagi menyiasat isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor telah mengenal pasti beberapa pihak yang terlibat untuk memberikan keterangan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak-pihak berkenaan akan dihubungi dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kita dah kenal pasti beberapa pihak yang akan dipanggil untuk berikan keterangan.

"Kita perlu berikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk beri penjelasan berhubung beberapa perkara," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali termasuk dalam senarai pihak-pihak yang akan dipanggil memberi keterangan itu, Tuan Ibrahim enggan mendedahkannya.

"Saya tak boleh komen lebih, perkara ini masih diperingkat siasatan," katanya.

Pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu lalu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu supaya menyiasat mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS Selangor.

Bagaimanapun Abdul Hadi menafikan siasatan yang dijalankan itu memfokuskan kepada Hassan sebaliknya menegaskan ia akan dijalankan terhadap PAS Selangor secara keseluruhannya.

Isu ini timbul ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan nama Hassan sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan pro-kerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata pada mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam bermula pukul 10.30 pagi tadi telah meneliti beberapa dokumen yang berkaitan.

"Pihak jawatankuasa disiplin telah meneliti beberapa dokumen, dari situ baru kita kenal pasti pihak-pihak yang berkaitan itu," katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan parti akan mengeluarkan surat kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan mereka perlu memberi jawapan dalam tempoh 14 hari.

"Kita akan berikan surat kepada mereka dalam masa terdekat, mereka perlu jawab dalam masa 14 hari.

"Mereka ada peluang untuk jelaskan kepada kita sebelum apa-apa tindakan lanjut diambil," katanya.

Dr Asri kesal difitnah hina ulam

posted by paeh

mufti_perlis

DAMANSARA - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu.

Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.

Menurutnya, antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat.

“Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan Yadim boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan.

“Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.

Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.”

Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia.

Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua Yadim oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar sekitar ceramah PR di Chemor

demokrasi93.blogspot.com

Majlis Rakyat bersama Pemimpin dihadiri lebih 10,000 orang meskipun dalam hujan renyai yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Chemor , Ipoh malam tadi. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS pusat, Dato Seri Ir. Nizar Menteri Besar Rakyat Perak, Dato Ngeh Ho Kam Pengerusi DAP Perak dan Mustafa Kamal Ayob Pengerusi PKR Perak.


Image Hosting by imagefra.me


Image Hosting by imagefra.me
Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Image Hosting by imagefra.me

Dun Perak bubar Jumaat depan

Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan pada hari Jumaat minggu hadapan.

Begitu perkhabaran yang disampaikan oleh YB Nga Kor Ming tengahari semalam kepada pemimpin dan juga peserta konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh semasa sesi tertutup untuk perbahasan peserta.

Menurut beliau, berita itu baru sahaja diterimanya. Laungan takbir dan tepukan gemuruh daripada peserta-peserta konvensyen menggamatkan seketika dewan utama hotel berkenaan.

Pemilihan hari Jumaat depan sebagai hari pembubaran Dun Perak adalah kerana perbicaraan kes Dato Seri Nizar vs Zambry akan didengar di Mahkamah Persekutuan Khamis (5.11.09) hadapan.

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan itu memihak kepada Dato Seri Nizar, keesokan harinya Pakatan Rakyat akan memohon kepada Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk dikembalikan haknya kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Kesemua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat diminta untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.ajijoi.blogspot

Jumaat, 30 Oktober 2009

Nik Aziz Janji Beri Ganjaran Jika Kelantan Menang Piala Malaysia

demokrasi93.blogspot.com

KOTA BAHARU, 28 Okt - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz

Nik Mat berjanji akan memberikan ganjaran jika pasukan Kelantan berjayamenjuarai Piala Malaysia musim ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan itu

sejajar dengan kejayaan Kelantan dalam sukan bola sepak. kelate.net

DAP minta ahli tidak buat spekulasi isu Pas

demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM – DAP mengingatkan ahli parti tidak buat sebarang spekulasi terhadap pemimpin Pas Sel:angor sebelum sebarang keputusan hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin parti itu diumumkan.


:Timbalan Presidennya, Dr Tan Seng Giaw berkata, peringatan menghentikan sebarang spekulasi terhadap parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) penting bagi memelihara keutuhan parti pembangkang.


“Biarlah Jawatankuasa Disiplin Parti Pas menjalankan siasat terdahulu menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang betul.


“Janganlah terus memberi spekulasi bahawa pemimpin Pas seperti Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bermasalah yang menjadi punca masalah hubungan antara parti gabungan dalam PR di Selangor sedangkan ianya masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mesyuarat Khas Pas meminta agar Jawatankuasa Disiplin Parti menyiasat Pas Selangor berikutan mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga menggugat keutuhan hubungan dengan PR.


Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong menegaskan, setakat ini hubungan pemimpin DAP dan PKR dengan Pas di Selangor masih utuh.


Rabu lalu, semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersama barisan Pesuruhjaya Negeri memutuskan mengadakan Seminar Memperkasa Parti menggantikan Muktamar Pas (EGM) dan mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat menegnai beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor.

Wanita muslim Acheh Barat dilarang memakai seluar ketat . MALAYSIA bila pula??



Wanita muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan (gambar hiasan)

WANITA muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan.

Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu.

Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka.

Kaum lelaki juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek.



Lelaki muslim juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek (gambar hiasan)

Tetapi, tidak dimaklumkan sama ada kaum lelaki akan diberi pakaian gantian jika mereka ditangkap memakai seluar pendek. Hukuman apa yang akan dikenakan buat lelaki Islam yang melanggar peraturan itu juga tidak dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Daerah Acheh Barat Ramli Mansur berkata penduduk yang bukan beragama Islam tidak perlu mengikuti peraturan tersebut.

“Kami menghormati hak penduduk bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak perlu risau mengenai peraturan baru ini,” jelasnya lagi.

“Kaum wanita hanya dibenarkan untuk memakai seluar sehingga buku lali mereka dan seluar itu juga mestilah longgar. Mereka hanya boleh memakai seluar di dalam skirt,” ujarnya lagi.

Menurut Mansur lagi, jika ada sesiapa yang membantah, dia berpesan kepada mereka supaya tidak marah terhadapnya kerana dia hanya mengikut tuntutan agama Islam.

Dr Asri sertai PAS ???

demokrasi93.blogspot.com

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.

PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.MSTAR

Mahkamah benarkan Speaker Kedah semak keputusan SPR

posted by PAEH

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan. - Bernama

PAS dengan UMNO jauh bezanya

demokrasi93.blogspot.com

sebenarnya PAS dan UMNO jauh berbeze.setiap sudut sangat berbeza.terlalu besar perbezaanya.


Perbezaan Pertama....


UMNO - ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan melayu di Tanah Melayu serta menuntut ke
merdekaan dari British.

PAS - ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kepentingan umat islam setelah UMNO enggan menjadikan islam sebagai DASAR perjuangan.

Huraian - Walaupun berjuang untuk kebangsaan melayu tetapi UMNO berjuang juga untuk islam sebab orang melayu adalah islam, kebanyakannya. Andainya orang melayu bukan beragama islam, UMNO tetap juga perjuangkan agama orang melayu itu, sebab UMNO ialah "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".

PAS menjadikan islam sebagai dasar perjuangan. Melayu, Cina, India dll turut diperjuangkan PAS asalkan mereka islam. PAS juga mahukan kemerde
kaan Tanah Melayu tetapi kemerdekaan yang dimaksudkan adalah kemerdekaan yang berteraskan islam.


Perbezaan Kedua....


UMNO - Penubuhan UMNO direstui oleh British. Pemimpin UMNO mendapat tempat yang baik di sisi British contohnya Dato Onn, Tunku Ab Rahman, Dato Ab Razak dll. Malah mereka menjawat jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi.
PAS - Penubuhan PAS tidak disenangi British. Induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan oleh British. Pemimpinnya ditangkap. British menganggap pemimpin PAS sama bahaya dengan komunis.

Huraian - PAS dan induknya Hizbul Muslimin tidak disenang British kerana dasar islamnya. Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan redha selama-lamanya kepada islam. British merestui UMNO (dan rakan kongsinya MCA dan MIC) kerana mereka bukan parti agama. Jika UMNO memperjuangkan isl
am, nasib UMNO sama dengan PAS di sisi penjajah. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan kongsinya secara selesa kerana mereka tahu golongan ini akan meneruskan dasar sekularnya.

Perbezaan Ketiga...


UMNO parti kebangsaan sedangkan PAS parti agama.

Huraian -

UMNO ditubuhkan di atas semangat kebangsaan. PAS ditubuhkan di atas semangat keislaman. UMNO sering mendakwa PAS parti yang menggunakan agama untuk politik. Itu pendapat yang silap. Sebenarnya PAS menggunakan politik untuk agama. PAS menggunakan segala-segalanya, termasuk politik, untuk agama. Itulah tujuan insan dijadikan di atas muka bumi.

Adapun UMNO, parti itu sering menolak agama kerana politik. UMNO menolak pengharaman judi, arak, kelab malam, snooker dsb kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan poltik bagi UMNO. UMNO menolak hudud di atas sebab politik BN. UMNO akan hanya menerima agama seandainya perkara agama tersebut mendatangkan keuntungan kepada UMNO seperti pungutan zakat, Bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dll. Satu-satunya kerajaan negeri yang menyimpan wang dalam Bank Islam ialah kerajaan Negeri Kelantan. Ini buktinya BN menubuhkan Bank Islam untuk tujuan politik, kerana kerajaan BN sendiri tidak menyimpan dalam Bank Islam malah lebih berminat menyimpan dalam bank riba.


Perbezaan Keempat..


Pemimpin UMNO dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat. PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat kepimpinan.

Huraian

Dalam pemilihan pemimpin UMNO, pemimpin sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan dari segi kewangan. UMNO tidak meletakkan syarat ketakwaan atas kemuliaan akhlak sebagai syarat wajib pemimpinnya.

PAS sebagai jemaah islam menjadikan penghayatan islam sebagai ciri kepimpinannya. Mereka yang melanggar etika islam, dengan sendirinya terlucut keahlian PAS, apatah lagi sebagai pemimpin. Andainya terbukti seorang pemimpin PAS melakukan rasuah, pecah amanah dsb, beliau hilang kelayakan memimpin jemaah PAS. Dikalangan pemimpin UMNO, fenomena pecah amanah sering berlaku. Politik wang (rasuah politik) berluasa di kalangan mereka. Ingatlah hadis bermaksud " Orang yang memberi dan menerima rasuah tempatnya di neraka".

UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam mesyuarat agung mereka umpamanya, perwakilan wanita dan lelaki diatur bercampur gaul, sedangkan dalam perhimpunan PAS mereka diasingkan mengikut kesusilaan islam. Dalam muktamar PAS, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Malah perhimpunan agung Pemuda UMNO yang lepas terus berlaku hingga ke Maghrib; bahkan ketika azan maghrib berkumandang, ramai yang bersorak riuh rendah kerana keputusan pemilihan pucuk pimpinan diumumkan (disiarkan secara langsung di RTM dan TV3)

Siapa yang lebih berminat dengan islam?

Dalam islam, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Kepimpinan bukan dipohon tetapi dilantik. Dalam UMNO, seseorang perlu mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin. Ini bukan etika islam. Sesiapa yang mencalonkan dirinya sendiri sebagai pemimpin dengan tersendiri kelayakkannya gugur.


Perbezaan Kelima...


Rujukan tertinggi UMNO ialah "Perlembagaan Negara Malaysia".
Rujukan tertinggi PAS ialah Al-Quran.

Huraian

Sebagai jamaah islam, PAS meletakkan Al-Quran sebagai undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang undang-undang, akta, pindaan, perlembagaan dsb. yang bercanggah dengan Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Inilah dasar pemerintahan islam.

UMNO dan BN meletakkan "Keluhuran Perlembagaan" dan "Kedaulatan Undang-Undang" kepada "Perlembagaan Negara" dan "Undang-undang Federal". Perlembagaan Negara memberi peruntukkan tertinggi kepada "Undang-undang Federal" iaitu sebarang undang-undang lain (termasuk undang-undang syariah negeri) akan terbatal jika bertentangan dengan undang-undang negara itu.

Ini bermakna undang-undang syariah negeri yang dipetik dari Al-Quran akan terbatal jika ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Sebagai contoh, "berzina suka sama suka" di sisi undang-undang negara tidak menjadi kesalahan, tetapi islam meletakkan hukuman 100 rotan atau rejam.

Dalam kes percanggahan seperti ini, perlembagaan memberikan kemenangan kepada undang-undang negara.

Ini bermaksud, Al-Quran hanya menjadi panduan undang-undang negara andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang itu.

Dengan kata lain, Al-Quran menjadi rujukan yang lebih rendah tarafnya daripada undang-undang negara. UMNO menerusi BN terus mengekalkan perkara ini walaupun setelah hampir 40 tahun merdeka. Bahkan pemimpin UMNO membuat ketegasan bahawa perlembagaan tersebut akan dipertahankan selama-lamanya selagi UMNO/BN memerintah Malaysia.

Apakah sikap anda dalam perkara ini?

Undang-undang hudud Kelantan tidak dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukkan tersebut. Hudud Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, sedangkan hukum hudud dipetik dari Al-Quran.

Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubalkan akta yang bertaraf undang-undang. Dalam islam, pemimpin bukan menggubal undang-undang tetapi melaksanakan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran. Parlimen hanya boleh membincangkan bagaimana undang-undang itu boleh dilaksanakan, bukan mencipta undang-undang.


Perbezaan keenam..


UMNO sering mengemukakan slogan " Ketuanan Melayu" manakala PAS menyeru kepada "Ketuanan islam"

Huraian -

Ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO semakin hari semakin terhapus.

Tanah rezab melayu beransur-ansur kurang dan kalau digantikan pun, di kawasan yang terpencil.

Bahasa melayu kian terpinggir dalam arus pendidikan. Kolej dan Universiti mengutamakan bahasa inggeris.

Bangsa melayu secara beransur-ansur ditukar menjadi bangsa Malaysia. Kad pengenalan baru hanya menggunakan "bar-code" untuk menyatakan agama dan bangsa, bukan bertulis secara jelas seperti dulu.

Sensitiviti umat melayu kepada kes murtad menjadi kurang. Kemurtadan di kalangan masyarakat sering berlaku. Tanyalah Pejabat Pendaftaran Negara, berapa ramai melayu yang sedang menunggu giliran untuk menukar nama dan agama.

PAS menyeru kepada "ketuanan islam". Malaysia untuk semua bangsa - melayu, cina, india dll. Masing-masing bebas mengamalkan budaya mereka. Bahasa masing-masing perlu dipupuk bersama kerana bahasa adalah anugerah Ilahi. Ketuanan islam menjamin seluruh rakyat diberi pembelaan yang adil seperti yang dinyatakan Al-Quran, tidak kira sama ada dia muslim atau bukan muslim.

Walaupun UMNO menyeru slogan "ketuanan melayu" tetapi ia membuka keahliannya kepada semua bumiputra, islam atau bukan islam. Berapa ramai bumiputra Sabah yang bukan islam telah menyertai UMNO sekarang.

UMNO kini bukan lagi parti melayu-islam.

Andainya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a masih hidup dan datang ke Malaysia, mereka tidak boleh menganggotai UMNO sebab mereka bukan melayu dan bukan bumiputra. Akan tetapi kedua-dua sahabat yang mulia itu boleh menyertai PAS kerana PAS untuk semua orang islam.

Itulah perbezaan ketuanan melayu dan ketuanan islam.

Perbezaan ketujuh..


PAS berpegang kepada falsafah "politik sebahagian agama" manakala UMNO berpegang kepada falsafah "politik dan agama perlu diasingkan".

Huraian - Sunnah Rasulullah s.a.w. yang terbesar ialah pembentukan negara islam Madinah. Setelah negara islam terbentuk, semua kegiatan agama telah dijalankan Rasulullah s.a.w. seperti hubungan antara kaum, peperangan, perdamaian, dakwah (khususnya kepada ketua kerajaan asing), jihad, ekonomi dsb. Kesemua kegiatan tersebut dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai rasul, pemimpin, pendidik dan pendakwah. Kesemua kegiatan agama dan harian ditadbirkan Rasulullah s.a.w dalam sistem politik pemerintahan islam yang pertama itu.

Sirah ini menggambarkan bahawa politik atau siasah ditadbirkan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian daripada agama. Politik menjadi "payung" kepada seluruh kegiatan islam.

PAS yang mengamalkan sistem politik islam mengambil perjalanan sirah tersebut sebagai ikutan.

Sebaliknya UMNO mengamalkan dasar sekular iaitu politik dan agama perlu diasingkan. Dalam amalan politik sekular, kegiatan agama seseorang adalah bersifat peribadi. Mengikut UMNO, politik adalah urusan dunia yang boleh ditadbirkan mengikut kesesuaian masa dan suasana. Mereka lupa bahawa semua tindakan manusia dikawal oleh agama. Islam telah menerangkan semua perkara dari sekecil-kecilnya, seperti cara-cara membuang air kecil hinggalah kepada politik antarabangsa. UMNO terpengaruh dengan sistem sekular British yang mentadbir negara secara terpisah dari agama. Bukankah UMNO anak didik British yang paling setia?

Saudara/i pembaca yang dikasihi,

Sesungguhnya politik atau siasah tidak boleh dipisahkan dari agama. Banyak hukum agama seperti hukum qisas, penderhakaan, peperangan, murtad, hudud, jihad, dakwah dsb. TIDAK DAPAT dijalankan tanpa negara.

Ayat Al-Quran tentang puasa dan tentang qisas adalah senada -

"Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas ... " (Al-Baqarah, 2 : 178)

"Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa..." (Al Baqarah, 2 : 183)

Sekiranya puasa, semua muslim mengakui kewajibannya dan terus dilaksanakan, kenapa pula hukum qisas perlu ditangguhkan dan dianggap tidak wajib seperti puasa?

Demikian juga hukum murtad, hukum hudud dll.


Perbezaan kelapan..


UMNO/BN sedang menuju "Wawasan 2020", PAS pula menyeru kepada "Wawasan Akhirat"
Huraian -

UMNO/BN menjadikan 2020 sebagai tahun matlamat pembangunan industri negara. PAS berpandangan lebih jauh dari itu, iaitu setiap tindakan pembangunan haruslah mengambil kira nasib kita di akhirat kelak.

UMNO menekankan pembangunan fizikal negara seperti Menara KL, Menara Kembar, Bandar Jajar KL dll. Akan tetapi pembangunan jiwa rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu, tidak diutamakan. Muda-mudi mengamalkan budaya maksiat, bohsia, bohjan, penagihan dadah, rock, punk dan seribu jenis lainnya. Ketahuilah bahawa budaya punk bermula daripada majlis seperti sambutan tahun baru masihi (awal Tahun Hijrah dilupakan), kemudian meningkat kepada konsert rock spt Michael Jackson, Scorpions dsb., kemudian bersekedudukan tanpa nikah dan akhirnya punk. Janganlah ditangisi gejala punk tetapi dimasa yang sama menganjurkan hiburan rasmi awal tahun hingga ke larut malam.

Apabila UMNO/BN menganjurkan program muda-mudi spt Rakan Muda, pencampuran lelaki perempuan menjadi satu kemestian. Di sini bermulanya padah keruntuhan akhlak. Bila larian merdeka dsb dianjurkan, larian disertai lelaki perempuan yang bercampur gaul. Itulah dasar sekular pembangunan negara. Kononnya satu bangsa Malaysia boleh diwujudkan menerusi kegiatan tersebut. Ingatlah bahawa 'Wawasan Akhirat' yang menghitung dosa pahala tidak mengizinkan perkara sedemikian.

PAS sering didakwa menolak pembangunan. Sebenarnya, tiada seorang pun insan yang waras menolak pembangunan. Pembangunan islam ialah pembangunan negara yang tidak mengorbankan akhlak. Pembangunan fizikal dan rohani, yang dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat, yang miskin atau yang kaya. Pembangunan UMNO/BN kini hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya sahaja. Mampukah orang kampung untuk menikmati secawan kopi di Menara KL?

Sejarah membuktikan bahawa pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan pencakar langit oleh kaum 'Ad, yang belum pernah berlaku di mana pun di dunia ini ketika itu, telah membawa kemusnahan kepada kaum itu oleh bala Allah (rujuk Al-Fajr:6-8). Ini bermakna, pembangunan fizikal semata-mata boleh membawa bencana katastrofi yang padah, andainya "wawasan dosa pahala" tidak diambil kira. Taufan Greg harus menjadi iktibar kita semua. Apalah Taufan Greg kalau dibandingkan dengan 'azab kaum 'Ad.

Ada kajian rambang dijalankan di kalangan pelajar sekolah menengah di WP KL beberapa tahun lalu. Hasilnya 85% pelajar tidak sembahyang fardhu. Inilah akibat politik sekular yang hanya menangani "pembangunan 2020".

Seluruh pemimpin UMNO/BN bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap fenomena ini dan seribu satu macam fenomena lain yang melibatkan keruntuhan iman dan akhlak muda-mudi.

Kita yang "memangkah"? - jawablah masing-masing di depan Allah s.w.t.




Perbezaan kesembilan..


Model kepimpinan UMNO ialah "kepimpinan melalui teladan" manakala model kepimpinan PAS ialah "Kepimpinan ulama'"

Huraian -

"Kepimpinan Ulama' adalah penerus "kepimpinan anbia" sebab ulama' adalah pewaris anbia. Kepimpinan ulama adalah sinonim dengan kepimpinan islam yang diteladani menerusi kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' Ar-Rasyidin. Ini adalah model kepimpinan PAS.

UMNO menyeru kepada "kepimpinan melalui teladan". Kepimpinan ini sangat longgar berbanding dengan kepimpinan ulama' sebab pemimpin harus menunjukkan contoh teladan yang baik untuk diikuti rakyat jelata, sedangkan ketakwaan bukan menjadi syarat utama pemilihan kepimpinan UMNO. Tanpa syarat ketakwaan, seorang pemimpin boleh melakukan sebarang penyelewengan. Akhbar sering melaporkan tentang pemimpin UMNO yang dituduh dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah, pilih kasih, gejala maksiat dll.

Seorang pemimpin wanita UMNO pernah memberi komen "Asalkan seorang menteri itu menjalankan tugasnya dengan sempurna, apa salahnya jika beliau mempunyai perempuan simpanan." Itulah akibat ketakwaan bukan menjadi syarat kepimpinan UMNO.

Masalah pilih kasih menjadi amalan UMNO. Ahli pembangkang seperti DAP, PBS dan PAS diketepikan dalam banyak hal, sedangkan projek yang dilaburkan pemimpin UMNO adalah wang kerajaan, bukan UMNO punya.

Pemimpin UMNO menggunakan media massa kerajaan spt RTM untuk berkempen bagi UMNO dan menyekat peluang yang sama kepada pembangkang sedangkan RTM adalah hak rakyat Malaysia, bukan hak UMNO.

RTM sering menyiarkan secara langsung perhimpunan agung UMNO, tetapi adakah pernah RTM menyiarkan perhimpunan agung PBS, DAP atau PAS. Inikah kepimpinan melalui teladan?

Kita juga melihat menteri UMNO menggunakan kemudahan kerajaan spt kereta, jet dan agensi kerajaan ketika menjalankan urusan parti. Inikah kepimpinan melalui teladan?

Apabila pemberian subsidi, pemimpin UMNO sering mengenepikan hak ahli pembangkang (spt subsidi baja di Kelantan dll) sedangkan wang kerajaan dipungut dari semua golongan rakyat, pembangkang atau penyokong kerajaan.

Kepimpinan islam seperti yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap yang adil dan saksama terhadap seluruh pimpinannya sama ada islam atau bukan islam. Tidakkah Al-Quran menceritakan bagaimana kepimpinan tentera Rasulullah s.a.w. mengutamakan makanan kepada tawanan perang, sebelum mereka sendiri memakannya. Inilah ciri-ciri unggul dalam kepimpinan para rasul yang diwarisi para ulama'-nya.




Perbezaan kesepuluh..

Laungan UMNO ialah "merdeka" dan "hidup melayu". Laungan PAS ialah "Allahu Akbar".

Huraian -

Ucapan lidah keluar dari hati penuturnya. Pepatah melayu mengatakan "Hati terkenang, mulut tersebut-sebut". Hati UMNO dan hati PAS boleh disaksikan menerusi laungan dan seruan mereka,

Ketika penamaan calon PAS (umpamanya di Pulai Condong 26 disember 1996 lalu), sebutan kalimah memuji Allah (Asma al Husna) dan seruan jihad serta selawat mengiringi perarakan itu. Ketika yang sama, UMNO pula menyanyikan lagu "Malaysia berjaya" atau "Malaysia boleh".

Satu rakaman di penamaan calun di DUN Kajang dalam pilihanraya umum 1995 yang lepas. UMNO menjulang tinggi calon MCA mereka En Chong serta menyanyikan "Malaysia Berjaya". Mereka tidak boleh sebut "hidup melayu" sebab mereka mengiringi calon MCA.

"Janganlah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin ...." (Ali-Imran, 3:28). Jelas, tak faham-faham jugak, orang kafir "dipangkah" jugak. Dalam sembahyang kata "...Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang Engkau beri ni'mat dan BUKAN JALAN ORANG YANG KAU TELAH MURKAI..." (Al-Fatihah, 1: 7) Maknanya jalan yahudi, kristian kita tak mahu, tapi...hindu, kristian "dipangkah" jugak...Tak faham faham...Bukan marah ni...gegham aja...(Sedutan dari ceramah Al-Fadhil Al-Ustaz Dato Haji Ismail Kamus dalam kaset beliau bertajuk "Israk Mikraj - Antara Manusia dan Jin, Penerbit:Hai Int, Pengedar:GG Edar)

Seruan "Allahu Akbar" adalah seruan abadi muslim. Seruan tersebut diperdengarkan dalam semua acara umat islam-ketika lahir, bermusafir, sembahyang, jihad dan ketika dikebumikan. Seruan "Allahu Akbar" dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. dan diikuti para sahabatnya serta para pewaris ulama sepanjang zaman.

Bandingkanlah seruan "Allahu Akbar" dan "hidup melayu" itu. Hati terkenang, mulut tersebut-sebut. Itulah gambaran hati masing-masing.


Perbezaan kesebelas..


PAS sentiasa konsisten tentang dasar perjuangannya iaitu ISLAM. Perjuangan UMNO sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan suasana

Huraian -

Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, PAS sentiasa kekal di atas dasarnya iaitu islam dan berhasrat menegakkan semua hukum Allah s.w.t. di negara Malaysia yang tercinta ini. Walaupun PAS mengalami pelbagai krisis kepimpinan, namun dasar tersebut tidak pernah berubah. Ketika kalah atau menang, PAS tetap dengan dasar itu. Tanpa dasar islam, PAS tidak perlu wujud.

Andainya UMNO telah meletakkan islam sebagai tunggak perjuangan, PAS perlu di mansuhkan segera, PAS tak perlu wujud. Inilah sikap PAS terhadap islam dan politik. Tetapi kerana UMNO tidak begitu, maka PAS adalah perlu...kalau dulu kita guna "Takdok sebab demo nak lawe kawe"(Pilihanaraya kecil Lundang,1994), maka pada tahun 1999/2000 kami cadangkan "Kawe ada sebab nak lawe demo".

UMNO pula mulanya menyeru kepada seruan merdeka, kemudian menentang "Malayan Union". Setelah para pendokong UMNO(lama) berjaya terhadap penentangan "Malayan Union" mereka beralih kepada pembangunan luar bandar, pembangunan masyarakat, wawasan 2020 dan akhir sekali "Malayan Union (baru)".

Kalau UMNO(lama) menentang "Malayan Union", kini UMNO(baru) memperjuangkan "Malayan Union" versi terkini iaitu "Malaysian Malaysia". Sebutan berbeza tetapi maksudnya sama.

Orang melayu diberi keutamaan dalam perjuangan "malayan Union"(lama), termasuk perkara-perkara yang menyentuh agama, bangsa, bahasa melayu, tanah, kerakyatan dsb. Kini Malaysia sedang menuju ke arah wawasan 2020 yang menempuh gelombang globalisasi. Keistimewaan yang dituntut orang melayu tentang keistimewaan di atas sebagai "ketuanan melayu" perlu dimansuhkan dengan alasan "memalukan" bangsa itu jika masih diberi keistimewaan.

Maka kini, isu bahasa yang ditentang dalam Malayan Union, dilaksanakan dalam wawasan terkini dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik kolej swasta, universiti(yang akan dikorporatkan). Tanah rezab melayu yang diakui British, cuba dinafikan pemimpin kini.

Kalau dahulu, penubuhan Universiti Merdeka ditentang oleh UMNO, kini UMNO memberi peluang berpuluh-puluh universiti tersebut ditubuhkan.

Contoh di atas menunjukkan UMNO tidak konsisten dalam perjuangannya.

Ketika krisis Iraq-Kuwait, Malaysia yang diwakili pemimpin UMNO telah bersetuju untuk menyokong serangan PBB (sebenarnya Amerika) ke atas Iraq. Kemudian pemimpin tersebut menyesal dan menangis teresak-esak apabila Iraq telah ranap di bom Amerika. Ini satu lagi contoh ketidak tekalan perjuangan UMNO.

Dulu UMNO beria-ia benar untuk mengutuk Israel yang membunuh rakyat Palestin di Sabra dan Shatila; tetapi kini sedang melobi untuk mengikat ikatan diplomasi pula dengan yang mereka yang dilaknati seluruh alam itu.

Hari ini UMNO buat polisi, mungkin esok diubah pula. Pada suatu ketika, menjulang tinggi kepimpinan Amerika, dan pada suatu ketika mengutuknya pula... Perjuangan ikut mood ke???


Perbezaan keduabelas..



Antara tema perayaan UMNO/BN ialah "Budaya Penentu Kecapaian". Antara tema sambutan PAS ialah "Menyanggah Fikrah Maddiyah"

Huraian -

Maddiyyah bererti "materialisme" (faham kebendaan). Fahaman ini bermaksud hidup untuk mengumpul harta semata-mata dan harta menjadi matlamat hidup, tanpa memikirkan wasilahnya sama ada halal atau haram.

Fahaman ini sangat bahaya dalam masyarakat. Berpegang kepada fahaman ini, harta akan menjadi tuan dan kita akan menjadi hamba kepada harta. Dalam islam, kita perlu mencari kekayaan tetapi kekayaan itu menjadi hamba kepada kita, sebagai wasilah untuk berbuat kebajikan kepada Allah.

Budaya maddiyyah menjadi subur dalam UMNO. Seorang ketua bahagian akan tiba-tiba menjadi OKB (orang kaya baru) apabila memegang jawatan tersebut dalam beberapa penggal sahaja. Apatah lagi timbalan menteri, menteri dan yang setaraf dengannya.

Pelbagai gejala rasuah, menjadi asam garam kehidupan hari ini. Mengikut Amnesty International, Malaysia menduduki antara tempat teratas dalam kejadian rasuah di dunia, dibelakang Brazil, Mexico dan beberapa negara lain.

Islam tidak menghalang kekayaan kebendaan, tetapi yang dilarang ialah "fahaman kebendaan"- PAS menyanggah fahaman/fikrah kebendaan ini.

Budaya adalah adat, cara berfikir dan cara hidup sesebuah masyarakat yang disalin dari generasi ke generasi. Budaya yang baik boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama. Kaedah usul-fiqh menyatakan "Al-'urf muhakkamah" yang bererti "adat menjadi timbang-tara" (yang boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama)

UMNO menghidupkan semua budaya melayu, tak kira budaya yang murni atau budaya yang bercanggah dengan agama.

Budaya nasyid(tanpa percampuran lelaki-perempuan), kompang, kenduri, gotong royong dsb adalah budaya melayu yang boleh diteruskan. Budaya kerja yang bersih, cekap dan amanah patut dikekalkan.

Akan tetapi pada masyarakat hari ini, budaya disempitkan dengan perkara kesenian sahaja. Tarian kebudayaan oleh gadis-gadis genit tanpa menutup aurat yang sempurna dan dipertontonkan pula kepada penonton lelaki adalah bercanggah dengan agama. Demikian juga acara makyong yang memperlihatkan perkara yang sama. Acara wayang kulit pula melibatkan jampi serapah yang apabila dijejak berasal dari budaya Hindu-Buddha. Budaya bersanding dan menjunjung pulut bunga telur adalah budaya jahiliyyah, amalan budaya Hindu (seperti yang diamalkan di Bali hingga kini).

Semua budaya tersebut sepatutnya dihapuskan oleh UMNO yang berkuasa, jika benar-benar parti itu memperjuangkan kemurnian islam.

Kadangkala sesuatu budaya itu bukan buruk pada dirinya, seperti dikir barat tetapi buruk kepada majlis yang mengundang percampuran bebas lelaki-perempuan hingga ke larut malam (dulunya persembahan dikir biasa bermula dari 9 malam hingga ke dini hari).

Dalam kaedah usul-fiqh, pengharaman majlis seperti itu digelar "sadd al-zara'i" yakni "menyekat keburukan sebelum terjadi". Sebagai contoh, gula adalah makanan yang halal tetapi bagi pesakit diabetes ianya dilarang makan gula di atas dasar "sadd al-zara'i".

Demikianlah alasannya kenapa majlis dikir barat dilarang Kerajaan Kelantan.

Semoga UMNO lebih berhati-hati memilih budaya untuk diamalkan kerana bukan semua "budaya penentu kecapaian". Yang jelasnya budaya ISLAM menentukan "pencapaian"(bukan kecapaian) di dunia dan di akhirat.

Perbezaan ketigabelas..


UMNO/BN berminat untuk bercuti minggu hari Ahad.
PAS mempertahankan cuti mingguan hari Jumaat.

Huraian -

Tiada hari cuti dalam islam. Hari Jumaat pun, masyarakat perlu bekerja, apatah lagi hari Ahad!

Untuk tujuan kemaslahatan pentadbiran, kerajaan boleh memilih mana-mana hari untuk dijadikan hari minggu. Sebagai contoh, negara-negara Arab-Islam memilih hari Jumaat sebagai hari cuti, manakala negara Barat-Kristian memilih hari Ahad untuk memberi kemudahan penganut Kristian ke gereja.

Malaysia, ketika diperintah Inggeris, menjadikan Ahad sebagai hari minggu kecuali di negeri-negeri Melayu bernaung(Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu) dan Johor. Pegawai Inggeris beramai-ramai ke gereja pada hari itu. Apabila sebahagian rakyat Malaysia memeluk kristian, kepentingan Ahad sebagai hari cuti mingguan semakin bertambah.

Apabila merdeka kerajaan BN/Perikatan/UMNO terus mengekalkan Ahad sebagai hari minggu. Alangkah baiknya, Jumaat dijadikan hari cuti mingguan, jika hari minggu perlu ada. Sebabnya, Malaysia dihuni oleh ramai masyarakat islam dan bagi mereka, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Umat islam, diseru pagi-pagi ke masjid(seperti amalan generasi melayu silam) kerana kelebihan datang awal ke masjid pada hari itu, sabit daripada hadith sahih. Selepas jumaat, disunatkan pula sembahyang 4 rakaat di RUMAH bukan di masjid.

Sebelum ke masjid untuk sembahyang Jumaat, umat islam disunatkan mandi terlebih dahulu, mengenakan pakaian bersih serta datang ke masjid se awal mungkin untuk kegiatan ilmu dsb-nya, dalam keadaan tenang.

Adakah semua perkara di atas boleh dilakukan jika bekerja pada hari Jumaat?

Bayangkan seorang buruh, atau pekerja kilang, yang terpaksa tergesa ke masjid dengan pakaian yang separuh kotor untuk sembahyang serta tergesa-gesa pula keluar masjid untuk menyambung kerja. Bilakah masanya untuk mengerjakan amalan-amalan sunat yang disebut tadi?

Andainya, kita tidak suka melakukan perkara sunat tersebut, namun kita perlu memberi peluang kepada insan lain yang ingin melakukannya.

Ketahuilah, Jumaat adalah syi'ar islam.

UMNO yang mendakwa ingin meninggikan syi'ar islam di negara ini telah menukarkan hari cuti Jumaat di Johor kepada hari Ahad, walaupun baginda Sultan Johor sendiri tidak perkenan dengan tindakan tersebut. Sekarang UMNO/BN sedang berusaha untuk membawa Kedah, Perlis dan Terengganu pula bercuti hari Ahad.

Alasan UMNO/BN memang mudah; Ahad adalah cuti antarabangsa - lambang negara maju dan kegiatan ekonomi akan terhalang jika cuti hari Jumaat.

Ketahuilah, kerana ekonomi, UMNO sanggup mengenepikan syi'ar islam. Ketahuilah, kemajuan bangsa tidak bergantung kepada hari cutinya: India, Ghana, Zambia bercuti Ahad tetapi bukanlah maju negaranya.

Syi'ar islam itu perlu diutamakan daripada kepentingan politik!


Perbezaan empatbelas(a)..


PAS berhasrat untuk melaksanakan islam sepenuhnya dinegara Malaysia ini. UMNO sedang melancarkan "penerapan nilai-nilai islam" dalam semua badan kerajaan.

Huraian -

Pelaksanaan islam sememangnya tidak ada alternatif lain kecuali melaksanakan islam sepenuhnya.

Undang-undang apakah yang terbaik kecuali yang datang dari Penciptanya sendiri?

Ada yang berpendapat, islam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah s.a.w.

Hakikatnya, Rasulullah s.a.w menjalankan semua hukum islam secara beransur-ansur disebabkan ayat al-Quran pun turun secara beransur-ansur. Rasulullah s.a.w. berdakwah secara rahsia pada permulaan kenabiannya disebabkan ketika itu ayat untuk dakwah berterangan belum turun.

Semasa di Makkah, ayat mengenai puasa belum diturunkan. Oleh yang demikian puasa belum diwajibkan. Begitu juga haji, juga tidak diwajibkan di Makkah, kerana perintah mengenainya belum turun lagi ketika itu. Selepas diturunkan, Rasulullah s.a.w terus melaksanakan perintah-perintah tersebut.

Jihad juga belum diwahyukan lagi ketika Rasulullah s.a.w. di Makkah, tetapi diwahyukan ketika di Madinah. Lalu Rasulullah s.a.w. melaksanakan serta merta sebaik sahaja turunnya ayat tersebut.

Demikian juga pengharaman arak. Apabila turunnya ayat pengharaman arak, semua sahabat meninggalkan amalan meminum arak.

Apabila Rasulullah s.aw wafat, semua ayat al-Quran telah lengkap. Semua hukum al-Quran telah wajib dilaksanakan keseluruhannya kerana penurunannya telah sempurna dan lengkap.

Kita di Malaysia kini, tidak boleh memilih sebahagian sahaja wahyu al-Quran untuk dilaksanakan dan meninggalkan yang lainnya di atas alasan perlu pelaksanaan secara bijaksana dan beransur-ansur.

Semua ayat tentang dakwah, puasa, haji, jihad, hukum-hakam, pemerintahan islam dll. perlu dilaksanakan semuanya sebab kewajibannya adalah jelas.

Andainya orang berkata, kita perlu berdakwah sahaja dahulu kerana itulah kerja yang pertama dilakukan Rasulullah s.a.w. sebelum politik. Fahaman ini bermakna kita tidak perlu berpuasa atau berhaji kerana haji hanya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. paling akhir dalam mesej baginda. Haji dilakukan baginda s.a.w. lebih lewat dari penubuhan negara islam Madinah.

PAS sebagai parti siasah islam, tidak ada pilihan lagi kecuali melaksanakan semua perintah Allah yang termaktub dalm Al-Quran. Kesemua perintah dari dakwah hingga politik telah menjadi KEWAJIBAN seluruh muslim di dunia ini.

UMNO melancarkan "penerapan nilai-nilai islam". Penerapan bukan pelaksanaan. Malah meletakkan nilai islam dalam pentadbiran dan pemerintahan UMNO pun tidak begitu jelas.

Kita lihat dulu dari sudut media elekronik, RTM. Personaliti TV rasmi kerajaan (spt pembaca berita) pun tidak menutup aurat ketika menjalankan tugas. Malah diberitakan pernah seorang pembaca berita wanita diundurkan dari RTM kerana sikapnya untuk menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki islam.

Media elektronik rasmi kerajaan menyiarkan nyanyian dan tarian pop muda-mudi dengan pakaian menjolok mata. Artis dengan gaya rambut ala-jahiliyyah dibenarkan muncul di TV. Rancangan Hiburan Malam Minggu dll tidak langsung mengambarkan sikap penerapan nilai-nilai islam. Apakah cukup "penerapan nilai islam" dengan memulakan siaran dengan bacaan al-Quran dan diakhiri dengan doa? Di antara bacaan al_Quran dan doa... adalah "Forum Perdana Ehwal Islam", itupun hanya golongan tertentu sahaja yang menjadi ahli panel...yang cakap "lebih sikit" digam.(Rindu juga dah lama tak lihat wajah YBhg Dato Ismail Kamus, Prof Harun Din di kaca TV)

Filem barat yang disiarkan RTM banyak yang mempertahankan budaya seks, kebebasan pergaulan dan keganasan. Gadis dengan pakaian mandi menjadi lumrah termasuklah filem Hindi dan Cina. Adakah benar-benar UMNO sedang menerapkan nilai islam?

Apabila YB TG MB Kelantan memohon muncul di TV bagi mengucapkan Selamat Aidilfitri beberapa tahun lepas-RTM menolaknya. Sedangkan berpuluh-puluh pelajar dibenarkan untuk membuat ucapan seumpamanya.

Ketahuilah RTM adalah hak kerajaan, bukan hak UMNO.

Bukan TV sahaja tidak membenarkan YB MB Kelantan mengucapkan Selamat Aidilfitri, Radio 3 KB pun tidak membenarkan ucapan tersebut (3 minit sahaja, bukan lama) sedangkan orang ramai di tepi jalan dan di pasar diberi peluang. Inikah sikap keadilan dalam penerapan nilai islam? Adil ke tu?

Ini baru contoh RTM ...



Perbezaan empatbelas(b)
"Penerapan Nilai Islam" adalah amalan UMNO. Pelaksanaan islam adalah dasar PAS.

Huraian -

UMNO sering mendakwa Malaysia adalah negara islam contoh yang disegani kerana Malaysia telah menubuhkan masjid, Pusat Islam, Bank Islam, Universiti islam, Institut Kefahaman Islam (IKIM), SPTF dll.

Hakikatnya, penubuhan badan-badan islam tersebut belum disabitkan Malaysia negara islam. Britain dan Thailand pun bina masjid yang besar-besar juga. Switzerland pun menubuhkan bank islam juga. Bahkah bank islam pertama muncul di situ. Pusat pengajian islam yang bertaraf IKIM atau lebih tinggi banyak terdapat di negara-negara barat. Negara barat pun sedang berusaha menubuhkan universiti islam kerana mereka tahu universiti seumpama itu ada nilai ekonomi yang tinggi.

Namun, kita bersyukur tentang penubuhan badan-badan islam tersebut di Malaysia.

Ketahuilah penubuhan badan seumpama itu adalah sebahagian tugas kerajaan yang dipilih rakyat untuk memerintah, tak kira kerajaan islam atau bukan islam, apabila wujud sebahagian rakyatnya beragama islam.

Demikian juga di Malaysia, muncul gereja-gereja, kuil-kuil, rumah-rumah ibadat lain yang sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan, atau sekurang-kurangnya memerlukan sokongan dan kelulusan pihak kerajaan bagi menubuhkannya. Kita mendengar khabar tentang pembinaan kompleks gereja yang besar di Shah Alam. Entah betul, entah tidak!

Di Kajang telah muncul "pusat missionary kristian" yang terdiri dari kompleks bangunan yang bertanggungjawab menjalankan dakwah kristian di Malaysia dan Singapura. Kelulusan pembinaan bangunan seperti ini sekurang-kurangnya memerlukan kelulusan EXCO Negeri.

Walaupun gereja dibina merata-rata di Malaysia (khususnya di Sabah), kita tidak pernah mengatakan Malaysia negara Kristian. Demikian pula, dengan hanya pembinaan masjid, belum boleh dikatakan Malaysia negara islam!

Negara Islam ialah negara yang melaksanakan islam secara keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan!

Inilah hasrat PAS!

UMNO selalu bermain kata bahawa undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakatnya berbilang kaum. Ini buat-buat buta sejarah, buat-buat buta Al-Quran. Negara islam Madinah dulu pun negara masyarakat majmuk, arab muhajirin dan ansar, kaum Aus dan Khazraj, Yahudi dll.

Sebenarnya MIC dan MCA tidak akan mengatakan undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan kalaulah UMNO tidak memulakannya! Kita percaya kaum lain menganggap sebarang komen tentang agama adalah perkara sensitif. Hakikatnya, kaum lain belum berkata apa-apa, UMNO yang terdiri dari orang beriman pula mengatakan demikian, sebagai jurucakap penentangan hukum islam!!?

Undang-undang islam pun seperti rukun islam juga. Sembahyang dan puasa hanya untuk orang islam, bukan untuk golongan lain. Demikian juga dengan hukum hudud misalnya, hanya untuk orang islam, bukan untuk mereka.

Lalu seorang pemimpin pun berkata, jika orang islam dihukum dengan hukum hudud tetapi orang bukan islam tidak, itu tidak adil!

Adil lah tu! Mana boleh tidak adil? Semasa kita orang islam berpuasa, tetapi orang bukan islam, boleh makan minum depan mata kita, tidak ada siapa pun kata tidak adil! Adil dalam islam ialah "meletakkan sesuatu pada tempatnya". Orang ahli ABIM kenalah bayar yuran ABIM, tak ahli tak kena bayar- kan adil kan tu...orang kampung pun faham. Kalau jadi askar mesti lah kena kwad pagi-pagi, orang biasa tak payah. Dok gitu keneh (loghat kelantan: bukan begitu).

Apabila kita jadi islam, maka adillah kita dikawal oleh islam segala-galanya. Orang yang tidak menerima islam, dia tidak tertakluk kepada undang-undang islam. Itulah keadilannya!

Sepatutnya UMNO menolong politik islam PAS yang ingin melaksanakan islam di negara ini kerana dengan ini, tugas UMNO menjadi ringan.

Janganlah tindakan kita yang mengatakan beriman dengan Al-Quran tetapi menolak hukuman al-Quran pada masa yang sama, menyediakan tapak yang luas kepada fitnah orang yang akan mengatakan UMNO menolak hukum Al-Quran. Astaghfirullah...

Kita perlu menyatakan kesanggupan melaksanakan hukum Al-Quran terlebih dahulu. Masalah memang ada dan sama-samalah kita cari penyelesaiannya.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud "...Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang Allah Taala turunkan, mereka itu adalah orang

... kafir. (Al-Maidah, 5:44) ... zalim. (Al-Maidah, 5:45) ... fasik. (Al-Maidah, 5:47)

Nau'zubilllah...

bukti POLIS membuat kekasaran keatas adun PR




Timbalan Ketua Angkatan Muda Perak, YB Chan Mei Kai diseret Polis sewaktu Sidang Dun Haram diadakan.

Khamis, 29 Oktober 2009

Seminar perkasa parti lebih efektif daripada EGM- Salahuddin Ayub

demokrasi93.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Pas yakin Seminar Memperkasa Parti yang akan diadakan 7 November ini lebih efektif dalam usaha memperkukuh parti berbanding mengadakan Muktamar Khas (EGM) yang dicadangkan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, seminar itu lebih terbuka dan memberi peluang bukan sahaja ahli bahkan kepada orang luar menyuarakan pendapat, kritikan dan pandangan berbanding EGM yang hanya terbuka kepada ahli sahaja.

Katanya, seminar itu juga membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan dan pandangan orang luar dalam meningkatkan prestasi parti.

“Di dalam seminar ini, kita mengadakan perbincangan menyeluruh. Kalau EGM atau Muktamar khas, kita akan bincang secara tertutup yang disertai oleh ahli parti sahaja,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini semalam.

Dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat bersama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam, malam kelmarin turut melantik Salahuddin sebagai Pengarah Seminar Memperkasa Parti.

Seminar itu dijadualkan berlangsung pada 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar Gombak bermula jam 9 pagi dan dijangka tamat pada jam 6 petang.

Kira-kira 1500 perwakilan seluruh negara dijangka hadir.

Menurutnya, matlamat seminar itu juga bagi menegaskan bahawa Pas akan memperkasakan kedudukan dan peranannya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

“Apa yang hendak dicapai dalam seminar ituuntuk mempertegas bahawa Pas akan memperkasakan kedudukan dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ini akan melenyapkan segala persepsi dan tuduhan yang dimainkan oleh pihak tertentu kononnya Pas tidak serius dan tidak begitu berminat untuk bersama PR,” Katanya.

Katanya, Pas juga akan menyediakan satu platform yang sesuai kepada pihak luaran parti yang berminat untuk memberi pandangan dan kritikan terbuka dalam seminar ini.

“Dalam seminar ini satu slot diberikan kepada pihak luaran parti. Kita akan menjemput tokoh akademik, badan bukan kerajaan dan personaliti tertentu bagi memberi peluang kepada mereka memberi pandangan tentang tentang masa depan, prestasi parti.

“Kita tidak menolak kemungkinan pakar undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari akan dijemput sebagai salah seorang panel dalam seminar ini bagi memberi peluang memberi pandangan dan kritikan nya secara terbuka,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Nik Aziz kecewa dengan keputusan menolak EGM diadakan, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali memandangkan keputusan dicapai sebulat suara.

“Tidak benar sama sekali. Dia (Nik Aziz) berada pada mesyuarat malam tadi (kelmarin) dan keputusan juga telah dipersetujui olehnya. Ini keputusan sebulat suara untuk kita adakan Seminar Memperkasa Parti.

“Bahkan dalam mesyuarat juga tidak timbul isu ‘dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah’ dan kita juga menetapkan memberi jaminan isu Kerajaan Perpaduan Pas dan UMNO tidak akan timbul sama sekali,” katanya.

Nik Aziz puas hati perjalanan mesyuarat

demokrasi93.blogspot.com

BACHOK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas kelmarin walaupun jawatankuasa memutuskan tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan beliau baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan luahan pendapatnya serta dengan keputusan yang diambil Jawatankuasa Pas Pusat itu, segala gangguan fikiran dan masalah ditimbulkan dari artikel Profesor Dr Abdul Aziz Bari dapat diselesaikan dengan baik.

“Puas hati dah... Mana ada pandangan semua orang terima, ada masa orang terima, ada masa orang tolak, sebab itu dalam artikel saya sebut Nabi Muhammad ditegur oleh Allah.

“Kalau Nabi ditegur jadi pelik apa orang tolak EGM tetapi tukar alternatif dengan menganjurkan seminar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bakti Siswa Mesir 2009 di Masjid Kampung Bakong di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mesyuarat Khas Pas yang turut dihadirinya kelmarin yang mengambil ketetapan tidak akan mengadakan Muktamar Khas EGM) sebaliknya mengadakan seminar politik pada 7 November ini.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam keadaan kini, dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ yang menyebabkan timbulnya konflik dalaman parti perlu insaf dan sedar bahawa perbuatan mereka itu boleh merosakkan parti.

“Dr Aziz Bari menggunakan perkataan `kapten` (ketua) kepada ketiga-tiganya, saya guna perkataan sama. Insya-Allah, orang itu akan terasa, benda apa yang dibuat sehingga ditegur, kita nak muhasabah benda ni,” katanya.

Mengulas mengenai siasatan jawatankuasa disiplin yang akan dilakukan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz berkata, beliau tidak akan mencampuri urusan berkenaan.

“Dia (Dr Hasan) bukan tajuk (perbincangan) saya, tetapi dia memang ditegur. Macam saya juga ditegur, tetapi saya tidak mahu cakap hal peribadi orang lain,” katanya.:

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata, tindakan beliau keluar awal dari mesyuarat tersebut tiada kaitan dengan ketidakpuasaan beliau dengan sesi perjalanan mesyuarat sebaliknya kerana faktor kesihatan.

Mayat juruterbang pesawat terhempas ditemui

RAWANG: Juruterbang pesawat latihan Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang terhempas berhampiran Kelab Golf Beringin di Lembah Beringin dekat sini ditemui mati malam semalam akibat cedera parah di kepala.

Mohd Ehsan Sayyid Abu Tahir, 22, yang tercampak keluar daripada pesawat itu ditemui di satu kawasan tanah lot berhampiran kelab itu pada pukul 8.20 malam oleh Unit Udara Polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata: "Mohd Ehsan yang berbaju T dan berseluar jeans itu tercampak keluar daripada pesawat kira-kira 30 meter setelah hilang kawalan dan kemudiannya terhempas selepas hujan lebat ketika Mohd Ehsan mencari kawasan yang sesuai untuk mendarat."

Mangsa turut mengalami kecederaan teruk di kaki kiri, katanya.

Pesawat, yang dinamakan Eagle itu dihasilkan oleh Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), ditemui berada dalam keadaan baik tanpa remuk, kecuali bahagian cerminnya pecah, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam semalam.

Menara Kawalan Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan pesawat itu gagal dikesan oleh radar dan dipercayai hilang kawalan kira-kira pukul 4 petang.

"Unit Udara Polis berjaya mengesan lokasi pesawat itu terhempas dan memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan menyelamat pada kira-kira 6 petang," katanya.

Norel Azmi berkata Jabatan Penerbangan Awam akan menyiasat punca kejadian.

Katanya Mohd Ehsan, yang berasal dari Taman Nirwana Ampang memandu pesawat ringan itu dari Ipoh menuju ke Subang, sedang dalam penerbangan ujian solo terakhir sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan akhir bagi mendapatkan lesen pemanduan pesawat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Seorang saksi, Suhaimi Abdul Aziz, 29, berkata beliau ternampak pesawat berkenaan berlegar-legar selama 50 minit untuk mencari tapak mendarat sebelum terhempas.

"Saya nampak pesawat itu berlegar-legar di udara pukul 5.30 petang dan saya bersama kawan-kawan yang sedang minum di kedai kopi yang terletak kira-kira dua kilometer dari sini sempat bergurau cakap orang tengah belajar nak mendarat, akhirnya terhempas," katanya yang bertugas sebagai mekanik di Kelab Golf Beringin. BERNAMA

DAP Terengganu dakwa UMNO-BN sensasi isu kepimpinan Pas alih tumpuan pada bajet

demokrasi93.blogspot.com

KUALA TERENGGANU - DAP Terengganu menganggap masalah kepimpinan yang berlaku dalam Pas hanya perkara biasa tetapi disensasikan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menunjukkan wujudnya perpecahan.

Pengerusinya, Ng Chai Heng berkata, sejak sekian lama UMNO dan BN akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap apa juga isu yang timbul dalam Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui media massa dikuasainya.

Bagaimanapun katanya, sebagai rakan pakatan pembangkang, pihaknya melihat situasi yang tercetus sekarang hanyalah satu salah faham semata-mata dan beliau yakin Pas akan dapat menyelesaikannya dengan baik serta berkesan.

“Dalam politik, salah faham itu biasa berlaku tetapi BN gemar mengambil kesempatan terhadap pakatan pembangkang bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kita tidak bersatu, pecah belah dan sentiasa dilanda masalah.

“Namun bagi isu yang melanda Pas sekarang, saya tidak nampak wujudnya masalah besar sebaliknya ia diperbesar-besarkan oleh media BN, itu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik Pas sekarang berikutan cadangan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan Muktamar Khas (EGM).

Chai Heng memberitahu, Pas pernah melalui kemelut yang lebih besar sebelum ini dan oleh itu beliau yakin masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik terutamanya keputusan mengadakan mesyuarat khas Rabu lalu.

“Bagi saya, BN sengaja memperbesarkan isu Pas bagi mengalih perhatian rakyat kepada pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak banyak memberi keuntungan kepada rakyat.

“Apa pun, kita harap isu ini (kepimpinan Pas) dapat diselesaikan dengan baik agar Pas mampu memberi tumpuan kepada peranan untuk memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang,” katanya.

Ahli Parlimen BN desak Tee Keat, Tsu Koon berundur

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan hari ini secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau berkata sebagai barisan hadapan kabinet, seorang menteri tidak seharusnya hilang kepercayaan anggota parti apatah lagi jika maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat.

"Kalau ada menteri kabinet yang hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya, buat apa jadi menteri kabinet, berhentilah.

"Kalau ada harga diri, maruah diri, berhenti, jangan susahkan Perdana Menteri. Orang lain dalam MCA boleh ganti tempat (dia), apa ingat dia seorang sahaja yang pandai," katanya.

Mohamad berkata menteri berkenaan wajar berundur sejajar dengan slogan kerajaan sekarang iaitu supaya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. - Bernama

kuda tunggangan UMNO HINA ISLAM..!!!


Solat Hajat dan Munajat yang dipimpin Oleh Ust Noor Azli Musa dibuat diperkarangan Kedai makan berhampiran Banggunan DAP Negeri.
Lokasinya langsung tidak menggugat kerja-kerja Pihak Berkuasa POLIS..!
Memohon pertolongan Allah swt dan mendoakan keselamatan Adun-Adun PR
Diwaktu ini bermula satu PENGHINAAN,apabila OCPD ini mengeluarkan arahan tangkapan keatas 5 individu yang terlibat dalam solat tersebut.
Pegawai Polis bernama TAHIR ini mengarahkan agar mereka tidak meneruskannya dan meminta agar mereka ini bersurai..!!

Beliau terus mendesak agar ia dihentikan jika tidak arahan tangkapan tadi akan dilaksanakan..!

Ini adalah RIAK wajah mereka yang dengan SINIS dan MENGHINA apabila merka ini yang bernama RAMES dan GLEN mentertawakan Agama Allah swt apabila pegawai yang bernama TAHIR menghentikan Solat tersebut..!!Perhatikan wajah mereka dengan betul-betul,dan anda akan rasa apa yang aku rasa...!!!!



http://syaomel85.blogspot.com/


Rabu, 28 Oktober 2009

Seminar ganti muktamar

demokrasi93.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Akhirnya mayat 2 korban tragedi 1 MALAYSIA ditemui

demokrasi93.blogspot.com


Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui.

Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12.

Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng

Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat
kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - BERNAMA

GAMBAR sekitar mesyuarat PAS



hampir 50 reporter sedang berada di sini..termasuk dari luar negara…

ihsan www.pinkturtle2.wordpress

Usul membincangkan Isu Royalti Petroleum kepada Kelantan ditolak

demokrasi93.blogspot.com

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar pada 20 Oktober lalu mengemukakan Usul tergempar bagi membincangkan Isu mengenai Royalti Petroleum yang sepatutnya dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun Usul tersebut ditolak dalam Kamar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Teks Usul adalah seperti berikut:
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Dato’ Kamarudin Jaffar, Ahli Dewan Rakyat bagi Kawasan Tumpat mohon mencadangkan :

“Bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan bayaran royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan.

Isu ini adalah perkara tertentu kerana pembayaran tersebut gagal dilaksanakan walaupun telah termaktub perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas pada 1975.

Pembayaran royalti tersebut terus diabaikan sedangkan pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005. Berbanding dengan Sabah yang kini menerima royalti yang menjadi haknya, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah, berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas wajib melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Tuan Yang DiPertua,
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai kerana rakyat Kelantan terus menanggung kerugian akibat pengabaian pembayaran royalti tersebut.

Perkara ini juga melibatkan kepentingan ramai pengabaian tersebut melambatkan perkembangan ekonomi negeri Kelantan yang sudah tentu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara kerana negeri Kelantan dengan rakyatnya yang begitu ramai adalah bahagian yang sangat integral dalam menentukan pertumbuhan ekonomi negara.

Perkara ini perlu disegerakan kerana rakyat Kelantan telah dinafikan hak mereka selama empat tahun sejak tahun 2005 lalu tanpa sebab yang munasabah melainkan tindakan yang dilihat sengaja mengabaikan hak mereka.

Perkara ini perlu disegerakan kerana pengabaian hak rakyat Kelantan dalam masa yang begitu lama adalah bertentang dengan prinsip keadilan ketika kerajaan pusat begitu sibuk dengan dakwaan semangat 1Malaysia.

Perkara ini juga perlu disegerakan demi menjunjung titah Pemangku Raja Kelantan seperti yang dititahkannya ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu Selasa lalu.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai.
Sekian.

Gambar sekitar sidang DUN






Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.
Pemeriksaan ketat sebelum masuk.

Suasana kecoh dan pergelutan semasa polis telah berjaya merampas jubah YB Sivakumar dikawasan letak kereta.