Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 8 Disember 2010

Kamu ingat peserta demo binatang ke?

Polis nafi bertindak luar batas undang-undang bagi leraikan demo

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Polis menafikan pihaknya bertindak di luar peruntukan undang-undang bagi meleraikan perhimpunan dan perarakan penyokong yang membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor di Masjid Negara Ahad lepas, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang minimum untuk menyuraikan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberikan kerjasama dengan memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menghantar memorandum tersebut ke Istana Negara.

“Menteri Besar telah bersetuju dengan cadangan dan nasihat polis bahawa mereka tidak berarak ke Istana Negara dan selepas solat Zuhor di Masjid Negara, beliau telah diberi laluan bagi menyerahkan memorandum itu di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel bertajuk “Bar Council Slams Cops For Polis-State Mindset” dalam The Malaysian Insider yang menyatakan tindakan polis bagi meleraikan perhimpunan itu kasar dan menindas.

Zulkifli berkata kedegilan sekumpulan penyokong yang masih berkumpul dan berarak menuju ke Istana Negara menyebabkan polis terpaksa bertindak bagi menyuraikan perhimpunan sekaligus mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur

“Pada masa kini peruntukan Seksyen 27 Akta Polis 1967 masih berkuatkuasa dan selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebarang perhimpunan perlu mendapat lesen daripada polis terlebih dahulu,” katanya.

Ahad lepas, kira-kira 4,000 orang berkumpul dalam dua perhimpunan di Masjid Negara bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Kedegilan kumpulan penyokong itu yang enggan bersurai serta mengganggu tugas polis menyebabkan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Akibat perhimpunan itu, ribuan warga kota terperangkap dalam kesesakan jalan raya selain mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar lokasi perhimpunan. — Bernama







4 ulasan:

peghelihla berkata...

Salam, tuan...
minta link blog kami, TQ

Tanpa Nama berkata...

Yang buat demo tu manusia biasa sebab peka akan penderitaan rakyat.Depa coba membela nasib rakyat atas perasaan perikemanusiaan.Yang ganas dan zalim tu,bukan manusia tapi binatang bertopengkan manusia.Kalau depa manusia tentu depa pun perlukan air,nak makan dan perlukan minyak petrol untuk kenderaan depa.Oleh sebab depa bukan manusialah depa tak perlukan semua itu dan membelasah "manusia" yang perihatan tu.

Tanpa Nama berkata...

yang buat demo tue bukan binatang...tapi bodoh memang cam binatang...BODOH.....nyusahkan orang lain......

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Siapa suruh buat demonstrasi.

Kerajaan Terengganu telah disaman RM 1 bilion oleh Riyapadu Sdh Bhd dalam penghakiman di Mahkamah Tinggi pada 27 Oktober 2010.

Inilah akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan pimpinan PAS pada tahun 2003.

Ini adalah satu rekod kerajaan 'Islam' di bawah kokokkan ayam pada subuh tahun 1999.

Rujuk dalam Utusan Malaysia pada 10 Disember 2010 dan pada Sabtu 11 Disember 2010.

Jangan rujuk hARAKah sahaja.

Siapa yang hendak bayar wang saman ini?

Pemimpin dan puak PAS dan PR diam sejuta bahasa. Sama juga blog pro PAS dan PR yang semakin suram menuju ke pilihanraya umum ke 13.

Jangan haraplah kepada Ketua Penerangan PAS yang asyik main sastera politik ala SHIT.

Sekian.