Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 2 Disember 2010

Mufti jangan pulak keluar fatwa Harus pulak.. hehe



IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, segera mengeluarkan fatwa berhubung isu meletak ancak yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di Manong baru-baru ini.

Nizar berkata, berdasarkan kajian serta takrif daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perbuatan berkenaan adalah jelas bertentangan dengan amalan Islam kerana ianya berunsur khurafat dan boleh membawa kepada syirik.

Bagaimanapun, menurut Nizar, pada 7 November lalu pihak mufti telah mengatakan bahawa perbuatan berkenaan adalah salah , tetapi beberapa hari kemudian mufti telah mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya.

“Dalam perbahasan saya semalam, saya telah dedahkan amalan yang dibuat oleh Zambry yang dilihat bertentangan dengan amalan Islam.

“Saya sendiri pernah pegang lilin pada hari memperingati mendiang Teoh Beng Hock. Pada ketika itu, mufti telah mengeluarkan fatwa serta merta berhubung perkara berkenaan bahawa perbuatan itu adalah bertentangan dengan akidah umat Islam dan saya digesa bertaubat.

“Saya tidak mempertahankan diri saya dalam soal ini. Tetapi dalam soal ancak ini, sehingga sekarang masih tiada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti,” katanya kepada pemberita.

Nizar berkata demikian pada sidang media pada hari ketiga, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketia, Dewan Negeri Yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, V Sivakumar dan Nga Kor Ming, (Pantai Remis).

Terdahulu, Nizar turut kesal kerana hanya sebanyak tiga soalan yang dibahaskan dalam masa satu jam, berbanding 30, yang diperuntukkan pada sesi soal jawab.

Katanya, keadaan berkenaan dilihat sebagai sesuatu yang merugikan bagi rakyat negeri Perak berikutan masih banyak persoalan yang tidak dapat dibahaskan.

Sementara itu, Nizar turut memuji ADUN Hutan Melintang, S Kesavan yang hadir pada setiap hari bagi mengikuti perjalanan sidang dewan.

Katanya, kehadiran Kesavan adalah sangat dihargai dan rakyat di Hutan Melintang kini boleh melihat bahawa inilah tugas serta tanggung jawab yang dilaksanakan oleh wakil rakyat di kawasan mereka.

“Biarpun jarak antara Hutan Melintang dengan Ipoh jauh selain tidak dapat memasuki dewan, tetapi beliau (Kesavan), tetap hadir bagi mengikuti perbahasan yang dibuat di Dewan Negeri,” katanya.

Tiada ulasan: