KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen hari ini mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendapat arahan langsung daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata, "Speaker bertukar-tukar nota dengan Nazri. Nazri memberi arahan kepada Speaker, Speaker tidak profesional, berat sebelah dan menggunakan kuasa sendiri.
"Perkembangan ini memalukan kerana saya bangun hendak berucap tetapi Speaker kata tidak ada orang yang mahu berucap.
"Oleh kerana itu kami semua (ahli Parlimen Pakatan Rakyat) keluar dewan sebelum pengundian dibuat," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh digantung enam bulan kerana didakwa membuat kenyataan palsu berhubung One Israel sama dengan 1Malaysia Kerajaan Malaysia.
BN rampas kuasa Parlimen
Parlimen juga menggantung Azmin Ali (PKR- Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor), juga
selama enam bulan.
Nazri membuat usul penggantungan itu di Dewan Rakyat semalam kerana
ketiga-tiga ahli parlimen pembangkang berkenaan mengeluar kenyataan media.
"BN (Barisan Nasional) dan Umno rakus, sombong dan menghina Parlimen kerana mereka mempunyai majoriti. Ini cara merampas kuasa Parlimen setelah tidak mendapat sokongan rakyat," tambah Anwar.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang hadir sama dalam sidang media itu berkata, Speaker telah menerima arahan dalam bentuk pertukaran nota daripada Nazri.
"Ini bermakna dia (Speaker) bukan bebas hendak membuat keputusan. Apa yang berlaku Speaker gagal mengawal keadaan tegang yang berlaku.
"Arahan yang beliau terima dari BN menyebabkan beliau hilang kebebasan sebagai seorang Speaker," katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan