Dppk Batu Gajah dengan usahasama Perak CARE hari ini telah melawat beberapa buah kampong disekitar Batu Gajah didalam proram sumbangan peralatan menulis dan beg-beg sekolah kepada anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah seramai 15 orang adik-adik yang telah dikenalpasti telah menerima sendiri daripada Penyelia DUN Sg Rapat Ust Radzi Zainun yang ditemani oleh Naib Ketua Pemuda Pas Perak saudara Salman Saleh, YDP Pas Kawasan dan KP Dppk Batu Gajah serta beberapa AJK Pemuda dan Kawasan yang turut bersama didalam sesi ini.
Semoga sedikit sumbangan ikhlas ini akan menjadi pencetus dan pembakar semangat adik-adik untuk lebih berusaha dan berjaya didalam pelajaran mereka dimasa hadapan. Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat dilakukan hari ini dan mudah-mudahan ianya dapat dikekalkan dimasa-masa akan datang. Matlamat kami adalah jelas, golongan yang lemah dan perlu dibantu wajar dibela dan perlu diberi perhatian. Tidak ada satu pun peralatan dan beg sekolah yang dibekalkan hari ini, diletakkan tanda atau logo parti kerana bagi kami anak-anak ini tidak harus disogok dan diracuni pemikiran mereka dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan parti kerana apabila mereka dewasa, anak-anak ini akan lebih mengetahui siapa yang jujur dan siapa yang ikhlas didalam pemberian kepada mereka dan keluarga. Kami ikhlas dalam pemberian ini, biarlah parti UMNO sahaja yang meletakkan logo UMNO Barisan Nasional serta 1 Malaysia di beg sekolah seperti yang berlaku di Malim Nawar baru-baru ini.
Saya yakin adik-adik berserta keluarga mereka akan tahu dan ingat siapa yang memberi sumbangan tersebut tanpa perlu diletakkan logo parti terbabit. UMNO dilihat semakin terdesak sehingga sanggup mencetak dan meletakkan logo parti mereka di beg sekolah yang dibekalkan kepada anak-anak sekolah di kawasan Malim Nawar. Anak-anak perlu bebas daripada cengkaman dan pengaruh parti politik. Biarlah mereka membesar dalam suasana alam persekolahan yang tidak dicampuri serta dicemari dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan politik.
Menurut Ketua Pemuda Dppk Batu Gajah saudara Ammar Rosdy, Pemuda Pas Batu Gajah jelas dalam konsep dan tujuan sumbangan ini, anak-anak ini perlu dijaga dan dipelihara agar minda dan kecerdasan ilmu persekolahan mereka dapat dipupuk sebaik mungkin mudah-mudahan hasrat melihat anak-anak yang berilmu terhasil dan berjaya. Menurutnya, tiada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu,tiada perilaku yang menguntungkan daripada adab, tiada teman yang lebih bagus daripada akal dan tiada benda yang lebih dekat daripada maut. Jesteru, kekayaan yang paling tinggi adalah akal dan kemiskinan yang paling besar adalah menjadi dungu dan bodoh, ketika mengakhiri pertemuan pada hari tersebut.
Ammar Rosdy
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas,
Kawasan Batu Gajah Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan