Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 13 Disember 2010

Dr Fadzilah Kamsah Keluarkan Fatwa Boleh Melacur Jika Dharurat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR0Gt2KJd8oG4t3opb8R3SWKRDAl6J2XhN54kzBJG3rVTJ2zcR27P9giaXAntPvtsLWNf6FxtnMglaPNrBKLaXpTCpqYFpEL7E1FoeV2Px8n7oLUVhLtChTS2RXZzvv5R962nMR0h0XjY/s1600/Datuk+Dr+Fadzilah+Kamsah2.jpg
Kenyataan Harian Metro Sabtu, 11 Disember 2010

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

Ulasan Ustaz Nur Amin

Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.

Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).

Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang pakar motivasi berbayar mahal. Dikatakan dia pernah 'mengamuk' kerana diberi pelajar yg bermasalah untuk diberi motivasi. Kalau pelajar baik, semua orang boleh jalankan motivasi dan pasti ada kesannya. Dalam hal ini, guru di sekolah adalah pakar motivasi yg unggul, lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah yg bermasalah disiplin. Dakwaan ini entah ye entah tidak.

Tanpa Nama berkata...

INILAH JADINYA BILA YANG MEMBERI PENDAPAT MENGENAI HUKUM ISLAM ITU BUKAN AHLI DALAM, BIDANG AGAMA.

YANG SESAT AKAN TERUS AKAN SESAT....YANG ZINA AKAN TERUS MELAKUKAN ZINANYA.

MASYARAKAT AKAN HANCUR KERANA PENDAPAT YANG SEDEMIKIAN. PENDAPAT YANG TIDAK MERUK PADA AL-QURAN DAN SUNNAH.

SORRY DR. FADHILAH....PENDAPAT AWAK TERSASAR JAUH DARI TUNTUTAN AGAMA.

Tanpa Nama berkata...

dr kangkong dah lama tau cume melayu saja tak tau

Saladin berkata...

Perlu diingatkan sesuatu pendapat itu perlulah berlandaskan kpd Al-Quran, As-Sunnah dan sering manusia lupa walau dari parti politik manapun adalah Ijmak ulama'.

Secara ringkasnya apa yang diperkatakan oleh pakar motivasi tersebut tidak baik utk dperktakan di khalayak, kerana khalayak ramai tergolong dalam dari jahil hingga arif agama. Pandangan pemikiran mereka akan berbeza2. Yang jahil akan terfikir melacur itu halal jika terdesak. Yang beragama pula terbahagi dua pendapat moderate dan ketat.

Dalam hal ini pendekatan Ijmak perlu dititik beratkan. Memang teramat salah apa yg dilakukan pakar motivasi ini. Seharusnya untuk membenarkan perkara tersebut, beliau berbincang dengan pakar agama yang bertauliah.

Allah Almighty Knows Best

USTAZ SYED MOHD BAKRI berkata...

satu pandagan yang sesat sepertimana pernah seorang timb menteri agama sekarang yang menyatakan boleh melacur jika darurat

Greenboy berkata...

Mengapa teruk sampai macam ni, apakah Malaysia ni dah lansung tak ada tanah nak di usahakan apakah sudah x der org kaya yang boleh membantu, apakah sudah semua bodoh orang yang cerdik di malaysia ni lansung x boleh fikir ttg kebajikan mereka? apakah alim-ulama sudah penuh mulut dengan habuan dunia, lansung x boleh bercakap ttg hukum yang betul...

jettlee berkata...

jangan kamu hampiri zina...
hampir pun jangan... apa punya pendapatlah, kalau ambil mudah je.. nampaknya.. menghalalkan cara dalam beribadat pulak.... apakah itu dipaksa atau terpaksa.. ??? fardhu kifayah ni tanggungjawab siapa jadi begitu.. ???

on ibrahim berkata...

macam tu sekali ulasan daripada seorang pakar motivasi..tapi tak boleh nak marah sangat pun..sebab kalau dia nanti tak jadi atau orang tak mau dah kat dia..dia boleh suruh isteri dan anak anak dara nya jadi pelacur..darurat katakan..dia dah tak da pendapatan lain..suruh le bini dan anak daranya melacur...kah kah kah..

bangang punya orang..kalau begitu..beli nombor pun boleh le..sebab darurat kan...

mungkin dia ni cari publisiti murahan..agar di panggil kera..jaan untuk program melibatkan para pelacur nanti..drs gila dia ni..meh sini aku pulak beri dia motivasi...

ahmadbaihaqie abdrazak berkata...

sedikit pandangan

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/12/kerjaya-gro-paksa-henti-hukum-dr.html

tiada manusia yang sempurna..sedangkan para nabi pun ad buat salah..inikan pula kita hanya manusia biasa.

Tanpa Nama berkata...

bUAT BAIHAQIE...PESAN SY JGN BANDINGKAN KITA DGN PARA NABI....NABI ITU BERSIFAT MAKSUM DAN TERPELIHARA DARI PADA DOSA..

Tanpa Nama berkata...

Betul juga kata DR...tapi bila kita buka kitab al-Quran dan tafsirannya, jelaslah bahawa pendapat DR tersasar dari landasan. Benar perempuan itu perlukan sokongan untuk dia kembali ke pangkal jalan. Tetapi kenapa orang yang ada kuasa tidak menahan perempuan itu dan memberi tunjuk ajar yang betul. Bukankah itu lebih mulia dari membiarkan ia melakukan maksiat dan pada masa sama kita mengajaknya melakukan perkara baik sedangkan kita MENGHALALkan dia melakukan perkara keji berulang-ulang.

Di mana letaknya keimanan kita kepada ayat al-Quran yang menegah mendekati zina? Di mana letaknya keimanan kita kepada ayat al-Quran yang menghukum penzina dengan 100 sebatan? Atau ianya sudah ketinggalan zaman?

Kita perlu sedar..kita sebagai orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah mesti membuat pertimbangan selari ddengan kehendak agama. Sudah jelas larangan Allah terhadap perbuatan ZINA. Kenapa kita mahu menghalalkan perkara yang haram? Kita seorang hamba Allah. Kita bukan Tuhan di atas muka bumi ini.