Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 24 Julai - Pakatan Rakyat Sabah akan melancarkan 'Pakatan Friends Facebook Group' secara rasmi dalam usaha untuk mengembeleng sokongan dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum Ke-13 nanti.
Majlis yang akan diadakan di Hotel Yaho,Sembulan,Kota Kinabalu pukul 1.30 petang hari ini akan turut disiar secara langsung melalui web tv melalui alamat http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Ronnie Klassen pelancaran secara online dilakukan bagi menarik minat generasi muda supaya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pentadbiran negeri Sabah pada PRU akan datang.
"Buat masa ini, kita sudah berjaya menarik keahlian kira-kira 2,000 orang di mana 70 peratus terdiri daripada ahli ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat manakala selebihnya bukan ahli tetapi penyokong kuat Pakatan Rakyat.
"Tujuan utama ditubuhkan 'Pakatan Friends Facebook Group' adalah untuk menawan negeri Sabah dalam PRU-13 nanti dan kami menyeru generasi muda di negeri Sabah dan Sarawak untuk keluar dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan rasuah Umno-Barisan Nasional.
"Ramai di antara generasi muda ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada sekarang ini," kata Ronnie kepada Suara Keadilan.
Di samping itu, katanya kumpulan itu juga akan memberikan motivasi kepada penyokong supaya tidak gentar kepada intimidasi yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.
"Kita juga akan mengelilingi seluruh negeri Sabah untuk mengajak generasi muda ini bersama kita dan menerangkan kepada mereka situasi sebenar negara.
"Selama 47 tahun, apa yang Umno-BN ceritakan kepada rakyat, semuanya bohong belaka, kita tidak mahu generasi muda ini duduk di rumah dan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa," ujar Ronnie lagi.
Pada masa yang sama, kumpulan itu akan berusaha untuk menambah ahli dalam siri jelajah dan menganjurkan ceramah di seluruh negeri Sabah nanti.
Majlis perasmian itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP termasuk Bendahari Negeri DAP, Frederick Fong, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sabah, Anuar Ali serta Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan