Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 16 Julai 2010

Kenderaan asing tidak dibenar beli RON 95 1 Ogos

KUANTAN - Bermula 1 Ogos ini, pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di stesen-stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang diapungkan secara terkawal melalui penyelarasan subsidi yang diumumkan kerajaan.

"Pelaksanaan ini adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Kelmarin, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan lima sen manakala petroleum gas cecair (LPG) dikurangkan 10 sen sekilogram berkuat kuasa semalam.

Petrol RON 97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penyelarasan subsidi itu tidak sepatutnya memberi kesan kepada harga barangan pada masa ini.

Beliau berkata, kenaikan bahan terbabit adalah kecil dan pihaknya telah melakukan kajian terhadap kos yang terpaksa ditanggung peniaga.

"Contohnya harga teh tarik, dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen sekilogram ini, kenaikan kos adalah sebanyak 1.2 sen sahaja, tidak ada sebab kalau kedai-kedai teh tarik mahu menaikkan harga di antara 10 dan 20 sen," katanya.

Tiada ulasan: