Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 3 Julai 2010

"Najib judi, Rosmah judi, UMNO pon judi" [Gambar]




"Najib judi, Rosmah judi, UMNO pon judi" . Itu antara slogan yang dilaungkan oleh rakyat dan pemimpin di Himpunan Tak Nak Judi petang semalam.


Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen j
udi.

Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.



"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.











Muslimat turut hadir


Ketua DPPP, Ustaz Nasaruddin Tantawi


Ketua AMK, Sdr Shasmul Iskandar




Ustaz Taliban


Anak Tok Guru


Batu Gajah Mari

anak cilik


kaum tionghua



Mat Salleh turut menyertai Himpunan ini


mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Nik Abduh

Tiada ulasan: