Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 15 Julai 2010

NGO sokong tindakan Khalid



SHAH ALAM – Pemuda UMNO tidak perlu bermain wayang dengan membuat tindakan keterlaluan berhubung isu perlombongan pasir di Selangor.

Sebaliknya, mereka harus mempertikaikan bagaimana urus tadbir yang dilakukan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sewaktu pemerintahannya sebelum ini.

Timbalan Pengarah Sekretariat Latihan dan Perkaderan (SELKAD), Faris Musa berkata, rakyat sentiasa memberi sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang jelas menggunakan ekonomi negeri Selangor untuk kepentingan rakyat dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Kami mendesak ahli UMNO terutama sekali Pemuda UMNO agar mempersoalkan bekas MB Selangor yang hanya memperoleh pendapatan hasil pasir sebanyak RM2.9juta setahun. Mereka tidak perlu menghantar memorandum dan mempertikaikan ketelusan Kerajaan Negeri dalam urus tadbir kerajaan ini.

“Kerajaan PR telah meningkatkan hasil pasir sejumlah RM6.3juta (2008), 5.4juta (2009) malah sehingga Jun 2010 hasil dapatan yang diperoleh Kerajaan Negeri ialah RM10.3juta. Beliau yang turut serta dalam penyerahan memorandum menyokong Abdul Khalid bersama 60 Skuad Komunikasi Selangor (SKS) semalam melihat jelas bahawa ahli UMNO telah menyeleweng kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, penyerahan yang diketuai Timbalan Pengarah Skuad Komunikasi Selangor (SKS), Khairul Nizam Othman menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan sumber alamnya untuk menjana pendapatan dan kekayaan rakyat demi kemakmuran negeri sesuai dengan moto negeri iaitu, merakyatkan ekonomi negeri untuk kebajikan rakyat.

Memorandum itu juga menolak dakwaan yang tidak berasas pihak pembangkang Negeri Selangor iaitu UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memburukkan pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor yang kononnya terdapat salah urus tadbir Kerajaan Negeri di dalam pengurusan sumber alamnya.

Malah memorandum itu turut menggesa Kerajaan Negeri membongkarkan semua penerima konsesi pasir dan tanah sebelum Mac 2008 semasa di bawah pemerintahan BN.

Tiada ulasan: