Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 7 Julai 2010

Minta rakyat berdoa bebaskan warga Malaysia



IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNPk) mendesak Kerajaan Mesir menjelaskan kedudukan seorang rakyat Malaysia, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, yang ditahan pihak berkuasa Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air pada 13 Jun 2010 yang lalu tanpa penjelasan kepada Kerajaan Malaysia sehingga kini.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, DPPNPk turut mendesak agar Zulkifli dibebaskan dengan segera yang sehingga kini sudah hampir tiga minggu ditahan tanpa sebarang pertuduhan.

“DPPNPk memohon Wisma Putra, melalui Kementerian Luar Negara agar mengusahakan segera pembebasan Zulkifli yang kini sepi tanpa sebarang berita daripada Kerajaan Mesir dan keadaan ini amat membimbangkan.

“Kami juga berharap ahli keluarga Zulkifli bersabar dan memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Zulkifli yang di tahan tanpa asas yang kukuh,” katanya melalui kenyataan bertulis kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau turut menasihati seluruh rakyat Malaysia yang ingin keluar negara terutama ke Negara Mesir, berhati-hati dengan insiden yang telah berlaku ini.SH

Tiada ulasan: