Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 18 Julai 2010

KDN buang masa !!!



Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 18 Julai - Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya menegaskan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kandungan sebahagian daripada surat yang diterimanya 2 Julai lalu sebagai membuang masa.
"Ini merupakan percubaan Kementerian Dalam Negeri untuk memberi tekanan kepada Parti Keadilan Rakyat. Kali ini melalui akhbar dan Ketua Pengarangnya," kata Latheefa ketika ditemui pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Beliau menemani pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berkenaan laporan yang dibuat oleh KDN 12 Julai lalu.
Dzulkarnain yang sepatutnya memberi keterangan di IPD Putrajaya Jumaat lepas tidak boleh berbuat demikian kerana menghadiri pertemuan pengarang akhbar Pakatan Rakyat di Ampang.
Beliau kemudiannya menerima notis arahan 111 di bawah Sekyen 112 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan berkenaan laporan tersebut yang dihantar ke pejabat Suara Keadilan 16 Julai lalu.
Latheefa memberitahu siasatan dijalankan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kata beliau soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar 'Keadilan' versi tidak berkala yang diterbitkan oleh Angkatan Muda KEADILAN.
Latheefa berkata Dzulkarnain diajukan kira-kira 25 soalan oleh pegawai penyiasat, ASP Rejali anak Angong beliau menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 (2) untuk tidak menjawab sebarang soalan.
"Persoalan yang mereka ingin tanya sebenarnya boleh didapati daripada kandungan surat, tanpa perlu memanggil kami untuk hadir memberi keterangan. Tindakan ini sebenarnya hanya membuang masa," kata Latheefa.
Beliau turut mempersoalkan definisi perkataan 'sulit' yang ditakrifkan oleh KDN sehingga dokumen tersebut boleh dianggap sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Jika menyiarkan surat yang tertera perkataan 'sulit' itu dianggap sebagai satu kesalahan, kita nak tahu juga bagaimana mereka akan dakwa kami dalam kes ini. Kita tunggu dan lihat," kata Latheefa

Tiada ulasan: