Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 28 November 2012

Ustaz Radzi datang baru dapat lampu



ARA PAYONG: Terima Kasih Ustaz Radzi Zainon! Itulah yang diungkapkan oleh seorang wakil penduduk Kg Bendera selepas pemasangan lampu jalan di kampung tersebut.

Halil berkata, penduduk kampung itu telah mengadu sejak sekian lama dan sudah bertemu wakil Adun, Kak Midah termasuk ketua kampungtentang permasalahan tersebut.

Menurutnya, beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar, Dato' Zambry di satu majlis untuk mengadu masalah itu namun ianya tidak memberi tanda positif.

Namun katanya, setelah Ustaz Radzi bersama Skuad PAS Batu Gajah meninjau permasalahan penduduk setempat, barulah Adun Sungai Rapat, mengambil tahu tentang masalah itu.

"Dan inilah hasilnya selepas pihak PAS datang meninjau masalah rakyat," katanya selepas lampu siap dipasang.





Kata beliau, pembikinan video permasalah rakyat yang dibuat oleh PAS telah memberi kesan yang baik dan ianya telah membuka mata pihak berwajib.

Tahniah Ustaz Radzi Zainon.. Kak Midah, berundurlah!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini jawapan dan buktinya Radhi Zainon memang munafik
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/11/radhi-zainon-jangan-jadi-penipu.html

Haji Abdul Aziz berkata...

Tidak baik kita menuduh seseorang itu munafik. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Amin!

Tapa Hamid berkata...

Kita hanya manusia biasa. Tak baik kita tuduh-menuduh. Buat kerja biar menjurus ke jalan Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk atas alasan politik.