Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 2 Ogos 2011

PAS yakin rampas kembali PERAK!!



IPOH - Keyakinan Pas Perak bahawa Pakatan Rakyat (PR) bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas.

Pesuruhjaya, Abu Bakar Hussain berkata, laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok.

“Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13,” katanya.

Pada Mac 2008, UMNO bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu, PR memperoleh 31 kerusi.

Namun, tidak sampai setahun memerintah, berlaku beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan PR.

Kata Abu Bakar, krisis dalaman yang dihadapi UMNO kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihan raya olok-olok ini.

“PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka ‘merampas’ Perak daripada PR.

“Justeru, beliau menggesa semua ahli Pas agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada PR menjelang PRU 13,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaallah PR akn kmbali mnerajui Perak.coup de tach tempohari ckup mlukakn hati rkyat Perak.hingga kn pnyokong UMNO sndri mngata kn tidk sptut ny UMNO brtindak begitu.tp sya mngharap kn stakat Perak shj klau blh Mlaysia ni dpt kita twan,insyaallah