Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 27 Ogos 2011

PAS Prihatin bantu golongan susah sempena Hari Raya






*sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada Kedai Kain dan Pakaian Marian dan Liza Collection kerana sudi menaja menaja pakaian baju raya bagi 6 beradik yang tidak berkemampuan


Misi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Dun Sg Rapat, Kawasan Batu gajah diteruskan lagi dengan keluarga sasaran difokuskan kepada keluarga miskin tegar yang benar-benar memerlukan bantuan.

Seramai 13 keluarga dari 3 buah kampung telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan khas ini. 13 keluarga ini dipilih daripada 130 keluarga yang telah menerima bantuan pada mnggu lalu. Sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Ismail Ariffin,YDP Pas Kawasan Batu Gajah bersama skuad kebajikan Pas Kawasan Batu Gajah. Sumbangan berupa sejumlah wang berserta kuih raya sebagai tanda ingatan dari pihak Pas Batu Gajah.

Seramai 6 beradik dari sebuah keluarga yang berumur antara 5 hingga 14 tahun juga turut diraikan. Mereka telah dibawa oleh Skuad kebajikan Pas batu Gajah ke sebuah pusat pakaian di Pekan Batu Gajah untuk membeli pakaian raya. Rezeki di Bulan Ramadhan ini ternyata menyebelahi 6 beradik ini apabila pemilik Pusat Pakaian tersebut telah menawarkan untuk menaja kesemua pakaian bagi keenam beradik tersebut secara percuma & memeberikan tambahan duit raya buat mereka. Pas Kawasan Batu Gajah amat berbesar hati & terharu atas kesudian Pusat Pakaian tersebut iaitu Pusat Pakaian Mariam yang terletak berhampiran pasaraya TF menaja pakaian baju raya bagi 6 beradik tersebut. Semoga perniagaan mereka kian berkembang & dapat menjadi pemangkin semangat bagi ahli perniagaan lain untuk turut menaja sumbangan.

Sesungguhnya, Pas Kawasan Batu Gajah dengan izin Allah akan terus menerus berusaha mengesan golongan kurang berkemampuan ini bagi menghulurkan bantuan seterusnya bersama-sama memastikan Kebajikan Saudara seIslam kita terpelihara.



Ketua Lujnah Kebajikan PAS Batu Gajah prihatin


NYDP dan YDP


Haji Ismail mencubakan pakaian



kegembiraan terserlah


PAS Prihatin



Muslimat PAS Batu Gajah


Haji Ismail menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya

Tiada ulasan: