|  | 
| Kilang arak di Shah Alam | 
Walaupun satu dunia mengakui keburukan alkohol namun tak ada usaha nekad untuk menghapuskan budaya tersebut secara total.
Bukan saja alkohol,  malah banyak lagi benda lain yang manusia main tarik tali, satu pihak  buat kempen besar-besaran kononnya ia amat merbahaya, satu pihak lagi  pula buat kilang besar-besaran untuk kaut keuntungan yang dibahagi  sebahagiannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Maka tersenyum  lebarlah kerajaan.
Yang paling pelik  sekali adalah kerajaan yang mengakui dan mencanang seluruh dunia bahawa  negara ini negara Islam yang mana arak adalah minuman najis yang  diharamkan kita meminumnya.
Dalam Quran arak  dinyatakan sebagai minuman yang mendatangkan kemudaratan yang amat besar  berbanding kebaikan, dan kemudaratan tersebut adalah umum untuk semua  manusia tak kita Islam atau bukan Islam. Orang Islam sudah tentu wajib  percaya dan beriman dengan fakta tersebut.
Cuma agak ganjil  sedikit, negara Islam yang kita ada sekarang merupakan negara yang  penggunaan arak adalah di antara yang paling tinggi di dunia. Dan negara  Islam ini jugalah mempunyai kilang arak yang hebat di Selangor bukannya  sebuah, malah lebih daripada itu. Itu belum masuk lagi kilang  kecil-kecilan memproses samsu haram.
Ronnie Liu dari DAP tentu  berbangga dengan statistik yang dikeluarkan tersebut. Usahanya  menghalang pihak yang mahu menghalang penjualan arak berleluasa  nampaknya sudah membuahkan hasil. Tahniah YB!
 
 
 
 
 
1 ulasan:
tahniah!bravo! malaysia top no 10
Catat Ulasan