Senarai Blog Saya
- 
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
                      -
                    
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan 
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan 
sek...
9 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
  
 
 
 
          
        
          
        
Calon Muka baru: Terbukti BN kian terdesak!!

 Tindakan   BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru'   pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat   negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman   itu kata Profesor Dr Hasan Hasbullah..
Memanglah terdesak.. dan   menurut seorang sahabat yang berada di pihak UMNO/BN keyakinan mereka   hanyalah 50-50 sahaja untuk mengekalkan kuasa di Sarawak..
Oleh   sebab itu Anwar Ibrahim perlu dimusnahkan karakternya sebelum beliau   berjaya menjelajah ke seluruh Sarawak.. ini telah dijangka sendiri oleh   Anwar Ibrahim sebelum beliau terbang ke Sarawak..
Jadi   tak hairanlah kenapa tiba-tiba sedutan Video Lucah itu boleh berada di   You Tube sedangkan menurut Trio 'Three Stooges' tiada salinan yang   dibuat..
Ada juga sumber yang menyatakan sejumlah besar wang   telah bepindah tangan dari seseorang dari kepada seseorang Ketua dari   Parti yang telah hampir mati di Sarawak dan sebuah parti yang ditaja BN   akan bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS..
Benar atau tidak.. sehingga sekarang telah terbukti 70% dakwaannya itu adalah benar..
P'raya Sarawak : Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'
Tindakan   UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka   baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi   rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti   perkauman itu.
Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi   perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak   muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti   itu.
Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr   Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25   peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan   Rakyat, 16 April ini.
"Kita percaya kalau melihat   andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari   fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah   menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit   gentar dengan tekanan ini."
Dr Hassan bagaimanapun berkata,   faktor calon 'muka baru' yang dipertaruhkan UMNO BN ini belum tentu   mampu mengadakan perubahan yang diinginkan rakyat Sarawak.
"Calon   merupakan hanyalah susuk tubuh yang mewakili organisasi iaitu   calon-calon tak kira baru atau lama, bukanlah faktor utama yang boleh   menentukan berlakunya perubahan dari aspek sistem, bentuk, kandungan,   amalan dalam cara menguruskan sesebuah negara ataupun negeri itu.
Dr   Hassan tidak menolak kemungkinan UMNO BN menggugurkan kepimpinan   terdahulu berikutan kegagalan mereka memerintah Sarawak hingga   menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Jadi   tidak ada apa-apa pun yang ganjil atau luar biasa dalam PRN Sarawak,   cuma beberapa orang tokoh-tokoh baru dijelmakan untuk menggantikan   pimpinan lama yang mungkin telah gagal menjalankan tugas kerana mereka   tidak disambung jawatan itu atau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan   atau mereka dibebankan oleh segala macam masalah peribadi."
Dr   Hasan berkata, jika rakyat Sarawak menginginkan perubahan, mereka harus   berani memilih parti yang dirasakan mampu membela nasib serta masa  depan  mereka.
Meskipun UMNO BN yakin akan menang mudah dalam  pilihan  raya negeri kali ini, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai  peluang yang  sama berdasarkan kebanyakan dari mereka kini terdedah  kepada maklumat  dan sumber yang sahih tentang kepincangan yang  berleluasa dinegeri  kelahiran mereka.
"Kebangkitan suara-suara  tertentu pada hari ini  khususnya di kalangan umur pada 21-45 tahun di  Sarawak begitu jelas,  kita mengatakan persepsi setakat ini kepercayaan  politik di Sarawak  telah berubah dan berkembang."
Beliau  menambah daripada  pengamatannya, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap  dasar yang dibawa  Pakatan Rakyat berada dalam lingkungan 40 peratus dan  peratusan ini  tidak mustahil akan meningkat dalam masa terdekat ini.
Ini   berikutan Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mereka  mantadbir 4  buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan  Kelantan.
Semalam,  Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25  peratus atau 18 orang  calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu  pada pilihan raya  negeri 16 April ini.
Mereka terdiri daripada  10 calon Parti  Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti  Rakyat Bersatu  Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak  (PRS).
TVS News
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan