Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 6 September 2010

TG Nik Aziz pertahan bukan Islam boleh masuk masjid


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikmmbC33viWu8h3Bl3z4yK0qwbPXuPl_vWyWaif9Jz9pVuhiRMdej4ltAU-Uz8-ypYWgMCrTYdbig4VHOGU8R5rbtpIcHE0uHrTJ3ZfCsOFahobrwdS4csRgr2ClNwBGBjY1N0N4O9Kh8M/s800/DSC00975.jpg


KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.

Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di sini.

"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini sini hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)". - BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....

Apa yang depa buat..
Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
jenis lidah biawak macam LGE.

Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
Ajak manusia buat kebaikan.
Yang tidak betul, perlu dinasihat.

Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
kih.. kih...

Bagaimana nak perintah negara.
Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.

Kata dulang, paku serpih.
Mengata orang, PAS YANG LEBIH.

idopPAS berkata...

ambo la ni dah x nmpak islam yg PAS pgang selama nih...sbnrnya dr dulu lg ambo x setuju DAP bgabung dgn PAS..dulu kata BN kafir,,,ape DAP tue x kafir ker???
aduuuss..dunia dah nak kiamat..astarfirullah...
ambo gase nik aziz ptut brundur dari jdi presiden lah,,x pon bek mati je lah.Aku dah x snggup tgk Islam jd haru biru...takat nih mmg x nampak BABI masuk msjid,,tp org cina mkn BABI..jd,BABI msuk msjid

Tanpa Nama berkata...

X tau la kome ni, x blaja agama ke, jgn sempitkan pemikiran, kot2 dema tergerak masuk islam kan syukur,camna nak ngajok deme masuk islam, tak tunjuk camna agama islam yang baik, camna tau yg deme makan ba.., kome nampak ke?tu suruh rosmah tu,khatam Qur'an pun x tutup aurat ,Moga2 dia dibukakan hatinya.Amin...Kalau dapat agama melalui keturunan dan maleh ngaji ni yg susah ni