Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 22 September 2010

“Saya tak tahu menahu” - TG Nik Aziz

http://3.bp.blogspot.com/__d10aNX-Dt4/TG-mzAGxh8I/AAAAAAAAGIk/bi8dy_puUQI/s320/n_03nikaizi.jpg


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyenaraihitamkan Syarikat I’Da World Group Sdn Bhd, yang mendakwa menyumbangkan RM4 bilion kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas Kelantan untuk membangunkan negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit.

“Sebagai Menteri Besar, saya tidak ada sangkut paut langsung dengan cadangan syarikat itu dan tidak pernah melantik mana-mana pihak mewakili saya menerima replika cek bernilai RM4 bilion sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar semalam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung sebuah syarikat yang dikenali sebagai I’Da World Group Sdn Bhd bermurah hati menderma kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion.

Akhbar kelmarin melaporkan replika cek berkenaan diterima wakil Menteri Besar daripada Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Difahamkan adik Nik Abdul Azizi iaitu Nik Din mengesahkan beliau terima replika cek berkenaan pada majlis itu, tetapi atas sifat peribadi dan bukan mewakili Kerajaan Negeri atau parti.

Sumbangan cek itu untuk membangunkan negeri ini, antara lain, termasuk projek pembangunan Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar yang membabitkan kos RM313.71 bilion.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada sebarang rundingan dibuat antara Kerajaan Negeri dan syarikat itu untuk membantu negeri ini dalam melaksanakan projek pembangunan di Kelantan, malah tiada sebarang persetujuan dibuat.

“Akhbar yang menyiarkan gambar wakil saya menerima replika cek itu tidak benar, kerana saya tidak pernah menghantarkan mana-mana pihak menerima cek (replika) itu bagi pihak saya,... mengarut jah!..” katanya. SH

1 ulasan:

Shukri tmn orkid berkata...

Mu ni tak tahu ker atau buat-buat tak tahu, menipu satu amalan yang paling mulia bagi wali selipar