Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menziarahi anggota keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh baru-baru ini.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau berpesan kepada anggota keluarga Allahyarham supaya bersabar dengan pemergiannya.
“Saya datang sini mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga dan (agar mereka) sabar.
“Dia mati teraniaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman Allahyarham di Taman Harmonis, Gombak di sini.
Dalam lawatan itu, Nik Abdul Aziz diiringi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan