KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.
“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. -
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan