
Menurutnya, usaha dan desakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) akan berulang kembali, lebih-lebih lagi apabila pihaknya difahamkan terdapat cubaan tertentu untuk mengambil alih pentadbiran di Selangor.
“Kita yakin keadaan ini akan berulang sehingga PRU atau sehingga jatuhnya Selangor kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya, semalam.
Beliau berkata, desakan daripada kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) di Selangor baru-baru ini adalah usaha pihak terbabit menangguk di air jernih untuk menjatuhkan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran pembangkang.
Bagaimanapun, beliau percaya, kumpulan berkenaan dilihat cuba ‘mem-pertahankan nasib’ Pas daripada PR sebenarnya bukan penyokong parti itu.
“Yang kita tahu, mereka bukan penyokong Pas dan langsung tidak menggambarkan ahli Pas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan