Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 28 Disember 2009

Pengaruh Dato Seri Nizar terus DIGERUNI..!!

"tahniah dan mulai sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini". -zambry

itu komen menteri besar Perak, Dato seri dr zambry Abdul Kadir berhubung tindakan Dewan Pemuda Pas Perak yang mula menjalinkan persahabatan dengan media arus perdana.

kenyataan itu dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan menerusi aktiviti persahabatan boling yang diadakan oleh Dewan pemuda pas perak bersama media Perak.

sebelum ini, Pas Perak pernah mempertikaikan akan ketulusan media arus perdana dalam menyampaikan liputan atau laporan mengenai pihak pembangkang yang lebih ke arah prospek negatif .

Sya

artikel diatas sya petik dari laman blog ini yang mana ia ditulis selepas satu perlawanan
persahabat yang dianjurkan oleh dewan Pemuda Pas Perak bersama rakan media di sebuah pusat bowling di Ipoh pada malam Rabu yang lalu.Ramai yang telah hadir termasuk wakil media arus perdana yang sama-sama bermain dalam suasana yang harmoni dan semangat kesukanan juga meletakan fahaman idologi politik jauh dari persekitaran.Turut hadir sama ialah Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin MB Perak yang sudi melapangkan masa hadir bagi bersama dengan semua yang hadir.

Artikel diatas ditulis selepas gambar dan berita yang ditulis di dalam akhbar sinar harian pada hari Jumaat yang lalu.Maka terkejut la bilik berita RTM(mana tau orang dalam bagi tau ) apabila melihat gambar dan cerita tersebut keluar untuk tatapan pembaca Sinar Harian.Apa lagi terus ditugaskan salah seorang wartawan mereka mendapatkan reaksi si zambry tu,maka terhasil la artikel diatas ni.

Persoalannya apa kena mengena si zambry ni dengan program tersebut,lantaklah kalau pemuda pas nak buat apa pun.Sekurangnya bak kata ekau(zambry) `Mulai sedar dari kesilapan'..sedap jer bahasanya yer..Orang ada asas agama memang sentiasa ingat dan berubah bukan macam ekau yang Allah swt tutup pintu hati sampai `TAK Sedar dari Kesilapan' aku tambah lagi `TAK Sedar diri sama'...

Lagi satu yang kami pertikaikan berita yang dihantar oleh wartawan semua yang kemudiannya di edit oleh si Editor yang akhirnya menghasilkan berita yang memang tak berguna..So Maknanya bukan wartawan yang salah tapi Editor yang tak betul..Ada faham zambry??

Salah satu sebab diaorang nak zambry komen pasal hal ni ialah pasalnya diaorang takut satu perak baca kisah Dato Seri Ir Hj Nizar dan Pemuda Pas main Bowling dengan Media..!So nak nampakan macam si zambry tu prihatin so RTM selaku lidah rasmi pun mendapatkanlah komen kurang cerdik si zambry ni..

Soalan aku :

  • Apakah si Zambry rasa tercabar apabila Wartawan Arus Perdana sekarang ni pun dah mula nampak condong kepada Pakatan Rakyat Perak??
  • Apakah Zambry juga takut dengan pengaruh Dato Seri Nizar terhadap Media Arus Perdana selepas ini..??


Ini antara gambar yang aku simpan( malam tu aku sorang jer yang amik gambar ) sebab dapat tahu isu ni pun diaorang nak manipulsi jugak..layan..!

Dato Seri turut sama hadir dalam program ini
Dato Seri merasmikan Perak Darul Kartun
Wakil Media menerima cenderahati
Semua Media dan Pemuda Pas yang hadir bergambar kenangan

p/s : dengor kata zambry pun nak buat gak program ngan media tapi main aci kejor...hihiihihihi..

http://syaomel85.blogspot.com/

3 ulasan:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berkata...

Wahai Paeh,

Pengaruh Nizar memang digeruni.

Oleh kerana Pas pun boleh berkawan dengan syaitan dan hantu, mereka juga gerun sangat dengan Nizar selaku MB PERAK yang sah selamanya.

Tanpa gelaran Tok Guru dan Tok Bomoh pun Nizar tetap digeruni.

Itulah namanya dunia politik yang disokong oleh Paeh sekarang ini.

Memang ya lah itu.

Sekian.

paeh berkata...

memank bodoh le anda ni..

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berkata...

Wahai Paeh,

Baru pertama kali Paeh memberi komen ke atas tulisan saya.

Terima kasih walaupun Paeh mengeluarkan perkataan bodoh atau perkataan lain yang agak tidak baik kepada sesama Islam hanya kerana PAS dan perbezaan politik.

Maknanya Paeh menyokong PAS tanpa bertanya kenapa, bagaimana, siapa, di mana, bila dan untuk siapa PAS selain daripada fakta sejarah perjuangannya.

Salah satu sifat perjuangan ialah sabar. Oleh kerana tiada sifat sabar maka keluarlah perkataan, perbuatan dan ucapan sebegitu.

Tanpa sifat sabar perjuangan Islam yang ingin ditegakkan oleh pemimpin dan penyokong PAS seperti Paeh, perjuangan menjadi hambar dan tidak berkesan.

Belum lagi sifat2 lain seperti iman dan ikhlas tersangat penting.

Itulah nasihat.

Sekian.