Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 4 Disember 2009

Nik Aziz tidak perlu letak jawatan -Nga Kor Ming

demokrasi93.blogspot.com

IPOH – Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu meletak jawatan kerana beliau seorang pemimpin bersih, berintegriti, beramanah dan berwawasan.

Menurutnya, Nik Aziz tidak perlu tunduk dengan tohmahan penyokong UMNO yang membuat protes terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat Kelantan mendoakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur jika Kerajaan Persekutuan dikuasai Barisan Nasional (BN) enggan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

“Kenyataan Nik Aziz dianggap benar dan wajar untuk mewakili rakyat Kelantan yang menunggu sejak sekian lama menuntut hak asasi mereka memandangkan Kelantan telah dianaktirikan.

“Hasrat beliau adalah baik berasaskan kepada perjanjian Petronas dengan kerajaan Kelantan pada tahun 1970,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kor Ming berkata, mengikut perjanjian Kerajaan Persekutuan harus membayar royalti minyak kepada Kelantan sejumlah RM1.7 billion dan dengan jumlah itu boleh digunakan untuk membangun negeri dan rakyatnya.

“Ketika Pas menang di Terengganu pada tahun 1999, Kerajaan Persekutuan dengan serta-merta berhenti membayar royalti minyak, malah mencari dalih menggelar royalti minyak dengan nama jolokan wang ehsan.

“Amalan diskriminasi ini adalah satu penghinaan kepada sistem demokrasi negara seolah-olah wang royalti minyak kurniaan tuhan adalah tabung UMNO,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, bila BN memenangi Terengganu pada tahun 2008, Kerajaan Persekutuan terus membayar royalti minyak sebanyak RM461 juta.

“Pemimpin UMNO yang membenarkan ahli mereka memijak gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, malah membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak layak untuk menegur Nik Aziz,” katanya.

Tiada ulasan: