Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 1 Disember 2009

Pemimpin DAP Perak mungkin ‘terlupa’: Dr Hasan

demokrasi93.blogspot.com

SUBANG JAYA – Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan perbuatan pemimpin DAP Perak menjadikan poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas negeri itu sebagai alas kaki dianggap perbuatan yang ‘tak cantik’.

Beliau berkata, situasi tersebut berlaku mungkin berpunca daripada perasaan ingin melepaskan geram kerana jiwa mereka tersentuh dengan sesuatu perkara.

“Secara keseluruhannya dari segi moralnya, tak cantik buat begitu, tetapi saya bagi sedikit elemen di mana beliau berbuat demikian mungkin kerana tekanan pengikut dan ‘mob psychology’. Mungkin kerana sorakan dan sebagainya menyebabkan kita ‘terlupa’.

“Saya melihat keadaan itu kemungkinan ketika itu dia (pemimpin DAP Perak) tidak dapat menahan perasaan dan dia ledakkan,” katanya.

Dr Hasan berkata demikian pada satu sidang media selepas lawatan tapak pembinaan masjid USJ1.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikhsan serta Ahli Majlis MPSJ, Roslan Shahir.

Beliau berkata, situasi itu tercetus mungkin kerana ketiga-tiga ADUN tersebut keluar parti dan sebagainya tetapi bagi beliau situasi seperti itu amat sukar untuk dilalui.

“Saya merasakan ini soal keluar parti dan sebagainya, bagi kita ‘bitter’, its very bitter..sama ada DAP, Pas dan sebagainya.

“Sehingga kini Pas mempunyai rekod yang sangat bersihlah. Jadi kita, bila ada yang hendak keluar parti, kita akan rasa sangat tersentuh,” katanya.

Sebelum ini, tiga ADUN Bebas itu menjadi mangsa dipijak gambar mereka oleh pemimpin DAP pada Konvensyen DAP Negeri Perak ke-15.

Tiada ulasan: