Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 10 Disember 2009

Dr M atau Nazri ?

demokrasi93.blogspot.com


SHAH ALAM – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan pendirian sama ada menyebelahi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ataupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berhubung isu Biro Tata Negara (BTN).

Menurutnya, isu ini merupakan satu ujian penting kepada konsep 1Malaysia yang diasaskan Najib kerana semakin ramai pemimpin sedar bahawa BTN menyemai semangat perkauman yang tinggi di kalangan rakyat.

Katanya lagi, kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang menyebelahi Mahathir mempertahankan BTN membuktikan UMNO sebagai sebuah parti perkauman.

“Persoalan kenapa UMNO meneruskan ideologi perkauman terhadap kerajaan dan negara serta menukar BTN menjadi alat menyebarkan doktrin perkauman adalah bertentangan dengan wawasan 2020 yang mahu mewujudkan Bangsa Malaysia dan konsep 1Malaysia.

“Oleh itu, isu ini menjadi ujian terpenting Perdana Menteri dan beliau harus menyatakan pendiriannya, setakat ini hanya seorang sahaja pemimpin UMNO yang mahukan BTN ditutup iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menuntut kesemua pemimpin dan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Najib harus menyedari bahawa dengan perkembangan terbaru isu BTN sekarang, konsep dan slogan 1Malaysia yang beliau bawa berada dalam keadaan terumbang-ambing,” katanya.

Isnin lalu, Nazri dalam kenyataan media di lobi Parlimen menyifatkan Mahathir bersifat ‘amat perkauman’ kerana mempertahankan BTN manakala Mahathir dalam kenyataan balasnya kelmarin mencabar Nazri untuk keluar dari UMNO kerana parti tersebut terdiri dari satu kaum sahaja.

1 ulasan:

armouris berkata...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir