Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 6 Disember 2009

UMNO terdesak mahu rampas Kelantan - Nik Aziz

demokrasi93.blogspot.com

http://dupahang.files.wordpress.com/2009/08/tok_guru_nik_aziz.jpg

GOMBAK - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didesak setengah pihak dalam UMNO supaya meletak jawatan berikutan beberapa kenyataan beliau yang dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam, memulangkan paku buah keras dengan mendakwa UMNO sebagai terdesak untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Mursyidul Am Pas itu, mengingatkan UMNO supaya berhenti mimpi untuk menawan Kelantan, yang diperintah Pas sejak 1990.

UMNO, katanya, hampir lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri.

“Mereka tahu mereka lemah. Terengganu berpecah, ada UMNO A, ada UMNO B, di Perak lagi teruk. Mereka bergaduh untuk jubah speaker. Jadi, mereka tidak ada apa-apa kecuali buat tuduhan terhadap saya,” katanya selepas merasmikan Kelab Penyokong Pas Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di Taman Melewar, Gombak, kelmarin.

Nik Aziz, yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata: “Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

“Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid adalah dua perkara berbeza,” katanya.

Nik Aziz berkata, Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka cuba Islam Hadhari, tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia pula,” katanya.

Nik Aziz memberitahu beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri supaya memberi royalti minyak kepada Kelantan dan bukan wang ihsan seperti yang diumumkan.

Bulan lalu, Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan. Kerajaan Kelantan, katanya dalam penjelasan kemudiannya, tidak berhak menerima royalti minyak kerana kawasan minyak terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama Kerajaan Negeri.

1 ulasan:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berkata...

Wahai Paeh,

Jangan bimbang Nik Aziz yang dah tua, Kelantan akan berada di tangan BN pada PRU 13 nanti.

Doa apa saja yang Nik Aziz hendak. Dan cakap apa saja dalam blog Paeh ini.

Paeh memang tegar dalam membangkang. Apa kata kalau saya bangkang dia selalu.

Sudah tentu telor saja sebiji riuh berpuluh kampung di Malaysia.

Bukan begitu.