Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 17 Januari 2012

Jom ubah kalau tak nak derita!!


IPOH:Rakyat perlu lakukan perubahan jika tidak mahu menanggung bebanan dan derita.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, jika rakyat tidak mahu berubah dan terus-menerus menyokong kerajaan zalim maka bersiap sedialah untuk menanggung risiko bebanan.

“Sebagai rakyat Malaysia kita mesti menolak kerajaan BN pada PRU nanti kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak,” katanya kepada Harakah 17 Januari lalu.

Katanya, rakyat yang bekerja penat lelah, siang dan malam bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar Menteri dan Perdana Menteri yang mendapat segala macam keistimewaan atas nama subsidi.

Menurutnya, dalam sejarah menunjukkan ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat, mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka.

“PM dan Menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat, contohnya perbelanjaan isteri PM ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta, alat soleknya mencecah ratusan ribu, semuanya menggunakan wang rakyat, mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi” ujar beliau.

Semua ini katanya hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat dan mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Malah,disaat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang, dalam masa yang sama subsidi barang ditarik.
“Adakah kerajaan BN terfikir untuk memotong gaji para menteri jika benar mereka berjiwa rakyat?,” soal beliau.
“Kini, rakyat yang menanggung beban sedangkan pemimpin atasan bergembira mengabiskan wang rakyat tanpa rasa bersalah, ujarnya.

Ahad, 15 Januari 2012

Pemuda sedia gempur Kak Midah!



Batu Gajah: Pemuda PAS Batu Gajah telah bersedia dengan jenteranya bagi menghadapi BN dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Ketua Pemudanya, Ustaz Abdullah Adam berkata, Pemuda kawasan itu akan menyumbang sepenuh tenaga dan daya usaha bagi memenangkan Calon PAS di DUN Sungai Rapat.

“Oleh kerana PAS tidak bertanding di Batu Gajah, Pemuda akan menggerakkan jentera membantu Sungai Rapat dalam PRU13 nanti,” katanya kita menyampaikan ceramah dalam Program Barbeque bersama Pemuda pada 11 Januari lalu di Pejabat PAS Batu Gajah, dekat sini.

“Gerak kerja perlulah lebih tersusun dan efisyen bagi memastikan keberkesanan dan mencapai matlamat yang diingini,’ katanya.

Katanya, gerak kerja pemuda sudah pun dimulakan seperti mengedar risalah, menyampaikan bantuan dan menziarah penduduk di DUN Sungai Rapat.

Dalam program tersebut juga, PAS Kawasan telah melancarkan Jentera Pilihanraya MTD DUN Sungai Rapat.

Jentera tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Perak Ustaz Nuri Al-Amin, Penyelia Pusat Khidmat Pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, YDP PAS Kawasan Ustaz Ismail Ariffin serta pimpinan kawasan.

Rabu, 11 Januari 2012

Video Pembohongan YB Hamidah!!! Sebarkan!!

Retorik Setinggan Sifar yang di ura-urakan kini sudah dibongkarkan oleh skuad Basmi Setinggan DUN Sungai Rapat!!

terkencinglah kak midah!!!

Kak Midah kaki kelentong rakyat!











Rentetan daripada wawancara Sinar Harian bersama Ustaz radzi Zainon yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 4 Januari 2012 (Rabu) baru-baru ini yang mengupas isu setinggan yang belum selesai di DUN Sg rapat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat PAS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Arifin.

Tinjauan susulan telah dilakukan oleh kami yang disertai oleh saya sendiri sebagai Penyelia DUN Sg Rapat N43 serta Skuad Basmi Setinggan dan angkatan medianya. Hasil tinjauan dan ziarah rakyat yang kami jalankan mendapati bahawa retorik Setinggan Sifar yang diutarakan oleh YB Dato’ Hamidah Osman adalah tidak benar dan belum berjaya.

Menurut laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat setinggan sifar.

Beliau juga berkata dalam kenyataan media bahawa kejayaan itu susulan keputusan kerajaan negeri yang meluluskan kawasan seluas 7.2 hektar untuk dijadikan kampung tersusun bagi 46 keluarga setinggan dari Kampung Kamariah dan Kampung Pasir Tambahan.

Kami telah meninjau di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status beberapa puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah (tidak bergeran).

Sebagai contoh di Kampung Teluk Pedang sahaja, sekitar belasan rumah yang dibina sejak tahun 1970an belum diberi geran sehingga kini. Kunjungan daripada beberapa pimpinan parti kerajaan sejak rumah dibina hanya dianggap menanam tebu di bibir sahaja.

Seorang wanita berusia emas di kampong ini telah berpindah ke kampong ini selepas rumahnya di simpang highway batu Gajah-Gopeng dibina oleh kerajaan dengan mendapat pampasan sebanyak RM 48000. Tetapi selepas berpindah ke kempung berkenaan, status tapak rumah baru masih setinggan.

Suami wanita ini yang dikenali sebagai Mat Johor, hingga kini belum mendapat bantuan baitul Mal walaupun telah 2 tahun membuat permohonan untuk meringankan beban kesakitan kaki yang beliau tanggung. Beliau mengalami kelemahan kaki sejak kemalangan dan memerlukan alat penyokong khas untuk bergerak dan hidup tanpa pendapatan tetap.

Tidak hanya dialami oleh kaum melayu, amalh masalah setinggan juga menjadi masalah utama kaum India. Terdapat beberapa rumah kaum India yang tidak mendapat geran walaupun telah mendirikan rumah selama lebih 27 tahun di kampung berkenaan.

Di Kampung Ara Payung yang tidak dinyatakan sebagai sasaran basmi setinggan oleh YB Dato’ Hamidah, sebenarnya masih terdapat banyak rumah yang belum diberi geran. Makcik Rohimah yang telah berada di rumah bersebelahan jalan keretapi sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun dalam status tanah setinggan.

Beberapa kesimpulan dapat kami buat melalui lawatan ini, antaranya memang terdapat wakil pejabat tanah dan wakil ADUN datang beberapa kali sejak tahun 1970an hingga kini. Akan tetapi majoriti penduduk setinggan mengakui isu kelulusan tanah hanya akan hangat diperdengarkan menjelang tarikh pilihanraya. Ada juga yang tidak mendapat apa-apa surat. Beberapa penduduk mengaku menerima borang 5A dan proses kelulusan yang tertangguh bertahun-tahun. Terdapat penduduk yang mengadu wakil kerajaan kerap datang mengambil keterangan, maklumat dan mengambil gambar namun keadaan masih sama.

Mereka benar-benar mengharapkan kelangsungan proses kelulusan tanah. Jika ada masalah bersangkutan dengan keadaan tanah yang tidak sesuai atau sebagainya, mereka perlukan maklumbalas segera dan tepat bukan hanya melalui jawapan kerajaan melalui media akhbar sahaja. Mereka juga rakyat yang sama seperti penduduk yang tinggal di tanag bergeran yang memerlukan perhatian dan adil daripada kerajaan.

Rata-rata penduduk beranggapan, isu setinggan akan terus menjadi mainan politik UMNO-BN bagi PRU-13 kerana mereka telah ‘lali’ dengan janji manis ADUN kerajaan.

Di sinilah kami akan terus berperanan berjuang atas kebajikan rakyat sama ada kami menang atau tidak berjaya menduduki kerusi DUN Sg Rapat. Ini janji kami kepada rakyat.

Skuad Basmi Setinggan akan terus menyuarakan suara rakyat disamping akan terus menjelajah beberapa kampung lagi untuk meninjau masalah setinggan yang belum ‘sifar’!


Kenyataan Ibu Midah yang di sayangi



Khamis, 5 Januari 2012

Kenapa sekat kuliah agama???


TAIPING: PAS Perak mendesak sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping ditarik balik.

Setiausaha Pemudanya, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat terkejut dengan surat yang ditampal di masjid tersebut.

“Saya sendiri terkejut apabila terbaca notis yang ditampalkan di papan kenyataan masjid tersebut ketika saya singgah menunaikan solat di situ,” katanya ketika ditemui Harakah.

Tambahnya, PAS memohon dengan kadar segera penjelasan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak terhadap penangguhan tersebut.

“Pihak kami berasa terpanggil tentang masalah ini dan bimbang suasana yang sedang berlaku tersebut kerana usaha ini secara jelas menghalang program atau aktiviti ilmu yang sepatutnya tidak disekat sama sekali,” ujarnya.

Justeru, PAS Perak berharap pihak yang terbabit segera memberikan penjelasan kepada kariah masjid tersebut.

Katanya, Pemuda PAS sudah menghantar surat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak dan memohon respon tentang notis tersebut secepat mungkin.

Isnin, 2 Januari 2012

Datuk M Karathu sertai DHPP?


Hari ini Tok Guru menerima kunjung hormat Datuk M. Karathu dan facebookers group UMNO TumPAS. {Gambar : Datuk M Karathu menyerahkan beberapa medal milik peribadinya kepada YAB Tuan Guru Menteri Besar untuk disimpan di Muzium Negeri Kelantan. Antara medal yang diserahkan ialah medal Piala Sumbangsih 2011, Piala Juara Liga 2011 dan Naib Juara Piala FA 2011}

Nampaknya M Karathu pun hormat dan sanjungi Tok Guru sedangkan Umno yang mengaku Islam memfitnah dan menghina Tok Guru.

Jom ajak dia join DHPP...!!

Ahad, 1 Januari 2012

Rabu, 21 Disember 2011

Ni Patot koje hang la Midah


Oleh MUHAMMAD FAEEZ

SUNGAI RAPAT: Selepas permohonan sumbangan jersi dan peralatan sukan daripada ADUN di kawasan tersebut tidak diendahkan, PAS tampil memberi bantuan.

Pusat Khidmat PAS Dun Sungai Rapat telah meraikan serta memberi bantuan kepada mereka.

Penyerahan tersebut telah diadakan di Pejabat PAS Batu Gajah 17 Disember lalu.

Pengarah pusat khidmat tersebut, Ustaz Radzi Zainon berkata, anak-anak kecil tersebut perlu diberikan perhatian agar bakat mereka dapat dicungkil sekaligus dapat berjasa kepada Negara.

“Anak-anak ini perlu diambil perhatian agar mereka tidak terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral,” katanya yang juga Timbalan YDP PAS Gopeng.

Tambahnya, pihak kerajaan haruslah berperanan untuk melahirkan generasi yang berintegriti.

“Tugas kerajaan bukan hanya laksanakan pembangunan negara malah pembangunan sahsiah perlu dititik beratkan,” ujar beliau.

Pemain-pemain cilik tersebut telah dilatih oleh seorang pemuda secara sukarela tanpa bantuan pihak kerajaan.

Jurulatih pemain- pemain cilik tersebut berkata, beliau sudah meminta bantuan daripada ADUN Sungai Rapat yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman tetapi permohonan tersebut langsung tidak diendahkan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih, sekali sahaja saya minta bantuan daripada PAS terus dapat walapun saya tahu PAS bukan mempunyai sumber kewangan,” ujar beliau

Turut hadir ke program tersebut ialah YDP PAS Batu Gajah Ustaz Ismail Ariffin, Timbalannya, Ustaz Nuri Al-Amin dan pimpinan PAS Kawasan yang memberi sokongan.

Rabu, 14 Disember 2011

Pak Imam Majid kembali ke rahmatullah




Oleh Muhammad Faeez
SIMPANG PULAI: Pejuang kemerdekaan Abdul Majid Salleh telah kembali ke rahmatullah 14 Disember lalu di rumah anaknya Kampung Sengat, Simpang Pulai , Perak.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid meninggal menghembuskan nafas terakhir di usia 88 tahun pada jam 5 pagi selepas hampir setahun terlantar di atas katil.

Beliau pernah aktif dalam Angkatan Pemuda Insaf dan Persatuan Kebangsaan Melayu Muda bersama tokoh-tokoh ternama seperti Dr Burhanuddin al Hilmy, Ahmad Boestamam dan seluruh pejuang kemerdekaan yang tulen yang lain dalam menentang British sehingga beliau ditahan dan dipenjarakan.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng pada tahun 80an dan juga pernah bertanding dalam Pilihanraya menentang presiden MCA Tan Kon Swan pada tahun 1986 di Parlimen Gopeng.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika di temui selepas solat jenazah berkata, pemergiannya amat adalah satu kehilangan besar kerana beliau banyak berjasa kepada negara dan PAS.

“PAS sangat menghargai pengorbanan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan. Beliau juga banyak berjasa dengan PAS khususnya di kawasan Gopeng,” katanya.

“Saya berharap, rakyat khususnya golongan muda mencontohi pengorbanan beliau yang bersungguh-sungguh menentang British untuk memerdekakan negara ,” ujarnya lagi.

Hampir seratus orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir ketika majlis mengebumian ialah AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, Timbalannya Ustaz Misbahul Munir, Ketua Penerangan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa, dan ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai yang hadir bersongkok dan berpakaian baju melayu.



























Isnin, 12 Disember 2011

Terok beno dah Malaysia ni...!!

udah makin teruk.. tak kan komen nk nyokong lagi??
udah2 le...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLQ1XHrAEaNScs_HynfPPh5UOTAsC8TpGSJNDeme2s9tR5qoUCnWo4iXbWKhwm2OpqRIsTst83jr3cFbDurTIsGBh17e1uKdwGWMY_0WbXTFFVK1_Y7ReBwFItaznU1GUXTSnH5Hd10weD/s400/rasuah.jpg

Ideks Rasuah: Kedudukan Malaysia membimbangkan
oleh Muhammad Faeez

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan kedudukan Malaysia yang berada pada tangga ke-60 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam dunia adalah sebagai sesuatu yang mengaibkan dan harus dimuhasabah oleh Barisan Nasional.

Katanya, Malaysia yang dahulunya sebaris dengan Korea Selatan,Singapore dan Taiwan kini jauh ditingalkan di belakang.

“Adalah sesuatu yang pelik bilamana negara seperti Macau dan Bhutan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Malaysia. Saban tahun menunjukkan Malaysia semakin jatuh daripada tangga ke-36 pada tahun 2001 dan mungkin perkara ini akan berterusan menjelang tahun 2020,” katanya kepada Harakah.

Beliau menjelaskan, gejala rasuah yang berleluasa ini bakal merosakkan ekonomi negara lantas melemahkan lagi nilai mata wang Ringgit Malaysia.

“Adakah ini yang kita gelar sebagai Transformasi Berjaya sedangkan Malaysia berada di tangga ke-60 di samping mempunyai hutang sebanyak RM 437.2 billion?”, soal beliau.

Khamis, 8 Disember 2011

Jangan Tak Pegi!!!

IPOH: PAS Perak menyeru rakyat khususnya ahli parti itu ke Program Rapat Umum Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak 10 Disember ini.

Rapat umum ini akan diadakan di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill,Beruas Perak bermula jam 7 hingga 12 malam.

Antara pimpinan yang akan hadir ialah Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Setiausaha Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, program besar-besaran ini diadakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia menggantikan tampuk pemerintahan BN yang semakin tidak relevan.

"Rakyat boleh mendengar secara langsung daripada Pimpinan tertinggi tentang tawaran Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kelak," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau menganggarkan lebih 15 ribu dari seluruh negeri Perak akan hadir ke program tersebut.

"Saya menyeru semua pimpinan kawasan membantu mobilasikan program yang terbesar ini sebelum menghadapi PRU13," ujarnya.Ajijoi