Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 13 November 2011

Kenapa UMNO cukup sinonim dengan LEMBU????


1. Kita pernah dengar & melihat um...no terpekik terlolong pasal LEMBU kerana membantah & mempertikaikan MB Selangor membuat pengagihan 46 ekor lembu korban ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada Hari Raya Aidiladha Disember 2008.
2. Kita pernah dengar & melihat umno membuat demotrasi dan memijak kepala LEMBU dalam isu membantah pemindahan kuil seksyen 23 Shah Alam.
3. 2011 sekali lagi kita mendengar & melihat penyalahgunaan pinjaman projek lembu RM250J untuk pembelian kondo…..

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/319174_275197279184048_100000813351387_783594_177134913_n.jpg

Adakah ini dikatakan penternak moden yang memerlukan kondo mewah untuk dijadikan kandang lembu?????

Kepada menteri2 & kepimpinan umno jika dari kalangan ko ada yang buat salah jangan ko bermatian nak membela dan mengangkat mereka ini….Jika ko tak nak belajar dgn PR, ko cuba belajar dengan Datuk Chef Wan kerana Nadzri anak Chef Wan pernah berbohong rakyat Malaysia tetapi sebagai seorang bapa dia tidak pernah membela jika anaknya buat salah tetapi kepimpinan umno hari ini jika ada dari kalangannya yang buat salah, dia akan turut membela sebab yang tukang bela juga memang sama-sama ada banyak masalah…..

Inilah salah satu dasar umno, aku jaga kau, kau jaga aku.....

UMNO punya angkara LEMBU dapat nama.....

Sabtu, 12 November 2011

Nizar terima Kunjungan Hormat Kedutaan Jepun

http://perak.pas.org.my/images/stories/1.jpg

oleh Muhammad Faeez

IPOH, 12 Nov : Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor bahagian Politik, Kedutaan Jepun di malaysia Cik Natsuko Sakata.

Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di Negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.

Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika pentadbir Negeri Perak.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Nizar dan menyatakan perasaan bangga beliau dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.

“Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan Negeri Perak selepas di rampas kuasa dari Barisan Nasional.

Khamis, 10 November 2011

Bila masa UMNO bagi kebebasan bersuara??? haha


pas perak

IPOH, 10 Nov 2011 Sejak bila ruang kebebasan ada dalam Umno? Soal Pesuruhjaya PAS Perak ketika mengulas berita yang dilaporkan bahawa terdapat pemimpin Umno yang terpaksa menubuhkan NGO semata-mata ingin mencari ruang kebebasan kerana ianya sudah pun tiada dalam Umno.

Menurut beliau lagi, bagaimana Umno ingin memberi kebebasan di dalam parti kalau di luar parti pun rakyat dan pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan parti kerajaan tidak diberikan ruang dalam televisyen dan media arus perdana untuk menyuarakan pandangan mereka sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak itu, “Kita menyeru kepada mereka yang merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan dalam Umno agar berhijrah kepada perjuangan PAS yang insyAllah diberikan ruang yang lebih besar untuk bersuara bahkan dasar perjuangannya juga jelas dari suber Al Quran, Sunnah, Ijmak Ulama' dan Qiyas ”.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada laporan berita berkenaan luahan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Selasa, 8 November 2011

"Aku pernah cakap butoh kat YB Rosli"

Abang Osman semasa menjadi ahli UMNO pernah cakap "butuh " dekat YB Rosli Husein ,kerana YB Rosli Husein menipu penduduk Kampung Wawasan,satu kampung skim PPRT.

Beliau mengadu kepada DS Nizar, setelah duduk 20 tahun di kampung ini,hak milik pun belum diberi.Segala peruntukan pembangunan projek luar bandar disapu UMNO dakwa Osman.

Kampung Wawasan ini dahulunya menjadi kubu kuat UMNO.Kini PAS sudah bolehasuk.

sisi bukit

Isnin, 7 November 2011

Majlis Korban dekatkan PAS dengan Masyarakat





oleh: Muhammad Faeez

BATU GAJAH, 7 Nov: PAS Kawasan Batu Gajah tidak ketinggalan mengadakan majlis korban bersama-sama umat Islam di seluruh dunia.
Sebanyak 3 ekor kerbau telah dikorbankan secara bergotong-royong bersama-sama ahli dan penduduk setempat berdekatan di Markas PAS Tronoh.
Yang Dipertuanya, Ustaz Ismail Ariffin berkata, majlis korban ini telah merapatkan lagi ukhwah antara ahli dan masyarakat.
Semangat korban yang ditunjukkan semua yang membantu bersungguh-sungguh sememangnya menyuburi peristiwa korban Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail.
Tambahnya lagi, Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar. lebih 80 buah rumah di DUN Sungai Rapat yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah diagihkan.
“ Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis korban PAS Kawasan pada tahun ini,” katanya.

Permit sembelih Korban meningkat 150% !!!

oleh: ajijoi

Ramai yang beratur di Pejabat Haiwan Ipoh semalam terkejut besar apabila harga untuk mendapatkan permit bagi menyembelih korban tahun ini meningkat dengan mendadak sehinggakan melebihi 150%.

Harga yang biasa dibayar bagi permit menyembelih seekor lembu adalah RM15.00 tetapi tahun ini ianya meningkat sehingga RM38, hingga 150% lebih mahal.

Ramai yang terdiri daripada wakil-wakil masjid dan surau berasa terkilan kerana peningkatan yang terlalu banyak ini serta tiada pengumuman mengenainya terlebih dahulu. Mereka yang membawa jumlah wang yang hanya cukup-cukup dengan harga lama terpaksa mengeluarkan wang lebih bagi menampung keperluan ibadah qurban ditempat mereka.

Pihak berkuasa dilihat cuba mengambil kesempatan diatas ibadah qurban yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha tahun ini. Yang menjadi mangsanya adalah pihak pengurusan ibadah tersebut iaitu masjid-masjid dan surau-surau serta umat Islam seluruhnya dinegeri ini yang mengambil bahagian di dalam ibadah qurban. Jika dilakukan penyembelihan tanpa mendapatkan permit, pasti pihak pengurusan akan didakwa.

Beginikah caranya melayani orang-orang Melayu Islam untuk melakukan ibadah yang dituntut? Bukankah sepatutnya sesuatu ibadah yang hendak dilakukan itu dipermudahkan urusannya, bukan menyusahkan lagi.

Khamis, 3 November 2011

Takda tempat lain ke nak berpolitik?





Oleh: Muhammad Faeez @ BGM Online

IPOH, 3 Nov: PAS Perak kecewa dengan Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman SAC 1 Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail kerana menjadikan majlis pertemuan khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan warga pendidik Sekolah Agama Negeri Perak baru-baru ini sebagai medan menghentam dan memfitnah PAS.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin Endut berkata, Abdul Rahman telah menayang video kemalangan yang menimpa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilanggar ketika himpunan aman Bersih 2.0 sedangkan isu tersebut telah pun di bawa ke mahkamah dan kini masih dalam perbicaraan.

Malah, katanya Abdul Rahmani juga ingin melibatkan Mohamad dan PAS dalam menyokong perjuangan komunis yang mana dasar yang dibawa komunis jelas sekali bertentangan dengan dasar Islam yang didukung PAS.

“Kami mendesak Abdul Rahman agar lebih bersikap profesional dan tidak mempolitikkan isu yang kini telah dibawa ke mahkamah agar menghormati undang-undang negara,” tegasnya.

Sikap seperti itu, katanya jelas boleh memberikan gambaran buruk terhadap pihak polis yang dilihat turut sama berpolitik bagi memastikan sokongan Barisan Nasional (BN) terus kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Selasa, 1 November 2011

Esok genap 1000 hari Rampasan Kuasa! aku tidak lupa!!



oleh: Muhammad Faeez

Ipoh, 2 Nov : Esok genap 1000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Peristiwa hitam ini berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa ini wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

“Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri tersebut telah jauh ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

“Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam ini sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1000 hari ‘rampasan’ kuasa Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan Pakar Undang-Undang Professor Aziz Baari.

Gua tabik sama lu Bob!

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.

“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

“Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima,” katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

“Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah,” tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

“Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka,” katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.TMI

Ahad, 30 Oktober 2011

PAS Perlu yakinkan Rakyat


Oleh: Muhammad Faeez

Bagan Serai, 30 Okt : PAS perlu bersedia untuk menggantikan UMNO bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu Berkata, PAS perlu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa jika PAS menggantikan UMNO, agama Islam dan bangsa Melayu akan lebih berdaulat dan terbela.

“PAS akan menggantikan UMNO dari pelbagai sudut khususnya pembelaan terhadap Islam dan Melayu,” katanya ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak di Masjid Tinggi pagi tadi.

Tambahnya lagi, PAS perlu kikiskan tanggapan orang melayu yang beranggapan nasib dan hak melayu akan terjejas dan tidak terbela jika PAS menggantikan tampuk pemerintahan daripada UMNO .

Justeru, jentera parti harus bekerja keras bagi meyakinkan rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan yang adil dan berintegriti.

“Tiada gunanya PAS memerintah jika masalah rasuah dan ketidakadilan terus berleluasa di Negara ini. PAS bukan hanya ganti tempat UMNO, PAS mahu merubah cara pemerintahan bagi menyelamatkan Malaysia” tegasnya.

Dalam program perasmian tersebut, lebih 10 ribu dari seluruh Negeri Perak telah memenuhi Dewan Ustaz Abd Wahab Nor, Bagan Serai.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, AJK Pas Pusat, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah diadakan sejak daripada semalam. Acara kemuncak ialah Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan wakil daripada Kerajaan negeri Kedah pada malam ini.

Rabu, 26 Oktober 2011

Tanggal le kopiah tu... Pakai songkok!

Wahai Zulkifli Firaun kecil.. tanggal le kopiah tu.. Pakai Songkok tinggi-tinggi sikit. baru sesai nak jadi pemimpin pekasam.. hehehe...

memetik artikel di Malaysiakini :

Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.

Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.

Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.