Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 4 April 2011

Petugas Muslimat PAS Perak tiba di Muara Tuang


Para petugas muslimat dari Perak sudah hadir ke Dun Muara Tuang untuk bersama- sama membantu berkempen memenangkan calon PAS yang akan bertanding di DUN tersebut. Para petugas yang diketuai Ketua Muslimat Pas Perak, Ustazah Bariah akan berada di Dun Muara tuang hingga habis pilihanraya.


 Ustazah Bariah bersama bakal calon

Ketua Muslimat Pas Perak, Ustazah Bariah

Live from Sarawak! - (GAMBAR) keDAIFan rakyat Sarawak

 


 Pemimpin makin kaya, rakyat makin susah. Itulah kata- kata yang dapat digambarkan tentang kemiskinan dan kedaifan rakyat di Negeri Sarawak. Semalam, Blogger BGM sempat mengikut bakal Calon PAS Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah memberi bantuan kepada beberapa rumah golongan miskin di dalam Dun yang ditandinginya. Program bantuan ini turut disertai oleh petugas pilihanraya dari negeri Perak.

Walaupun negara kita di laung- laungkan sebagai negara maju, tetapi masih ramai lagi rakyat yang miskin. Masih ada yang menggunakan kayu api untuk memasak, mandi air sungai dan sebagainya. Habis tanah- tanah di Sarawak di 'sapu' oleh kuncu- kuncu Tok Uban ( Taib Mahmud )











Petugas bertungkus lumus menyiapkan tempat perisytiharan calon





 Pak Rahim tidak ada erti penat
setia berkhidmat walaupun hujan

Calon Muka baru: Terbukti BN kian terdesak!!


Tindakan BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu kata Profesor Dr Hasan Hasbullah..

Memanglah terdesak.. dan menurut seorang sahabat yang berada di pihak UMNO/BN keyakinan mereka hanyalah 50-50 sahaja untuk mengekalkan kuasa di Sarawak..

Oleh sebab itu Anwar Ibrahim perlu dimusnahkan karakternya sebelum beliau berjaya menjelajah ke seluruh Sarawak.. ini telah dijangka sendiri oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau terbang ke Sarawak..


Jadi tak hairanlah kenapa tiba-tiba sedutan Video Lucah itu boleh berada di You Tube sedangkan menurut Trio 'Three Stooges' tiada salinan yang dibuat..

Ada juga sumber yang menyatakan sejumlah besar wang telah bepindah tangan dari seseorang dari kepada seseorang Ketua dari Parti yang telah hampir mati di Sarawak dan sebuah parti yang ditaja BN akan bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS..

Benar atau tidak.. sehingga sekarang telah terbukti 70% dakwaannya itu adalah benar..


P'raya Sarawak : Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'

Tindakan UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu.

Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti itu.

Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25 peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan Rakyat, 16 April ini.

"Kita percaya kalau melihat andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit gentar dengan tekanan ini."

Dr Hassan bagaimanapun berkata, faktor calon 'muka baru' yang dipertaruhkan UMNO BN ini belum tentu mampu mengadakan perubahan yang diinginkan rakyat Sarawak.

"Calon merupakan hanyalah susuk tubuh yang mewakili organisasi iaitu calon-calon tak kira baru atau lama, bukanlah faktor utama yang boleh menentukan berlakunya perubahan dari aspek sistem, bentuk, kandungan, amalan dalam cara menguruskan sesebuah negara ataupun negeri itu.

Dr Hassan tidak menolak kemungkinan UMNO BN menggugurkan kepimpinan terdahulu berikutan kegagalan mereka memerintah Sarawak hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Jadi tidak ada apa-apa pun yang ganjil atau luar biasa dalam PRN Sarawak, cuma beberapa orang tokoh-tokoh baru dijelmakan untuk menggantikan pimpinan lama yang mungkin telah gagal menjalankan tugas kerana mereka tidak disambung jawatan itu atau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan atau mereka dibebankan oleh segala macam masalah peribadi."

Dr Hasan berkata, jika rakyat Sarawak menginginkan perubahan, mereka harus berani memilih parti yang dirasakan mampu membela nasib serta masa depan mereka.

Meskipun UMNO BN yakin akan menang mudah dalam pilihan raya negeri kali ini, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama berdasarkan kebanyakan dari mereka kini terdedah kepada maklumat dan sumber yang sahih tentang kepincangan yang berleluasa dinegeri kelahiran mereka.

"Kebangkitan suara-suara tertentu pada hari ini khususnya di kalangan umur pada 21-45 tahun di Sarawak begitu jelas, kita mengatakan persepsi setakat ini kepercayaan politik di Sarawak telah berubah dan berkembang."

Beliau menambah daripada pengamatannya, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap dasar yang dibawa Pakatan Rakyat berada dalam lingkungan 40 peratus dan peratusan ini tidak mustahil akan meningkat dalam masa terdekat ini.

Ini berikutan Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mereka mantadbir 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Semalam, Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).

TVS News

Ahad, 3 April 2011

pelawa Ku Li bersama PR

Oleh Suhaimi Mokhtar

Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li memang dianggap umum satu-satunya pemimpin berwibawa Umno yang masih tinggal. Pemimpin dari keluarga diRaja Kelantan itu memang mempunyai pemikiran dan pendirian politik tersendiri, berbanding dengan pemimpin Umno yang telah luput, apalagi dengan pemimpin Umno terkini.

Ku Li yang hampir-hampir memenangi pemilihan Presiden Umno mengalahkan Dr Mahathir apabila beliau hanya kalah sebanyak lebih 40 undi, telah melalui pengembaraan politik yang jauh, berjuang untuk menjadi pemimpin utama negara, sebagai Perdana Menteri

Dari awal lagi, ketika masih muda Ku LI memang dipupuk dan diasuh oleh PM kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda PM sekarang untuk mewarisi kepimpinan Umno, namun nasib tidak menyebelahinya. Beliau sentiasa terhalang oleh keadaan kelangsungan politik persekitaran yang kadang-kadang di luar perhitungan manusiawi.

Perlantikan Ku Li mengetuai Petronas, Pernas, Bank Bumiputra dan lain-lain agensi kerajaan yang dewasa ini lebih dikenali sebagai GLC (Syarikat Milik Kerajaan) merupakan petanda bahawa beliau memang di ‘groom’ untuk nanti mewarisi kepimpinan Umno.

Ku Li menjulang sehingga mencapai peringkat antara Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak, tetapi dalam pergolakan politik Umno, Ku Li tidak terpilih untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika Hussien Onn, PM ketiga mengambil alih pimpinan Tun Razak yang meninggal dunia secara mengejut di London pada tahun 1976.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Hussien Onn mahu melantik Ghazali Shafie sebagai TPM, tetapi tiga Naib Presiden, Ku LI, Ghaffar Baba dan Mahathir membantah ura-ura itu dan mahukan salah saorang dari tiga Naib Presiden dilantik.

Hussien Onn memilih Mahathir yang mendapat undi paling rendah diantara tiga Naib Presiden. Ku Li terhalang untuk menjadi TPM yang merupakan satu langkah ke hadapan bagi memungkinkan untuk menjadi PM.

Hussien Onn hanya menjadi PM satu penggal sahaja, jawatan itu diserahkan kepada Mahathir yang tidak memilih TPM tetapi membiarkan perlawanan antara Musa Hitam dan Ku Li bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno bagi menentukan siapa di pilih oleh perwakilan Umno sebagai Timbalan Presiden dan sekaligus sebagai TPM.

Ku Li kecundang lagi akibat permainan politik Mahathir. Bulan madu pemerintahan awal Mahathir dengan regunya Musa yang dipanggil era 2M, Mahathir-Musa, tidak dapat bertahan lama. Musa berundur dan akhirnya sampailah saat pertandingan regu Ku Li- Musa, yang menyebelahi Ku Li bertanding melawan Mahathir-Ghaffar untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Mahathir-Ghaffar menang dan Ku Li mengalami kekalahan akibat ada bahagian yang menjanjikan undi baginya, di saat-saat akhir tidak bersamanya. Sejak itu Ku Li mengembara jauh dalam arena politik yang sebelumnya menyaksikan Umno diharamkan pendaftarannya dan Mahathir menubuhkan Umno baru. Ku Li mahu mengekalkan Umno lama dan menamakannya sebagai Parti Semangat 46, mengambil sempena kewujudan Umno pada tahun 1946.

Kegagalan Ku Li untuk mengalahkan Mahathir berkemungkinan persepsi perwakilan Umno bahawa Presiden Umno dan sekaligus PM mestilah berkisar antara anak kelahiran Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. Ku Li yang berasal dari Kelantan tidak diberi kesempatan, walaupun beliau juga membawa nama Tengku dihadapannya, seperti Tunku Abdul Rahman, PM pertama yang berasal dari Kedah. Nama Tengku sahaja tidak cukop bagi Ku Li kerana beliau berasal dari Kelantan.

Ku Li kemudiannya berada di pentas pembangkang dengan mengadakan persefahaman pilihanraya dengan PAS dan DAP. Dengan PAS digerakkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi dalam pilihan raya yang diadakan Semangat 46 tidak dapat menandingi Umno-BN yang menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjamin kemenangannya. Melaluinya PAS bersama S46 mampu
mengambilalih pimpinan negeri Kelantan.

Ku Li akhirnya membubarkan S46 dan menyertai semula Umno tetapi rentetan yang panjang dalam karrier politik Ku Li ini menunjukkan Ku Li pernah berkerjasama dengan pembangkang terutama PAS, maka adalah sewajarnya Ku Li membuat satu penilaian semula terhadap politik baru bagi menyelamatkan negara ini dari politik kotor, jijik, rasuah, ketidakadilan dan penuh dengan fitnah serta
dendam kesumat.

Ku Li sebagai ahli politik ulong yang mempunyai kebijaksanaan mampu meningkatkan momentum bersama pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengangkat perubahan lanskap politik dan reformasi demokratik penuh keadilan dalam pilihanraya ke-13 bagi menamatkan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Perjuangan Ku Li dalam Umno sudah sampai kepenghujungnya. Terakhir Ku Li diminta berkhidmat untuk menggalas jentera pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan bagi merampas kemenangan dari PAS. Faktor Ku Li adalah sebahagian dari punca sebab kemenangan calun Umno di Galas yang terletak di bawah kawasan Parlimen Gua Musang yang merupakan satu-satunya kawasan yang tidak dapat dirampas oleh PAS dan terus menerus dapat dikekalkan oleh Ku Li.

Sebagai ahli politik Ku Li boleh sahaja berjuang bersama Pakatan Rakyat kerana parti politik hanya satu wadah perjuangan untuk menerajui kepentingan rakyat. Kelihatan Umno-BN yang dipimpin oleh generasi kedua, ketiga Umno sudah tidak sesuai dengan kepintaran generasi lama, walaupun Ku Li bukanlah terdiri dari genarasi pertama Umno, kerana budaya Umno sekarang sangat jelek,kotor dan jijik.

Ku Li sendiri memberikan komennya bahawa video seks yang mengaitkan Anwar Ibrahim tidak dapat diterimanya. Rakyat juga tidak dapat menerimanya. Ia serupa sahaja dengan kes liwat 1998, katanya.

Banyak pertembungan pendapat antara Ku Li dengan pimpinan Umno sekarang. Ia menyentuh bukan perkara-perkara kecil, tetapi melibatkan dasar. Ku Li menentang Kelantan tidak diberi royalti petrol begitu juga royalti minyak untuk Terengganu ditukar menjadi wang Ihsan. Mahathir ialah orang yang melaksanakan rampasan royalti minyak di Terengganu sebaik sahaja PAS memenangi pilihanraya 1999.

Sebagai orang yang terlibat secara langsung merangka perjanjian Patrolium bersama pakar-pakar lain termasuk Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Ku Li membela hak negeri-negeri untuk mendapat royalti minyak lima peratus sebagaimana perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang persekitaran lautnya terdapat deposit minyak dan gas.

Jika Ku Li terus berada dalam Umno, tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan itu tidak dapat membuat sumbangan besar kepada rakyat dengan kapasiti yang ada. Di pentas Pakatan Rakyat dijangkakan beliau mampu memberi sumbangan lebih besar sebelum hayat politiknya berakhir.

Ada yang berpendapat Ku Li tidak berpengaruh lagi kecuali di Kelantan, kerana beliau dianggap sebagai tenaga sudah terpakai, tetapi dengan berada dalam Pakatan Rakyat, ia mampu dikitar semula dan sedikit sebanyak melonjakkan momentum kebangkitan untuk menukar kerajaan Umno-BN yang memerintah terlalu lama.

Kalau pernah pada satu ketika Pakatan Rakyat meuar-uarkan untuk mengambilalih pimpinan kerajaan melalui penyebrangan MP-MP kerajaan kepada Pakatan Rakyat,tetapi tidak menjadi kenyataan,maka adalah lebih wajar,Pakatan Rakyat ,ketika menjelang pilihanraya ke-13 mengajak dan mempelawa beberapa kerat yang masih mempunyai kredebaliti termasuk Ku Li untuk bersama Pakatan Rakyat menukar lanskap politik negara.Mungkin selepas pilihanraya ke-13 giliran anak kelahiran Pulau Pinang pula mampu menerajui negara sebagai PM.Inilah kesepakatan antara komponan Pakatan Rakyat.

Skuad kempen PAS Perak mulakan penjelajahan



Para petugas dari Perak telah memulakan tugas kempen di DUN Muara Tuang semalam. Beberapa UPU telah dijelajah oleh skuad ini. Pelbagai rintihan masyarakat, ragam masyarakat serta pengalaman yang dapat diambil semasa penjelajahan ini.





















Sabtu, 2 April 2011

Lelaki Lahir Tahun 1880 Masih Dalam Daftar Pengundi SPR

SIBU 2 APRIL : Walaupun dilahirkan pada tahun 1880 dan sudah lama meninggal dunia, Mohamad Mahli Sulong masih dalam senarai daftar pengundi untuk pilihanraya negeri Sarawak bulan ini, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Sibu Election Watchers (SEW) berkata kes Mohamad Mahli adalah contoh terbaru untuk membuktikan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya masih belum dikemaskini.

Jurucakap SEW, Wong Meng Chuo berkata Mohamad Mahli disenaraikan sebagai pengundi untuk N49 Nangka dan tempat mengundi beliau adalah SK Perbandaran Sibu No. 3 at Jalan Bandong.

Pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu, SEW mengesan 208 pengundi yang dilahirkan lebih seratus tahun lalu namun masih dalam daftar pengundi SPR, akhbar The Star melaporkan.

Justeru, SEW menolak jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa daftar pengundi SPR sudah “dibersihkan.”

“Kita kesal kerana SPR masih belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Kami percaya daftar pengundi yang bersih amat penting untuk memastikan pilihanraya berjalan secara adil dan bebas,” tambah beliau.


Ammar Rosdy berundur

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/197057_10150245335178098_554643097_9291371_7550904_n.jpg
keratan Akhbar semalam

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah kini diterajui oleh muka-muka baru selepas kepimpinan terdahulu yang diketui oleh Sdr Ammar Rosdy dan Ustaz Munir Ali serta Sdr Razman sudah melebihi 40 Tahun. Kini kepimpinan pemuda diterajui oleh Ustaz Abdullah Adam. Ahli pemuda ketika ini lebih ramai selepas majlis penyerahan keahlian 60 pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bulan lalu. Pemuda sekarang kini lebih mantap dan menggerunkan UMNO/BN

Kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr Ammar Rosdy kerana telah memimpin pemuda dengan penuh komited. Beliau adalah insan yang menaikkan integriti dan nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah. Semoga beliau terus menyokong dan bersama-sama dengan kepimpinan Baru

Petugas pilihanraya dari Perak tiba di Sarawak

Para petugas pilihanraya dari negeri Perak sudah tiba di Kuching petang tadi untuk membantu kempen di sini. PAS Perak ditugaskan untuk membantu kempen di DUN Muara Tuan. Ini adalah rombongan pertama dari Perak dan akan menyusul lagi kemudian.

Misi : Memenangkan Calon Pakatan Rakyat!!!


Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Munir Ali. Batu Gajah Mari !!! cayalah!!!




Sempat bergurau dengan Pak Rahim


Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Sdr Salman Saleh






Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Sdr Asmuni.






Jumaat, 1 April 2011

Setakat mana peluang PAS?

Semua pihak terpaksa mengakui yang selama hari ni suku Melayu-Melanau adalah penyokong kuat PBB pimpinan Taib Mahmud yang juga dari suku Melayu-Melanau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAx4rOCTixEyFeKypEzEgpxRO-VBexWoPoVDmLPa0A1dPOnn1bwknVNltAzKu1q9yqVr42Lg5sRBuj8DdqCqfJ7hRpNfdFa0REht9i76yV9M74BYtFrQsmrU0U9HQKGVkM-pfKc2knvJc/s1600/PAS-elections.jpg

Bharian melaporkan:
Menurut beberapa penganalisis politik, sebahagian besar daripada pengundi Melayu-Melanau mendapati tiada sebab untuk beralih kepada parti politik lain memandangkan mereka berpuas hati dengan kemajuan dan pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan mereka.

Satu lagi faktor yang turut menyenangkan hati ialah tokoh daripada komuniti mereka menjadi Ketua Menteri, walaupun membentuk hanya 27 peratus daripada penduduk Sarawak yang berjumlah 2.4 juta.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir, menggambarkan situasi itu sebagai ''faktor minoriti" yang bukan hanya membantu menyatukan mereka daripada segi politik tetapi juga kepuasan bahawa kerajaan negeri yang memerintah sekarang dapat memenuhi keperluan mereka.
"Mereka secara dasarnya gembira dengan apa yang sudah dilaksanakan di kawasan mereka. Komuniti Melanau memiliki sentimen yang kuat terhadap Taib selaku pemimpin. Rakyat tahu ia adalah penggal terakhir beliau memegang jawatan dan mereka mahu menunjukkan sokongan padu mereka kepada beliau," katanya. - Bharian
Tapi keadaan tu mungkin sikit berbeza di Dun Dun Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas. Pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Faizal Syam Hazis yang jugak penganalisa politik Sarawak yang terkenal meramalkan 3 Dun tu berisiko kepada PBB.

Malaysiakini melaporkan:
“Walaupun terdapat beberapa kawasan 'selamat' pengundi Cina di kawasan Miri... Saya tidak akan terkejut jika pembangkang boleh menembusinya,” katanya dalam satu forum awam di Petaling Jaya mengenai pilihan raya negeri Sarawak anjura Merdeka Centre.

Yang menarik, tambahnya, berasaskan kepada keputusan 2006, terdapat kerusi Melayu-Melanau di kawasan luar bandar yang juga berisiko, seperti kerusi Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas. - Mkini
Maknanya, kalau kena dengan caranya PAS mampu menawan kerusi Dun Beting Maro dan Sadong Jaya. PAS memang menaruh harapan tinggi untuk menang terutamanyadi Dun Beting Maro dan memang PAS lebih bagi tumpuan di kerusi tu.

Tambah-tambah pulak PAS dah lama buat kerja untuk menang di Beting Maro terutamanya. Memang peluang PAS untuk menang di situ cukup besar.

Dalam masa yang sama tentunya PBB dan BN Sarawak takkan bagi PAS memang di situ. PBB dan BN Sarawak tentu punya akan lakukan apa saja dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan takdak wakil dari PAS di dalam sidang DUN Sarawak.

Aku yakin, insyaallah dengan usaha bersungguh-sungguh petugas tempatan dengan dibantu petugas dari Sabah dan dari sememanjung PAS mampu mencapai kemenangan pertama di Sarawak kali ni.

ihsan cenangau

nota kaki: Sekarang saya berada di Airport dan akan berlepas ke Sarawak. Akan berada disana sehingga habis pilihanraya.. Inshaallah saya akan memeberi info dan gambar terkini di sini..

Shahrizat jangan buat BODOH !!!

SHAH ALAM: Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan.

Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata jumlah itu ialah kelahiran didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan yakin masih banyak anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan jabatan berkenaan.

“Dalam tempoh itu, secara purata lebih 83 kes anak tidak sah dilaporkan di negeri ini setiap hari dan kita sendiri pun tidak tahu berapa banyak lagi anak luar nikah dilahirkan di luar sana.

“Masalah ini adalah amat besar yang direkodkan di Selangor. Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) yang ingin tahu bilangan anak luar nikah di Selangor, punca meningkat bayi hasil hubungan luar nikah dan langkah kerajaan negeri untuk mengatasinya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Hasan menyifatkan perkembangan itu sebagai menggusarkan dan mengajak semua pihak bekerjasama membendung gejala itu daripada terus berleluasa.
Beliau berkata, kekurangan anggota penguat kuasa menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sukar bertindak terhadap kegiatan maksiat dan pelbagai gejala sosial lain di negeri ini.

“Ketika ini nisbah pecahan anggota penguat kuasa JAIS dan penduduk kini berjumlah 1:25,000.

“Oleh itu, kita meminta kerajaan negeri menambah bilangan anggota penguat kuasa JAIS bagi membolehkan pemantauan dan langkah pembanteras aktiviti tidak bermoral di kalangan masyarakat Islam di Selangor dapat dilakukan lebih kerap.

“Dengan adanya penambahan anggota penguat kuasa, pemantauan di hotel bajet, pusat hiburan, premis urut dan judi dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras gejala itu,” katanya