Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 19 Julai 2010

Melayu lebih mulia tanpamu !!!

KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.
"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.
Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.
Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.
Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.
"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.
"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.

Kembalikan Hak Rakyat !!!



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat yakin dengan komitmen semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak termasuk ADUN Bebas untuk menyuarakan tuntutan rakyat di dalam Persidangan DUN Perak pada 3 Ogos ini. Komitmen ini sangat penting bagi ADUN menyuarakan pelbagai isu dasar dan permasalahan rakyat yang perlu menjadi agenda utama DUN pada kali ini.

Justeru, DPPN Pk amat berharap agar tiada gangguan lagi dari mana-mana pihak pada Sidang DUN pada 3 Ogos ini. DPPN Pk merasakan semua pihak patut menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil. DPPN Pk juga berharap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghormati semua ADUN di dalam memastikan Persidangan DUN kali ini tidak diganggu serta mengikut lunas Undang-Undang.

DPPN Pk juga berharap Sidang DUN pada kali ini dipanjangkan kerana pelbagai isu rakyat perlu disuarakan. Antara perkara yang sentiasa timbul adalah hak rakyat dinafikan oleh kerajaan negeri. Isu-isu seperti tuntutan pampasan KTMB di Kuala Sepetang, kes pembalakan haram yang meningkat, kerakusan pembinaan yang membunuh alam sekitar dan banyak lagi temasuk keadaan kewangan negeri yang membimbangkan.

DPPN Pk yang telah menghantar permohonan bagi mengikuti Sidang DUN kali ini mengharapkan agar kami diberikan keizinan bagi melihat sendiri perjalanan DUN Perak pada kali ini. Sekiranya tidak diberikan keizinan, memang benarlah bahawa DUN Perak tidak lagi berfungsi sepertimana yang didakwa selama ini.

Timbalan DPPK Batu Gajah

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ahad, 18 Julai 2010

KDN buang masa !!!



Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 18 Julai - Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya menegaskan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kandungan sebahagian daripada surat yang diterimanya 2 Julai lalu sebagai membuang masa.
"Ini merupakan percubaan Kementerian Dalam Negeri untuk memberi tekanan kepada Parti Keadilan Rakyat. Kali ini melalui akhbar dan Ketua Pengarangnya," kata Latheefa ketika ditemui pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Beliau menemani pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berkenaan laporan yang dibuat oleh KDN 12 Julai lalu.
Dzulkarnain yang sepatutnya memberi keterangan di IPD Putrajaya Jumaat lepas tidak boleh berbuat demikian kerana menghadiri pertemuan pengarang akhbar Pakatan Rakyat di Ampang.
Beliau kemudiannya menerima notis arahan 111 di bawah Sekyen 112 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan berkenaan laporan tersebut yang dihantar ke pejabat Suara Keadilan 16 Julai lalu.
Latheefa memberitahu siasatan dijalankan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kata beliau soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar 'Keadilan' versi tidak berkala yang diterbitkan oleh Angkatan Muda KEADILAN.
Latheefa berkata Dzulkarnain diajukan kira-kira 25 soalan oleh pegawai penyiasat, ASP Rejali anak Angong beliau menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 (2) untuk tidak menjawab sebarang soalan.
"Persoalan yang mereka ingin tanya sebenarnya boleh didapati daripada kandungan surat, tanpa perlu memanggil kami untuk hadir memberi keterangan. Tindakan ini sebenarnya hanya membuang masa," kata Latheefa.
Beliau turut mempersoalkan definisi perkataan 'sulit' yang ditakrifkan oleh KDN sehingga dokumen tersebut boleh dianggap sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Jika menyiarkan surat yang tertera perkataan 'sulit' itu dianggap sebagai satu kesalahan, kita nak tahu juga bagaimana mereka akan dakwa kami dalam kes ini. Kita tunggu dan lihat," kata Latheefa

Sabtu, 17 Julai 2010

Menangisi Kenaikan Harga Barang

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..

Majlis Daerah Batu Gajah Tidak Efektif Lagi


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 17/7/2010


Penutup longkang berhadapan Restoran Tai Zhong berhampiran Jalan Siputeh,Pusing telah bengkok dan patah lebih daripada sebulan. Apabila penutup besi itu diperiksa; didapati cara pembuatannya seperti pengimpalan besi tersebut adalah tidak sesuai dan sempurna. Apakah pihak Majlis tidak memantau kerja-kerja pemasangan penutup longkang ini? Ini Meningkatkan kos sekaligus membazirkan wang rakyat.

Keadaan ini langsung tidak diambil tindakan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah. Adakah perkara ini tidak diketahui oleh Ahli Majlis Daerah yang ditugaskan di kawasan tersebut ataupun pihak majlis sedang menunggu sehingga satu kejadian yang buruk untuk menimpa orang ramai sebelum mengambil tindakan. Persoalan yang timbul sekarang adalah kenapa pihak Majlis tidak mahu memberi perhatian kepada masalah harian rakyat seperti ini tetapi mahu menumpukan perhatian kepada projek-projek pengindahan dengan meletakkan pasu bunga di sekeliling Batu Gajah.

Kecuaian pihak Majlis Daerah Batu Gajah kerana tidak mengambil tindakan segera akan mengancam keselamatan para pengguna jalan tersebut. YB V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut difahamkan bahawa seorang murid sekolah yang menunggang basikal telah terjatuh ke dalam longkang tersebut minggu lepas. Turut hadir di tempat tersebut adalah bekas Ahli Majlis Daerah PR Encik Vijakumar,Encik Chan Chin Fa serta Puan Chin Tin Fong.

Sekian

Bukan Barang Naik, Subsidi turun..

5 Syaaban 1431H.

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

Jumaat, 16 Julai 2010

Kenderaan asing tidak dibenar beli RON 95 1 Ogos

KUANTAN - Bermula 1 Ogos ini, pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di stesen-stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang diapungkan secara terkawal melalui penyelarasan subsidi yang diumumkan kerajaan.

"Pelaksanaan ini adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Kelmarin, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan lima sen manakala petroleum gas cecair (LPG) dikurangkan 10 sen sekilogram berkuat kuasa semalam.

Petrol RON 97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penyelarasan subsidi itu tidak sepatutnya memberi kesan kepada harga barangan pada masa ini.

Beliau berkata, kenaikan bahan terbabit adalah kecil dan pihaknya telah melakukan kajian terhadap kos yang terpaksa ditanggung peniaga.

"Contohnya harga teh tarik, dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen sekilogram ini, kenaikan kos adalah sebanyak 1.2 sen sahaja, tidak ada sebab kalau kedai-kedai teh tarik mahu menaikkan harga di antara 10 dan 20 sen," katanya.

Murugiah cadang sertai Gerakan atau MIC

IPOH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah, yang dipecat dari Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 16 Mei tahun lalu, hari ini berkata, beliau sedang menimbang kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau kemungkinan parti yang akan disertainya adalah MIC atau Gerakan.

Keputusan itu bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi, katanya kepada pemberita selepas meninjau masalah kerosakan tebing Jalan Pasir Puteh-Pengkalan di sini.

"Saya telah menulis surat memohon tarikh yang bersesuaian dan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Perdana Menteri, saya akan jumpa penyokong dan seterusnya putuskan parti mana yang saya nak masuk.

"Apa yang pasti saya langsung tidak ada niat untuk membuka parti baru apatah lagi menyertai parti pembangkang," tegasnya.

Murugiah dipecat selepas beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri untuk mengadakan sidang akhbar yang mencemarkan imej dan nama baik parti serta mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap parti, majlis tertinggi dan pucuk pimpinannya.

Turut dipecat ialah Ketua PPP Selayang K. Tanggaraju, Exco Pemuda S. Kanesan, S. Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT R. Rajandran dan N. Shanmuganathan.

Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu.

Murugiah berkata, walaupun secara dasar parti komponen BN mempunyai 'persefahaman' bahawa sesebuah parti itu tidak boleh menarik atau menerima ahli dari parti komponen lain, namun dalam situasi kini, beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti.

Katanya, Perdana Menteri sangat arif dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan isu pemecatan tersebut.

Menurutnya sekiranya diberi lampu hijau menyertai parti baru, beliau yakin dapat menarik lebih ramai penyokong baru kepada BN seperti mana yang dilakukannya melalui Kelab Penyokong BN.

"Saya ada keupayaan untuk tarik orang luar menyokong BN dan saya akan kuatkan parti baru yang akan disertai ini," katanya.

Murugiah berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan jika diterima menyertai MIC atau Gerakan.

"Saya nak jadi ahli cukup, saya bukan nak minta jawatan tinggi. Dalam hal ini saya mesti adil kepada orang lain atau penyandang sedia ada. Takkan tiba-tiba masuk nak jawatan naib presiden dan sebagainya. Saya hanya perlukan platform untuk berbakti kepada rakyat," tambahnya.SH

paeh: GERAKAN, MIC, PPP same je.. baik join DHPP lagi bagus.. hahahaha

Khamis, 15 Julai 2010

NGO sokong tindakan Khalid



SHAH ALAM – Pemuda UMNO tidak perlu bermain wayang dengan membuat tindakan keterlaluan berhubung isu perlombongan pasir di Selangor.

Sebaliknya, mereka harus mempertikaikan bagaimana urus tadbir yang dilakukan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sewaktu pemerintahannya sebelum ini.

Timbalan Pengarah Sekretariat Latihan dan Perkaderan (SELKAD), Faris Musa berkata, rakyat sentiasa memberi sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang jelas menggunakan ekonomi negeri Selangor untuk kepentingan rakyat dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Kami mendesak ahli UMNO terutama sekali Pemuda UMNO agar mempersoalkan bekas MB Selangor yang hanya memperoleh pendapatan hasil pasir sebanyak RM2.9juta setahun. Mereka tidak perlu menghantar memorandum dan mempertikaikan ketelusan Kerajaan Negeri dalam urus tadbir kerajaan ini.

“Kerajaan PR telah meningkatkan hasil pasir sejumlah RM6.3juta (2008), 5.4juta (2009) malah sehingga Jun 2010 hasil dapatan yang diperoleh Kerajaan Negeri ialah RM10.3juta. Beliau yang turut serta dalam penyerahan memorandum menyokong Abdul Khalid bersama 60 Skuad Komunikasi Selangor (SKS) semalam melihat jelas bahawa ahli UMNO telah menyeleweng kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, penyerahan yang diketuai Timbalan Pengarah Skuad Komunikasi Selangor (SKS), Khairul Nizam Othman menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan sumber alamnya untuk menjana pendapatan dan kekayaan rakyat demi kemakmuran negeri sesuai dengan moto negeri iaitu, merakyatkan ekonomi negeri untuk kebajikan rakyat.

Memorandum itu juga menolak dakwaan yang tidak berasas pihak pembangkang Negeri Selangor iaitu UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memburukkan pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor yang kononnya terdapat salah urus tadbir Kerajaan Negeri di dalam pengurusan sumber alamnya.

Malah memorandum itu turut menggesa Kerajaan Negeri membongkarkan semua penerima konsesi pasir dan tanah sebelum Mac 2008 semasa di bawah pemerintahan BN.

Naik serentak, Rakyat tanggung beban

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.
Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.
Persoalannya, walaupun dikatakan kenaikan ini adalah demi mengelakkan pengaliran subsidi kepada sasaran yang salah, tetapi akhirnya beban akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah.
Kerajaan perlu menjelaskan secara tepat bagaimana penjimatan dari subsidi ini akan dibelanjakan untuk faedah golongan berpendapatan rendah. Masih kita ingat ketika kenaikan harga petrol dan diesel secara besar-besaran beberapa tahun dahulu, dijanjikan wang penjimatan akan digunakan untuk memajukan perngangkutan awam tapi janji tinggal janji.
Kini dijanjikan pula penjimatan subsidi akan diagihkan kepada bidang pelajaran dan kesihatan. Umum sedia maklum kos pendidikan di Malaysia dan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan adalah di antara dilema bagi rakyat berpendapatan rendah.
Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.
Kalau benar bagai dikata, jelas rakyat bawahan telah terpaksa memikul beban ekoran ketidak mampuan pihak keselamatan menguatkuasakan undang-undang dan menjaga kedaulatan sempadan negara. Apa jaminan selepas kenaikan ini penyeludupan tidak akan berlaku lagi? Kalau penyeludupan masih berlaku, apakah harga akan dinaikkan lagi?
Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.
Benarkah harga bahan bakar di Malaysia terlalu murah sehingga dibazirkan sewenangnya oleh rakyat? Selalu kita dengar kempen jimatkan elektrik dan air tapi tidak pernah kita dengar ada kempen jimatkan penggunaan petrol dan gas.
Petrol dan diesel yang diisi ke dalam kenderaan adalah berdasarkan keperluan dan perjalanan juga berdasarkan keperluan. Amat jarang dan hampir tidak pernah terdengar rakyat yang secara suka-suka membazirkan petrol dan gas.
Hujah yang mendakwa gejala berat badan berlebihan dan diabetes mempunyai kaitan dengan harga gula perlu diperkemaskan dengan kajian saintifik d

Hadiah untuk rakyat

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

-malaysiakini