Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 6 April 2010

Hasrat TG Nik Aziz ke Makkah tercapai



Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah selepas kegagalannya menunaikan fardu haji musim lepas ekoran kontroversi isu tajaan haji oleh pihak tertentu yang bernilai RM65,000.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita kerana tidak dapat menunaikan haji pada musim lalu berikutan isu kontroversi itu.

“Hok yang lepas itu memang saya amat dukacita, tak apalah, kali ini saya dapat pergi juga walaupun untuk umrah.

“Itu tak betul, biarlah Tuhan balas ke atas mereka yang cuba mengkhianati niat saya itu,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun kecewa dengan kontroversi tersebut sehingga membuatkan beliau gagal menunaikan fardu haji bersama keluarga musim lepas, namun ia dapat ditebus kembali apabila beliau dapat memenuhi hasrat untuk ke Tanah Suci pada kali ini walaupun sekadar mengerjakan umrah.

Pada 10 November tahun lepas, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.

Bagaimanapun ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun depan.

Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Besar membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

Ketika diminta meng-ulas sama ada pemergiannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah kali ini mendapat tajaan daripada mana-mana pihak atau ditanggung sendiri, berapa pegawai yang mengiringinya menyekat daripada Nik Aziz menjawab soalan wartawan itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, mula berlepas ke Makkah semalam bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Yahya dan Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi serta beberapa pegawainya.

Turut sama mengiringi rombongan Nik Abdul Aziz di lapangan terbang itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, beberapa anggota Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut sumber Kerajaan Negeri, sepanjang percutiannya, jawatan Menteri Besar tidak akan dipangku oleh Timbalannya, kerana mengikut peraturan jawatan tidak perlu diganti oleh pemangku kerana pemergian Nik Abdul Aziz tidak lebih daripada sebulan.

sinar harian

Isnin, 5 April 2010

Ahad, 4 April 2010

Ahli Parlimen Islam UMNO.. Terbaik dari ladang..

http://farm5.static.flickr.com/4037/4489186273_61208bb6d2_o.jpg

Hak sama rata sampai bila? - Karpal



GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ingin tahu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Menurutnya, konsep satu Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum.

“Pertanyaan ini bukan bermakna kita mempersoalkan hak istimewa orang Melayu atau berniat menghapuskannya,” katanya dalam sidang media di Air Itam, semalam.

Karpal berkata, walaupun Najib melaung-laungkan slogan 1 Malaysia, namun terdapat kekeliruan.

"Bagaimana Najib sendiri bersetuju dengan kenyataan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengakui beliau (Muhyiddin) adalah ‘Malay first, Malaysian second’. :

:“Ini jelas menunjukkan, ia bercanggah dengan konsep gagasan 1Malaysia yang disarankan beliau sendiri. Bagaimana kenyataan itu diterima dan disokong beliau seperti yang dinyatakan dalam akhbar hari ini?.

“Jika soal perkauman seperti Melayu dulu, Cina dulu dan India dulu berterusan, perkara ini akan menimbulkan pergolakan sehingga boleh menjejaskan perpaduan.

"Kemudian, konsep 1Malaysia tidak akan membawa makna sebenar dalam perlaksanaan oleh Perdana Menteri yang berhasrat menyatupadukan semua kaum di bawah satu bumbung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Karpal ingin tahu bagaimana Najib, yang mengamalkan slogan Kredibiliti, Integriti dan Akauntabiliti, menerima seorang Presiden MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Adakah, Dr Chua mempunyai kredibiliti dan integriti untuk memegang jawatan yang mempunyai kuasa dalam menentukan siapakah dari parti MCA perlu jadi menteri," katanya.

Karpal menggesa Kerajaan Pusat mencontohi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha memberi wang sumbangan RM100 kepada warga emas daripada hasil penjimatannya.

SINAR HARIAN

TG Nik Aziz Nafi Laporan Blog Kickdefella


http://lh3.ggpht.com/_G4UF_wN334k/SkGoN1S-qVI/AAAAAAAAMXk/21lEfm0R2As/s800/DSC09146.JPG http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/03/kickdefella-header-22.jpg

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

"Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya," katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. BERNAMA

Sabtu, 3 April 2010

Isu tarik gelaran: Jangan pertikai hak Sultan- Aziz Bari


SHAH ALAM – Tindakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan Baginda agar darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada dua wakil rakyat pembangkang ditarik balik, dilihat seperti mempertikaikan kuasa dan hak Sultan.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari be Aziz Bari rkata, gelaran dan anugerah adalah pengiktirafan daripada Sultan yang diberikan kepada individu tertentu atas jasa dan sumbangan seseorang terhadap negara.

Menurutnya, dari segi prinsip dan hak seseorang individu yang diberi penganugerahan, sekiranya mereka terlibat dengan jenayah yang dapat dibuktikan dengan kukuh, kuasa menarik gelaran dan anugerah itu terletak kepada Sultan dan majlis penasihat istana.

“Tidak dinafikan Sultan mempu-nyai kuasa menarik balik, tetapi baginda juga mempunyai penasihat yang akan menyiasat perkara tersebut agar keputusannya telus dan tidak dipengaruhi unsur politik.

“Dalam senario sekarang, ia seperti satu usaha yang tidak baik kerana adakah wakil rakyat BN sahaja yang boleh mendapat penghargaan?”

“Mereka boleh berikan pelbagai alasan untuk menyokong tindakan mereka, tetapi tidakkah mereka terfikir tindakan itu juga seperti mempertikaikan keputusan Sultan kerana darjah kebesaran itu dianugerahkan Sultan?,” katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff berharap tiada spekulasi mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kuasa Sultan dan institusi istana.

“Buat masa ini, kita lihat sahaja keputusannya,” katanya.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) serta badan bukan kerajaan (NGO) Perak menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak meminta darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, ditarik balik.

Memorandum itu diserahkan atas alasan pembangkang menderhaka kepada Sultan Perak apabila mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

SINAR HARIAN

Mufti: Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud “yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda”, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria (kanan) berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”


apa pandangan anda???

Jumaat, 2 April 2010

Lepas ni sape pulak yang mengaku ditawar jadi MB?

18 Rabiulawal 1431H.

Nampaknya BN Perak tidak punya isu lagi sehingga menimbulkan isu yang bukan-bukan dan semacam rekaan dan "nampak macam kartun" bila seorang demi seorang dikalangan ADUN BN dan seorang bebas mengaku telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak diawal kekalahnya dan tersungkur kalah BN di Perak pada tahun 2008.

Pesoalan awal ialah kenapakah setelah bertahun-tahun baru cerita ini di keluarkan, Inilah bukti BN benar-benar sudah tidak ada modal lagi untuk menarik simpati rakyat maka akhirnya apa saja cakap-cakap dikedai kopi dijadikan perkara serius.

Kalau begitu saya pun boleh cakap. Sebagai mana kata seorang Pak Cik yang saya jumpa kelmarin disebuah kediai kopi, katanya" saya pernah ditawarkan jadi Presiden Amerika".

Tidak semena-mena Zambry Abd. Kadir pada sidang DUN beberapa hari lepas bercerita beliau adalah antara tiga wakil rakyat UMNO yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Semacam itulah yang lebih penting dari agenda membahas kepentingan rakyat yang ditutut oleh pakatan Rakyat. Lalu selepas itu masing-masing mangaku ditawar sebagai MB termasuklah Jamaluddin Behrang dan Tajol Rosli Pengkalan Hulu.

Sejak kemenangan Pakatan Rakyat sehingga kejatuhannya bila dirampas oleh BN dalam satu kudeta terancang , dan malah sesudah itu sehinggalah sidang pada 31 Mac lepas, DS. Nizar Jamaluddin teus menerus dengan pemimpin pakatan Rakyat mendedahkan bahawa BNlah yang seawalnya menawarkan Jawatan MB kepada PAS supaya bergabung dengan BN yang sudah kurang majoriti.

Atas alasan agenda melayu dan islam , BN cuba memujuk semua ADUN PAS bergabung dengan mereka dengan menggunakan Mufti UMNO Harussani seperti yang didedahkan oleh Mantan PJ PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Semua sudah jelas lagi bersulu. malah dalam tempoh itu BN tidak berani menjawab kerana yang sebenarnya sudah difahami hasrat UMNO bukannya menyelamatkan Melayu dan Islam , yang ingin diselamatkan ialah UMNO yang telah lemas dan tenggelam ditolak rakyat.

Insiden kekecohan dalam Dewan Perak pada 31 Mac adalah kemuncak kepada ujian ketahanan dan kecekalan ADUN Pakatan Rakyat yang tidak mudah di tipu oleh Ganesan dan Zambry yang menganjurkan sidang yang tidak semacam sidang apabila hampir 400 orang Polis berkawal di dalam dan diluar sidang.

Selain itu peraturan tetap dibangkul sampahkan oleh BN. Hasrat BN cuma menjadikan sidang sebagai menghalalkan tempoh-tempoh pemerintahan untuk 6 bulan sebelum ini dan 6 bulan akan datang. Kerana itu sidang disingkatkan sesingkatnya.

InsyaAllah kami akan menjawab segala tomahan dan fitnah BN yang kononnya memulai kekecohan dalam sidang yang lepas.

YB Idham Lim

Betapa sayu hatiku melihat gambarmu..

image0032

Dalam kepala dan imaginasi kita mungkin pernah terfikir bagaimana agaknya seorang Menteri Besar (MB) menikmati sarapan paginya?

Mesti makan dan minum yang enak2..

Mesti di layan oleh pembantu2 rumah atau orang2 yang di gajinya...

Mesti di tempat yang selesa dan berhawa dingin...

Makan pun pakai sudu garfu lah...apa kelass pakai tangan...Satu Malaysia lah katakan...

Pinggan mangkuk pun mesti di import khas, berkualiti tinggi dan mahal harganya...

Di kelilingi oleh 'pengampu2' yang tak tahu malu itu sudah kemestian...nak dapat 'habuan'...

Tapi gambar di atas menjelaskan yang sebaliknya...

Ishhh...pelik benar...seorang MB ker tu...biar benar...

Tapi makan kat tepi jalan jer...

Takder pun yang melayannya bagaikan raja...

Tak pakai pinggan mangkuk khas pun....atas bungkusan plastik jer...

Itulah dia contoh MB kesayangan ramai...

MB Kelantan...Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat...

"Sesungguhnya ulama' itu pewaris para nabi"

MEB: Kononnya bela nasib rakyat kategori 40%

Lebih 12 tahun dulu, aku "sit in" satu-satunya kelas falsafah logik dengan keghairahan terhadap ilmu dan kepercayaan bahawa pensyarah yang hodoh rupanya pasti dapat memberi jawapan kepada seribu pertanyaan yang mengepung otak durianku ini. Meskipun selepas itu aku hanya ghairah dengan pensyarah cun dan enggan mengingati kembali detik-detik bersama sang hodoh kerana nafsu diri, pemikiran logik terus menjajah otak durianku tanpa meminta izin dahulu daripada aku.

Hari ini, pemikiran logik otak durianku ini tercabar kerana manusia yang bergelar Perdana Menteri atau Najib (gambar kanan) namanya melakukan sesuatu yang sukar diterima oleh otak durianku. Kerana buku tidak berdarah bertajuk "Model Ekonomi Baru", Sang Najib terpaksa berbicara tentang sesuatu yang tidak dipercayainya: Bahawasanya golongan suri rumah berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan mencakupi 40% daripada kumpulan manusia yang menduduki bumi bergelar Malaysia tanpa diberikan sokongan padu oleh Kerajaan Bazir Nafi.

Apa yang sebenarnya mencabar otak durianku? Bukan sang penakut perempuan tetapi tindakan aneh seorang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib golongan miskin bukan di depan rakyat kategori 40% ataupun dalam dewan di mana wakil-wakil rakyat membahaskan perkara-perkara berkaitan nasib rakyat jelata tetapi di depan "investor" yang pasti tidak kurang bilangannya yang menduduki kategori 20% teratas.

Apabila otak durianku melihat dirinya di depan cermin logik dan menanyakan bayangan dirinya soalan yang tidak pernah difikirkan oleh sang Najib, "apakah lokasi yang sesuai bagi seorang Perdana Menteri yang kononnya 'Rakyat Didahulukan' bagi membicarakan model baru kononnya mahu memelihara nasib rakyat kategori 40%", cermin logik tanpa melangkaui batasan "reasonable doubt" terus memberikan jawapan yang cepat, tepat dan padat- Dewan Rakyat. Tak perlu pergi kuliah, kita semua tahu jawapannya.

Aku tidak ada peluang seperti sang Najib yang kononnya prihatin terhadap rakyat kategori 40% tetapi lebih suka menghabiskan masa dengan "investor", kalau tidak pasti aku menanyakan hadirin hadirat yang menghabiskan masa bersama sang Najib sepanjang penjalanan seminar "Invest Malaysia 2010", apakah awak semua tidak rasa hairan dengan tindakan aneh sang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib rakyat kategori 40% di depan manusia bergelar "investor" yang tugas utamanya melabur dan meraut keuntungan? Apakah awak semua tidak setuju dengan otak durianku bahawa wakil rakyat yang berbicara dalan Dewan Rakyatlah yang ditugaskan oleh rakyat untuk memelihara nasib rakyat kategori 40%?

Ataupun, sang Najib yang mengkehendaki kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi setelah dimalukan dengan keputusan belah bahagi 64-63, mahukan kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi dan wakil rakyat Pakatan Rakyat di seminar "Invest Malaysia 2010"? Apakah Parlimen Malaysia telah bertukar nama menjadi "Invest Malaysia"?

Dunia hari ini agak aneh juga. Apa yang tidak diajar dalam kuliah lazimnya disentuh dalam ceramah politik. Cuma apa yang dibangkitkan sebagai topik bicara utama oleh ahli politik Pakatan Rakyat lazimnya disentuh sepintas lalu oleh ahli ekonomi "establishment". Contohnya soal rasuah dan korupsi. Contohnya soal "rent-seeking" dan "patronage". Biarpun dalam buku tidak berdarah itu disentuh soal-soal ini juga, ia disentuh sepintas lalu sahaja. Ini bagi membuktikan betapa bertaubatnya Kerajaan Bazir Nafi terhadap soal-soal sedemikian.

Dan cukuplah setakat ini. Jangan dibangkitkan lagi! Jangan ditelusuri trajektori skandal yang telahpun dilakukan oleh Kerajaan Bazir Nafi! Ini kan sejarah. Manusia harus sentiasa melihat ke depan. Segala dosa Kerajaan Bazir Nafi tidak akan diulangi. Kita kan ada APCO dan 1Malaysia.

Maka pandai-pandailah kita semua. Asalkan bertaubat, tak perlulah di bumi ini kita berbicara tentang bagaimana perubahan politik dan reformasi institusi akan menjadi pelengkap utama kepada perubahan ekonomi dan pembangunan rakyat kategori 40%. Cuma otak durianku kadang-kala merasa sepi dan sedih, kenapa dasar-dasar baik Pakatan Rakyat bila saja dipinjam pakai oleh Kerajaan Bazir Nafi, jarang-jarang sekali dapat dijamin pelaksanaannya secara telus dan konsisten! Kali ini model baru itu kononnya masih ada "Part II" - Implementasi.

Percayalah otak durianku, bukan sahaja dimensi dasar, dimensi implementasi juga, apabila dilaksanakan oleh Kerajaan Bazir Nafi, pasti wujud "loophole" yang besar lagi membesarkan. Mengapakah logiknya sebegitu rupa? Ini kerana mana-mana kerajaan yang benar-benar melihat ke depan, ia pasti nampak dan faham benar, dalam kalangan negara-negara berpendapatan tinggi yang sedia ada dan yang bakal wujud, terdapat satu set pelengkap utama yang menjayakan proses transformasi ekonomi.

Contohnya kewujudan Akta Kebebasan Maklumat dan "free press". Contohnya pertukaran rejim pemerintah dalam konteks dan kerangka sistem dua parti. Ini logik otak durianku. Tak serupa logik sang otak udang yang lazimnya cakap tak serupa bikin.

*Ooi Heng ialah penganalisa politik dan kolumnis


http://dperbatasan.blogspot.com/

Khamis, 1 April 2010

Midah tipu anak yatim???

MERIAH Program Sukaneka Surau Al-Falah tetap meriah dan mendapat sambutan hangat dari penduduk walaupun tanpa sumbangan dari YB Hamidah.

Taman Song Choon, Ipoh - Sama ada disengajakan atau tidak, tindakan Umno Gopeng berserta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman meminta anak-anak yatim dari rumah Darussalam Simpang Pulai untuk datang ke program yang dibatalkan amat dikesali.



Kejadian tersebut berlaku semasa program "Moh Ke Surau" anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Taman Song Choon yang diadakan pada 28 Mac yang lepas. Kehadiran anak-anak yatim tersebut walaupun tanpa jemputan rasmi telah menyebabkan AJK surau dan AJK pelaksana program tidak mampu menyediakan persiapan sepatutnya kepada anak-anak yatim tersebut.



" Kami agak kesal kerana tidak mampu menyediakan jamuan istimewa kepada anak-anak ini kerana tiada siapa yang memaklumkan tentang kehadiran mereka" Kata En. Zulkifli Tafsiron, Pengerusi Surau Al-Falah Taman Song Choon.



Persoalan siapa yang menjemput mereka akhirnya terjawab apabila wakil dari Rumah Anak Yatim Darussalam memberitahu mereka diminta hadir oleh wakil YB Hamidah ke program anjuran Umno dan mereka tidak dimaklumkan tentang pembatalan program tersebut. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana tindakan tidak wajar dari umno.



" Kami amat mengalu-alukan kedatangan anak-anak ini, tetapi kami agak kasihan kepada mereka kerana tiada jamuan istimewa kerana pihak kami tidak dimaklumkan awal tentang kehadiran mereka " Kata En. Nazmi, Timbalan Pengarah program tersebut. Beliau menambah lagi akibat dari tindakan umno tersebut ada di kalangan anak-anak yatim tidak mendapat makanan kerana kehadiran di luar jangka dari penduduk tempatan.



Walaubagaimanapun, pihak AJK surau Al-Falah telah mengambil keputusan untuk menyiapkan lauk bagi jamuan malam anak-anak yatim tersebut. Beberapa orang wakil surau telah bertemu pihak pengurusan rumah anak yatim tersebut untuk menyerahkan sumbangan dan juga memohon maaf atas kekurangan layanan kepada anak-anak yatim pada program tersebut akibat tindakan tidak wajar dari YB Hamidah.

http://dppgopeng.blogspot.com/

Gambar program di http://pastsc.blogspot.com