Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 8 Januari 2010

DS Nizar masih ditahan di wad



Saya telah mesej Dato Seri sebentar tadi, beliau masih lagi di hospital dan dalam pemerhatian Doktor. Walau bagaimana pun keadaannya sudah pulih. Beliau masih ditahan kerana tekanan darah tinggi.

Pas bakal hadapi lebih banyak tuduhan


[YB+Mohd+Amar.jpg]

KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan parti itu akan menghadapi lebih banyak tuduhan dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas.

Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tuduhan dibuat tetapi tidak ada yang terbukti malah Kerajaan Negeri sentiasa memberi kerjasama setiap kali ada laporan dibuat.

“Kalau dilihat kepada jumlah tuduhan yang semakin meningkat dalam masa begitu singkat, dari segi takrif politik macam ada satu perancangan halus untuk mencemarkan nama baik kerajaan.

“Bagaimanapun, kita sentiasa memberi kerjasama kepada pihak terbabit untuk menyiasat perkara ini sama ada betul atau tidak dan sehingga hari ini masih belum ada yang terbukti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra sempena Program Asyura anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu berhubung laporan daripada pihak tertentu kepada SPRM berhubung salah kuasa guna kuasa dan kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan Negeri.

Mohd Amar berkata, tuduhan itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa terutamanya apabila pilihan raya semakin dekat.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi seperti ini yang disifatkan sebagai cara kotor untuk menjatuhkan PAS di mata rakyat sedangkan tiada bukti yang mengaitkan kepincangan Kerajaan Negeri berkaitan isu dibangkitkan.

DS Nizar imamkan solat jumaat

Dato Seri Nizar telah diberikan penghormatan oleh Imam Masjid Jln Hospital untuk mengimamkan solat jumaat sebentar tadi.Beliau yang masih mendapatkan rawatan dan berehat di HTBI pergi menunaikan solat ditemani anak dan pegawai khas beliau.

Pemimpin rakyat ini disambut meriah oleh para jemaah di Masjid berkenaan.


sya-reformis

Khamis, 7 Januari 2010

PAS kutuk tindakan menyerang gereja

http://mstar.com.my/archives/homepage/2010/1/8/Gereja_depan.jpg

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan sikap Islam yang sebenar terhadap penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka.

Bahkan, katanya, Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan para sahabat yang menyertai peperangan supaya tidak membunuh mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat agama lain, sama sekali tidak bertindak membakarnya.

Begitu juga, katanya sewaktu pembukaan Mekah oleh tentera Islam yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di mana penduduk yang berada di dalam rumah-rumah ibadat dijamin keselamatan mereka selain berlindung di rumah sendiri.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menyerang gereja berkenaan,” tegasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Harakahdaily difahamkan, tingkat bawah gereja berkenaan musnah akibat serangan itu./Harakahdaily

Doa bala untuk Presiden Mesir

http://media1.malaysiakini.com/219/80d89171260361f5fad98eb245cad7ed.jpg

Begitu marah Prof Abu Hassan Hasbullah atau Hassan Hayastani dalam facebooknya terhadap kezaliman Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang berkerjasama dengan Israel menindas Palestin. Berikut adalah doa dan seruan beliau untuk orang Malaysia….saya amat bersetuju.

“Israel buat tembok batu, Mesir buat tembok besi (Siri 2) – lalu orang-orang Malaysia seharusnya boleh berdoa agar Presiden Mesir “pecah perut” dan Presiden Israel “patah kaki tangan” sebagai pembalasan

Ini semua dugaan daripada ALLAH S.W.T kepada umatnya..




[nizar070110b.jpg]

Photobucket

Seseorang yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’, ayat 35)

Kami rakyat Perak sentiasa mendoakan agar Dato' Seri IR Hj Nizar tabah menghadapi ujian ALLAH S.W.T dan semoga cepat sembuh hendaknya.






Bismillahir Rahman’ nir Rahim

Assalamualaikum wrt

PAS Negeri Perak ingin merakamkan doa kami kepada Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar serta keluarga diatas kemalangan yang menimpa beliau awal pagi tadi, Sesungguhnya kami yakin, seluruh rakyat Perak khususnya amat mengharapkan agar Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar berada dalam keadaan baik dan selamat. PAS Negeri Perak juga berharap keluarga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dan seluruh rakyat dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami mendoakan semoga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
( Pesuruhjaya PAS Perak )

Gambar DS Nizar di Wad

Lawatan Wakil dari PSM
Pihak wartawan bersama Dato Seri
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sedang diambil keterangan oleh Pihak Polis

Adun-Adun PR berkumpul di depan Wad Kecemasan
Pimpinan Pas
Yb Siva dan Yb Tai mengadakan lawatan ziarah kepada Dato Seri Nizar
Bilik Dato Seri dipenuhi Rakyat yang hadir untuk bertanya khabar
Yb Husin Din dan Ramli Tusin turt kelihatan mengziarahi Dato Seri

7.1.2010 IPOH :Pagi ini kira-kira dalam jam 9.20 minit pagi telah berlaku satu kemalangan di hadapan Hotel cuasarina Ipoh yang melibatkan kenderaan Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan sebuah lagi kenderaan jenis BMW.Kejadian berlaku sekitar jam 9.20 minit pagi yang mana ketika itu Dato Seri dalam perjalanan untuk temujanji bersama doktor gigi di sebuah Klinik di Pekan Ipoh.Kami difahamkan bahawa Dato Seri menyedari akan kehadiran kenderaan tersebut dan telah memberikan hon namun kenderaan tersebut telahpun keluar dan terus memasuki lorong kanan jalan menyebabkan Dato Seri hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan dan menyebabkan kenderaan yang dinaiki terbalik.Untuk pengetahuan kenderaan tersebut dipandu oleh beliau sendiri.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa sejurus selepas itu Dato Seri bertindak keluar dari kenderaan beliau dan meminta pertolongan dan sebuah kenderaan Proton Savvy yang dipandu oleh seorang lelaki telah membawa dan menghantar beliau ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.Dato Seri tiba di Hospital kira-kira jam 9.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dibawa ke wad bagi rawatan susulan kira-kira jam 11.00 pagi.

Dato Seri yang hanya mengalami kecederaan ringan di siku ( satu jahitan) dan juga sedikit kesan calar dimuka telah dikunjungi oleh Dr. Mah Hang Soon yang mewakili UBN kira-kira pada jam 2.15 minit petang.Sehingga kini beliau masih ditempatkan di wad untuk pemerhatian Doktor dan akan dibenarkan pulang sekiranya keadaan mengizinkan.

Kepada semua rakyat yang prihatin Kami mewakili Keluarga Dato seri Ir Hj Nizar Jamaluddin berbesar hati dengan kunjugan yang tidak putus sejak pagi tadi.Dato Seri dan Keluarga merakamkan ucapan Terima kasih juga kepada semua Rakyat yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Dato Seri Nizar.Kami berharap agar Rakyat memahami keadaan beliau dan tidak mengadakan kunjungan untuk masa terdekat bagi memberikan ruang buat Dato Seri berehat.

Maklumat dan keadaan terkini beliau akan kami bawakan dari masa ke masa.buat Rakyat di luar sana teruskan berdoa dan semoga apa yang terjadi membawa seribu Hikmah.

sya reformis

Gambar keadaan kereta DS Nizar yang terlibat dalam kemalangan

Inilah volvo yang muncul tiba tiba dari simpang menyebabkan kereta DS Nizar mengalami kemalangan. Walaupun kereta DS Nizar menyebabkan persepsi mungkin orangnya parah....tapi Alhamdulillah.... Allah masih memberi peluang beliau untuk terus berkhidmat dan berjuang... juga untuk kita terus berjuang bersamanya...
volvo yang munculmenganggu konsentrasi Camry

volvo juga kemek...sikit je...

Buku antara khazanah dalam kereta DS Nizar

ujian dari Allah

payung PAS...
pintu yang membolehkan beliau merangkak keluar.


no bukan untuk di tikam...

Rabu, 6 Januari 2010

DS Nizar kemalangan. alhamdulillah hanya mengalami cedera ringan

IPOH : Menteri Besar Perak yang sah, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

umNO jaguh mempertahankan ISLAM !!!!




Fatwa telah dikeluarkan TAPI MEREKA MASEH DEGIL!..MENGAPA?

Dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah Herald..PUAK-PUAK UMNO MEMANG NAMPAK JAGUH MEMPERTAHANKAN ISLAM TAPI PADA MASA YG SAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA MASEH TIDAK TERIMA FATWA YG TELAH DIKELUARKAN DAN TELAH PUN DIGAZET...

BUKANKAH HIPOKRIT AL-MUNAFIK NAMANYA....

FATWA NEGERI PAHANG:-

Kategori : Akidah

Tajuk:Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Isu: Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :


ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)


FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36


Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Temukan Pemimpin Islam Dan Kristian Selesaikan Isu Kalimah Allah- TG Nik Aziz dan Mat Sabu

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2008/04/mb_kelantan.jpghttp://dppputrajaya.files.wordpress.com/2008/07/mat-sabu_2.jpg

M
ohamad Sabu menyokong penuh usul yang dikemukan oleh Musyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menemukan pemimpin Islam dan Kristian di Malaysia bagi menyelesaikan perkara berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pemimpin Pas itu menjelaskan Islam menggalakkan dialog antara ilmuan dalam menyelesaikan titik-titik bingit antara agama, sesuai dengan iklim demokrasi hari ini.

Menurutnya lagi, penggunaan kalimah Allah tidak dibantah Al-Quran namun apa yang dikhuatiri umat Islam adalah penyalahgunaannya.

"Kalimah Allah tu di Malaysia ni, di sebelah sini memang sesuai untuk orang Islam sahaja. Tapi kalau orang bukan Islam nak guna kita tidak boleh paksa, tapi kita bimbang penyalahgunaan perkataan itu", jelas beliau.

Beliau turut berpendirian bahawa perkara ini tidak perlu digembar-gemburkan di mahkamah sedangkan ianya hanyalah bersangkut paut dengan kepenggunaan perkataan tersebut.

"Bukan soal mahkamah, di sini lebih soal sosio politik. Bukan A atau B cuma kita bimbang penyalahgunaan", tegas beliau.

Oleh yang demikian, cadangan Nik Aziz untuk menemukan pemimpin Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kekeliruan ini adalah jalan terbaik bagi mengelak sebarang perselisihan faham antara kaum.

"Ini saya lebih setuju kita bertemu dengan orang-orang parti-parti kristian di Malaysia", kata beliau. -TVS