Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 2 Januari 2010

RoadTour terakhir Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Negeri Perak - Ceramah Isu Semasa di Batu Gajah

RoadTour Naib Presien Pas, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man di Negeri Perak berakhir di Ceramah Umum dan Isu Semasa di Kampung Seri Jaya, Batu Gajah Perak. Sebelum ke Batu Gajah, Tuan Ibrahim telah pergi ke 8 buah program di seluruh negeri Perak.

Ceramah ini diadakan di hadapan sebuah rumah AJK Pas Kawan Batu Gajah. Penceramah pada malam itu ialah YDP Pas Kawasan Gopeng yang juga bekas Calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Ustaz Akmal dan Naib Presiden PAS pusat Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Batu Gajah Sdr Kamarul Zaman telah menjadi pengacara majlis ceramah itu. Ketua DPPK Batu Gajah, Sdr Rosdy Abdullah telah menjadi wakil Pas Kawasan Batu Gajah untuk memberi ucapan alu- aluan. Sdr Rosdy mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana telah memberi permit untuk mengadakan ceramah tersebut.

Selepas itu, Ustaz Ir Radzi telah menyampaikan ceramah walaupun kurang sihat. Pelbagai isu yang telah Ustaz ceritakan.

Selepas itu, Ustaz Akmal telah memberikan ceramah. Ustaz Radzi berpesan kepada rakyat negeri Perak supaya tidak melupakan kekejaman rejim UMNO/BN di Perak.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man telah melancarkan 'Orang Muda Geng Kita' kawasan Batu Gajah diiringi dengan lagu rasmi PAS.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan merasmikan baju 'Orang Muda Geng Kita'. Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah memakai baju tersebut secara serentak.

Seterusnya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Nuri al Amin Endut telah memberi cenderahati bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pera kepada Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan ceramah. Tuan Ibrahim memberi banyak ilmu dan info kepada semua yang hadir. Banyak berita isu diceritakan. Antaranya ialah kehilangan enjin jet dan banyak lagi. Orang ramai yang hadir sangat khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim memberi ceramah hungga pukul 12.00 a.m.

Selepas itu, orang ramai berebut- rebut untuk bersalam dan bergambar dengan Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Wartawan Sinar Harian telah menemu bual beliau dan seterusnya Tuan ibrahim telah pergi makan malam di sebuah restoran. tamat.




menjamu selera sebelum ceramah



Anak Rosdy dan Anak Razman sedang menjual baju



baju yang dilancarkan. Jika ingin membeli baju ini hubungi Sdr Rosdy di talian 0135100510



Ustaz Azmin menjual produknya



jika ingin beli produk ini, hubungi Ustaz Azmin di talian 0195297917



menunggu penceramah sampai



Usraz Bakar san Kudus (ajk PAS Batu Gajah)



Ustaz Nuri bersama Sdr Rosdy



Pengerusi majlis, Sdr Kamarul Zaman



Sdr Rosdy telah memberi ucapan kata alu- aluan



Ustaz Ir Radzi sedang menyampaikan ceramah



ketibaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man





Penceramah pada malam itu



bersama mandan YDP Pas Kawasan Batu Gajah



Ustaz Akmal memberikan ceramah



Pelancaran Orang Muda Geng Kita kawasan Batu Gajah yang dilancarkan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man





Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan baju Orang Muda Geng Kita





Ustaz Nuri telah memberi cenderahati kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man






Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sedang memberikan ceramah





berdoa kepada Allah S.W.T





antara orang yang hadir










pejuang rakyat !!!!



memimpin perubahan



bersatu menegakkan ISLAM



orang berebut rebut untuk bersalam dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man









wartawan sedang menemu bual Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man







wartawan bergambar dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man






Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pulang..

Sekitar Program IMPAK DPPN Perak di Markas Pas Kawasan Tambun

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengadakan program IMPAK bersama Dato' Tuan Ibrahim tuan Man di Markas Pas Kawasan Tambun pada petang tadi. Setiap kawasan telah menghantar wakil ke program ini. Pas Kawasan Batu Gajah telah menghantar 6 orang wakil ke program ini.


setiausaha Dewan Pemuda Pas Batu Gajah sedang mendaftar



Dato' Tuan Ibrahim baru tiba



Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak menyampaikan ucapan




Tuan Ibrahim sedang memberi ucapan



wakil- wakil memberi sepenuh perhatian



banyak ilmu yang diperoleh



Ketua dan setiausaha DPPK Batu Gajah



Tuan Ibrahim menunaikan solat sunat





Tuan Ibrahim mengimamkan solat Asar



pemuda sedang berbincang



wakil - wakil sedang menjamu selera.

Jumaat, 1 Januari 2010

Siri kedua Road Tour Dato' Tuan Ibrahim Tuan di Negeri Perak.

Siri kedua RoadTour Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sempena meraikan Sambutan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri ialah Program Liqaul Fiqri yang telah diadakan di Musolla Al-Ehsan (MAE), Paya Renggam Padang Rengas, Taiping semalam.
Program tersebut berlangsung lancar. Kehadiran lebih 800 jamaah jauh dan dekat memenuhi setiap ruang di MAE, sungguh mengujakan. Pas Kawasan Batu Gajah telah menghantar 5 orang wakil yang diketuai oleh setiausaha kawasan, Sdr Razman. Antara pemimpin yang hadir ke majlis ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Perak YB Khalil Idham Lim, Adun Selinsing YB Ramli Tusin, Adun Changkat Jong YB, Adun Lubuk Merbau YB Zainuddin, YB Anuar Sudin dan Ustaz Norazli Musa. Jemputan istimewa ialah Naib Presiden PAS pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Satu program yang cukup mantap untuk mengisi fikrah rohaniah cintakan Islam dan perjuangannya. Sesungguhnya perjuangan untuk Islam itu tidak ada akhirnya, kecuali dipisahkan oleh MATI.

Banyak isu yang disentuh oleh beliau di dalam kuliahnya. Dari isu kegagalan MP Parlimen yg gagal hadir pada Sidang Khas 14 Disember lalu, hinggalah kepada isu maki hamun, tohmahan dan fitnah blog keatas pimpinan PAS, telah dijelaskan dengan tepat dan ampuh. Program yang dimulai selepas solat Asar itu berakhir 10 minit sebelum Maghrib.




Setiausaha PAS Batu Gajah, Sdr Razman sedang mendaftar


wakil- wakil setiap kawasan mendaftar


Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar memberikan ucapan permulaan


Ustaz Norazli Musa Turut hadir



Naib Presiden PAS pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man



Dato' Tuan Ibrahim memberi ucapan






wakil- wakil sangat khuyuk mendengar ucapan Dato' Tuan Ibrahim





Wakil Muslimat



Antara wakil muslimeen





BUBAR DUN PERAK !!!


pemimpin PAS



Ustaz Abu Bakar dan YB Khalil Idham Lim sedang menunaikan solat maghrib



jamuan makan



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke program seterusnya..

Pas Perlis jumpa kerabat di raja dan anak PM di Kelab Malam ?? Jom Baca !!

Salam Kepada Semua Warga Malaysia.

Tepat jam 12 malam,bunga api meletup sana sini,dan rakyat malaysia sambut lah kelahiran tuhan bagi penganut kritian,tanpa ragu-ragu.

pada jam 11.30 malam,saya dan rakan-rakan saya dari utara,iaitu pemuda PAS perlis meninjau sebuah club yang bernama C***** berdekatan ****.
dengan meminum sebuah coke yang bernilai RM55ringgit,saya melihat anak-anak melayu sungguh gembira berjoget tanpa rasa segan pilu dalam keadaan mabuk.

paling mengejut kan saya dan rakan-rakan terlihat kehadiran anak sultan selangor yang sedang berseronok di dalam club tersebut.
jika tidak salah,saya juga terlihat kehadiran anak PM kita dato seri najib.

saya dan rakan-rakan saya mengambil keputusan untuk meninggal club tersebut. sememangnya ianya sungguh memalukan,dan mencalarkan imej MELAYU.


tepat jam 1.46am. saya dan raka-rakan meninjaun kawansan yang terkenal dengan kegiatan sosial REMAJA MELAYU,iaitu BUKIT BINTANG.
tidak perlu di teka,kawasan tersebut sudah seperti NERAKA! kiri kanan depan belakang di penuh dengan kaki mabuk,pasangan haram [COUPLE] dan mat rempit. mejoritinya anak MELAYU kita. ini kah yang di ajar oleh ibu bapanya? atau diri mereka yang mahu mereka begitu?


fikirkanlah wahai warga MALAYSIA. kita berada di bumi MELAYU,mejoritinya UMAT ISLAM. renungkanlah apa yang allah larang dan apa yang allah suka.
bersyukurlah dengan apa yang kita ada,biarlah kita miskin,hine! yang penting kita tidak rugi di akhirat.


jangan terlalu menjadi hamba kepada duit,sesungguhnya duit boleh melenyapkan rasa kasih sayang kita terhadap seseorang.
sampai disini sahaja cerita kami.


Di Petik Dari:RS ( rakan myspace )

http://bulletins.myspace.com/index.cfm?fuseaction=bulletin.read&authorID=106637821&messageID=6619251521&hash=MIG%2bBgkrBgEEAYI3WAOggbAwga0GCisGAQQBgjdYAwGggZ4wgZsCAwIAAQICZgMCAgDABAjdGvA5a5N7DgQQPh9MZ4%2fcxyZMhFD8RfZGFgRwT0cZBg0sILhj2xCitPH24x1gbBEZ59Cvlu%2fzgXAC%2bRlan6kIAeECa9KeL6uMTuVls3EmRvTUR9f1dVWIzJCR7E%2fjN%2bFQq%2fXLlHVrpC7JEAOdggrY9gPptK%2bwhp3LOG9Irc3bbBoQkmLSnO9Inyy1UA%3d%3d

Wahai Zulkifli Nordin, Usah campur tangan pentadbiran Pas- Salahuddin Ayub

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/11/zul-gila.jpg

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, dinasihatkan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Pas di Kelantan kerana ia boleh menyebabkan timbulnya banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, campur tangan Zulkifli itu tidak membawa faedah, malah boleh menjejaskan hubungan baik antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Beliau tidak sepatutnya campur tangan sama ada melalui blog atau lain-lain cara. Lebih baik beliau tumpu kepada isu lain daripada ambil tahu pentadbiran Pas di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Semalam, Zulkifli mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikan menantu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk membongkar kebenaran.

Zulkifli mendakwa, dari segi undang-undang, pelantikan menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Ab Rahman itu melanggar akta SPRM dan adalah kesalahan jenayah. Malah, sejak (dakwaan) penyelewengan itu didedahkan, seorang demi seorang tokoh Pas di Kelantan tumbang.