
IPOH:
 PAS Negeri Perak kesal berikutan pelaburan sejumlah RM 14.49 Juta pada 
tahun 1998 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi membina 
Kompleks Silveritage Galleria yang bertujuan untuk menjadikannya sebagai
 Pusat Budaya Utama Negeri Perak ibarat projek ‘gajah putih’.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, 
mengikut tujuan asalnya, kedudukannya yang strategik di mana ia terletak
 di jalan utama merupakan satu-satunya pusat pelancongan komersil bagi 
menonjolkan seni dan tradisi Perak kepada para pelancong.
Katanya, cadangan projek berubah itu apabila Kompleks Silveritage 
Galleria dijadikan terminal bas setelah dipindahkan dari Medan Kidd oleh
 Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2004.
"Kini, terselah lagi kegagalan pembangunan di Kompleks Silveritage 
Galleria setelah Terminal Bas dipindahkan pula di Meru Raya oleh 
Kerajaan Negeri Perak.
"Bagi kami penyelesaian aset milik PKNP hanya bersifat pembaziran semata-mata," katanya dalam satu kenyataan.
Setiausaha Pemuda PAS Perak itu berkata, PAS Perak mengharapkan PKNP 
tidak mengambil jalan mudah untuk menjual asetnya jika melalui jalan 
buntu di masa yang akan datang.
PAS Perak katanya mendesak Kerajaan Negeri memberikan penjelasan di 
dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada bulan Ogos ini 
nanti.
"Kami ingin tahun apakah pelan jangka masa pendek dan panjang bagi 
memastikan aset penting dan berstrategik tersebut tidak terlepas begitu 
sahaja.
"PAS Perak cukup bimbang jika langkah Kerajaan Negeri Perak membenarkan 
usahasama dengan lain-lain pihak yang akhirnya akan merugikan pelaburan 
yang selama ini dibuat terhadap pembangunan Kompleks Silveritage 
Galleria," jelasnya lagi.
http://perakitedaily.blogspot.com/2013/07/silverite-projek-gajah-putih.html