Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 11 Julai 2013

Jangan pentingkan 'Doktor Peribadi' !

IPOH: PAS Perak menggesa kerajaan negeri menunjukkan ketelusan bagi urusan pembangunan tanah-tanah yang berstrategik di negeri itu. 
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, antara tanah-tanah yang dianggap amat berstrategik di Perak adalah seperti kuarters- kuarters kerajaan yang lama ataupun bangunan-bangunan lama milik kerajaan negeri yang akan dibangunkan semula.
Katanya, pembangunan semula tapak berstrategik ini sewajarnya dibuat secara telus dan adil tanpa mementingkan pihak-pihak tertentu.
 Jelas beliau, pihaknya sentiasa dimaklumkan bahawa terdapat pembangunan yang dirancang adalah lebih bersifat untuk diberikan kepada kroni semata-mata. 
"Antara perkara yang ingin kami persoalkan, adakah ianya dibuat dalam bentuk tender terbuka dengan saringan yang telah ditetapkan? 
"Kadang-kadang dilihat juga, ianya diberikan kepada ‘orang yang rapat’ dengan pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan negeri," katanya.
Setiausaha Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya merasakan ‘wabak’ rasuah akan sentiasa berlaku jika pihak kerajaan negeri tidak mengamalkan ketelusan di dalam pemberian mana-mana projek sekali pun.
Ujar beliau, beberapa langkah ketelusan yang masih belum dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah seperti melaksanakan tender terbuka dan kewajaran pemberian projek tertentu yang dilihat kerap kepada pemilik syarikat yang sama sahaja. 
"Walaupun syarikat yang berlainan, tetapi malang ianya dimiliki oleh penama yang sama di dalam syarikat tersebut. 
"Ianya lebih kepada kroni pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan negeri termasuk yang mempunyai hubungan rapat seperti ‘doktor peribadi’ orang-orang tertentu bagi pengurniaan projek tersebut," tegasnya.

Sumber: Perakite Daily

Tiada ulasan: