Beliau, seorang veteran PAS yg kini menetap di Kg Sungai Terap berusia 77 tahun, seumur dengan ayahanda Ust Radzi dilihat masih bertenaga dan masih mampu mengurus diri dan keluarganya.
Menurut sejarah awal, pada zaman beliau memimpin PAS Kawasan Bt Gajah, Caw. PAS Pengkalan Pegoh dan Caw. PAS Taman Meru yg kini berada dalam kawasan PAS Tambun, ketika itu masih berada di bawah pentadbiran PAS Bt. Gajah.
Beliau turut bersyukur atas kemenangan PAS di DUN Sg. Rapat kali ini kerana penantian lebih 28 tahun telah membuahkan hasil, khususnya bagi PAS Batu Gajah.
Sepanjang 21 tahun memimpin PAS Kaw Bt. GAJAH, banyak asas penting telah dilakukan oleh beliau untuk memperkukuhkan PAS Bt. GAJAH.
Beliau pernah diiktiraf sebagai antara pengedar Harakah paling cemerlang di Perak, dan sehingga kini masih istiqamah mengedarkan Harakah kepada masyarakat khususnya ahli ahli PAS. Mungkin yakin dengan saranan Yb Ustaz Idris Ahmad agar istiqamah mengedar dan menjadikan Harakah bahan bacaan rakyat, beliau amat komited dan optimis dengan media harakah sebagai sumber suntikan kebangkitan dan kesedaran rakyat.
Ramai pimpinan kawasan dan ahli ahli PAS yang turu hadir di rumah Pak Ibrahim.
Shahrul Puadi
Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat