Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan 
melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di 
sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang 
bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan 
kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia 
telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. 
Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan 
kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan 
isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat 
UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui 
oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku
 dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. 
Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah 
sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat 
terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi 
tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam
 penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang 
bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' 
oleh pemerintah BN saban tahun.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
 
 

 
 
 
2 ulasan:
Adakah tanpa hypermarket ini perniagaan orang Melayu akan melonjak? Bukankah kerana sokongan orang ramai (termasuk admin blog ini) terhadap perniagaan mereka ini adalah ancaman yang sebenar? Oleh itu, cubalah lihat dari sudut realiti daripada hanya membebel dan menyalahkan orang lain.
Mula mula Pasa Bina buka kedai MINI An bungkus ,kemudian bila Tesco buka Pasa Bina bungkus.Lepas tu bila Aeon buka Tesco pula kurang pendapatan .Aku nak beli kat mana?
Catat Ulasan