Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 14 September 2012

Mana Perkasa??

Dipetik dari http://perakitedaily.blogspot.com/2012/09/filem-menghina-nabi-ratusan-berkumpul.html

IPOH: Ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaatbagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon serta penyanyi, Abby Abadi.

Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, PAS akan menganjurkan himpunan bersar-besaran di Kedutaan Amerika sekiranya pihak penerbit filem yang dibiayai oleh Yahudi itu tidak memohon maaf.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia.

“Kami akan mempertahankan kesucian Rasulullah walaupun terpaksa menggadai nyawa,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.

“Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap tidak menyatakan bantahan,” ujar beliau lagi.

Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak berkata, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.

“Saya sangat sedih apabila Nabi yang kita cintai ini dihina dengan pelbagai tuduhan dan sepatutnya seluruh umat Islam turut menyatakan bantahan seperti ini,” katanya dalam nada kesal.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.






3 ulasan:

lijitra berkata...

perkasa yg tak perkasa mana mau ikut buat bantahan yg membabitkan nama atau akidah Islam.kalau nak buat huru-hara cepat la depa mai.

Tanpa Nama berkata...

betul dan betul sebab memang dah nampak pun puak tu punya lenggok

wonder why berkata...

Perkasa Hanya menyokong Kenyataan HARAM JADAH UMporNO.