Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 Mei 2012

Wahai Peneroka! Baca ni!!


IPOH: PAS Perak hari ini menyeru kepada semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusi Lajnah PembangunanTanah dan Wilayah Negeri, Hj Razman Zakaria berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga dipasaran saham.

“Diantara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pendaftar Mahkamah tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Dato’ Rosnani Ibrahim hari ini mencadangkan permohonan injunsi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan ini menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.

Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit ‘durian runtuh’ yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Jengka, Pahang esok.

“Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Tiada ulasan: