Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 16 Oktober 2011

Jangan Tak Pegi!!!

IPOH, 17 Oktober: PAS Perak akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak pada 29 dan 30 Oktober di Masjid Tinggi Bagan Serai Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Bagan Serai dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi titik mula perjuangan PAS suatu ketika dahulu.
"Program akan bermula daripada 29 Oktober lagi dengan karnival jualan amal, pameran sejarah , sukan PASTI dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat yang akan dihadiri oleh naib presiden PAS Yb Dato Paduka Husam Musa serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Forum Kemerdekaan yang akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu , Prof Dr Abdul Aziz Bari , Sdr Baharom Shah (Adik Mat Indera) serta Dr Azhar Bahari sebagai moderator.

“Keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober, akan berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain itu tayangan video pengkisahan sejarah PAS serta pembentangan kertas dokumen Negara Berkebajikan oleh Yb Salahuddin Ayub juga turut diadakan.

Pada sebelah petangnya akan diadakan, Wacana Kemerdekaan yang membariskan,Tuan Haji Subki Abd Latif ( Kolumnis Harakah dan Veteran PAS) Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Pengarah Arkib PAS Pusat ) dan Zainuddin Andika (Aktivis Pejuang Kemerdekaan)

Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Perak, serta penyampaian anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.

Kemuncaknya ialah Ceramah Perdana 60 Tahun PAS yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

“Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,serta menunjukkan keizzahan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terus tegar memacu perjuangan di tanah air ini” katanya.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :05 2557237 ( PAS Perak ).


Tiada ulasan: