Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 13 Disember 2010

Bukti DAP pinggir orang Islam!!


Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

azlanSelain bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.

“Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini,” kata Lim dalam satu kenyataan akbar.

“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan wargjavascript:void(0)a pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” katanya.(malaysiakini)

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!