Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 24 November 2009

keputusan sudah dijangka

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh SPR turut didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang tadi.

Kemelut MCA buka peluang DAP



GOMBAK SETIA- Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohammed Ali menganggap kemelut yang melanda MCA adalah peluang emas dan kesempatan DAP untuk meraih sokongan di kalangan kaum Cina.

Menurut Dr Hassan, peluang emas itu perlu digunakan sebaik mungkin agar kaum Cina yang dilihat hilang tempat bergantung itu dapat bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU ) akan datang.

Katanya, krisis yang melanda MCA bukan sahaja akan memberi kemenangan kepada DAP malah secara tidak langsung menjejaskan dan membantutkan transformasi yang dilakukan UMNO untuk meraih semula sokongan rakyat.

“Apa yang berlaku sememangnya memberi khabar gembira dan peluang keemasan kepada PR terutama parti DAP dalam meraih sokongan terutama kepada pengundi-pengundi kaum Cina.

“Ini bukan pertama kali berlaku namun peluang keemasan in sebenarnya telah berlaku secara tidak langsung semasa krisis yang melanda pari Gerakan dan MIC sebelum ini yang mana telah memberi peluang kepada PR untuk meraih sokongan rakyat,” katanya.

Dr Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, berkata, rakyat semakin muak dengan krisis yang telah melanda parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti parti Gerakan dan MIC sehingga mereka beralih sokongan kepada PR.

Sementara itu, Pengerusi DAP Wangsa Maju, Lim Ching How mengakui krisis berpanjangan yang hampir lapan bulan itu membuatkan rata-rata pengundi kaum Cina bosan dan benci dengan kekecohan yang berlaku dan dalam masa yang sama turut menerima borang keahlian dari beberapa ahli MCA.

Isnin, 23 November 2009

Bila 'Lelaki' Bernama Thomas Beatie Melahirkan Anak


Thomas Beatie melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.-Foto ehsan www.edaransalindah.com

THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino.

Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung.

Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.

Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya.

Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.

Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.

Keputusan pecat menantunya Bukti integriti MB Kelantan yang tinggi


KOTA BHARU - Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

“Tok guru menunjukkan sikap cukup tinggi nilai moralnya yang mengutamakan jemaah. Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjukkan tok guru (Nik Aziz) ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, sememangnya dalam pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.

Salahuddin turut menafikan bahawa isu berkenaan merupakan isu yang besar di dalam Pas atau Kerajaan Negeri.

“Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan isu yang membabitkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akan meletak jawatan dan parti dan Kerajaan Negeri.

“Itu tak benar sama sekali. Sabtu lepas kami bermesyuarat di Kuala Lumpur. Beliau hadir dalam mesyuarat Pas Pusat.

“Tak timbul pun soal Datuk Husam letak jawatan. Jadi saya tak nampak ada satu kemelut besar di Kelantan,” katanya.

Husam mahu terus berkhidmat untuk Pas dan Kelantan



KOTA BAHARU - Timbalan Pesuruhjaya Dua Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, yang menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di sini serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?," katanya menerusilaman blognya di
cetusan-hati.blogspot.com.

krisis PAFA - Perak ni pelik kan...???

artikel aidilruslan


masa zaman stadium penuh (zaman dato muhyidin)..sponsor bersepah2....hutang pun boleh bersepah2 gak... gaji player tak bayor... mane pegi duit2 tu... duit tiket, duit peruntukan fam mane pegi... masuk dalam poket sape...?? akhirnye player- player star perak belahh meninggalkan perak...

taik- taik utang dlm pafa mase tu ditinggalkan oleh puak UMNO (dato muyidin) dan Nizar ambik alih bulan november 2008...

season lepas..stadium sunyi...team tak berduit...tapi gaji bayor..KWSP dgn LHDN x sangkut.
..pelik bin ajaib... tapi ade juge malaun yg kabor Nizar songlap duit... bodoh betoi... ... kekeke

skrg, ade dua tiga org malaun dlm pafa yg mmg org umno ni yg beria2 suruh nizar turun... deme menggunakan media yg sememangnya berpihak kpd deme utk memburukkan nizar...

kononnye nizar x berjaya setelkan utang lapok... bodoh tahap kambing gurun! taik2 utang lapok tu spa yg bikin... puak2 deme jugak(dato muyiddin)... sekurang2nye pafa nizar pegang gaji player bebayor... kwsp dgn lhdn x sangk0t...

mereka dua tiga kerat ni kalau betul sayangkan bola sepak Perak.. baik suruh Zambry mamak haram tu salurkan wang kepada PAFA pimpinan DS Nizar! KETEPIKAN IDEOLOGI POLITIK! kalau zambry mamak haram salur bantuan, dia bukan salur bantuan kat musuh utama dia Nizar... tetapi dia salurkan bantuan utk bolasepak Perak yang memang milik rakyat perak... bukan milik Nizar mahupun zambry.. Bola sepak perak ni milik rakyat...

contohilah kelantan, walaupun presiden kafa ialah worang umno (annuar musa)... tapi kjaan negeri still bagi bantuan kwngn... kjaan negeri kelantan x suruh annuar muse letak jawatan pun... sebaliknye bekerjasama memartabatkan bolasepak negeri...

akhir kata, kpd sesiapa yg hendak mengenali org umno yg hancurkan bolasepak perak tu(dato muyidin)... ni ade gambornye... baikk punyerrr...

Photobucket

Ahad, 22 November 2009

PKR tetap kukuh jaga kepentingan semua kaum




SEREMBAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu masih tetap kukuh untuk mengaja kepentingan rakyat semua kaum negara ini.

Menurutnya, ia sejajar dengan matlamat penubuhan parti supaya sentiasa mengambil berat terhadap bukan saja untuk kaum tertentu, sebaliknya semua kaum di negara ini akan dibela.:

“PKR tidak mementingkan satu kaum sahaja tetapi kita menjaga kebajikan semua kaum dan sentiasa mengambil berat apa yang berlaku di antara satu sama lain. Kita dalam parti ini sentiasa bersatu dan bergabung tenaga, malah tidak sesekali pun kita berpecah kerana kita berada di bawah satu bumbung dan gagasan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Keadilan – ‘Menggilap Harapan rakyat’ di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, semalam.

blog BATU GAJAH MARI melancarkan tabung kutipan dana untuk membantu PAFA

posted by PAEH




yang menhadapi masalah hutang lapuk yang agak tinggi nilainya. blog ini telah melancarkan tabung untuk membantu Persatuan bola sepak Perak [ PAFA ]tabung ini boleh meringankan lagi beban yang dipikul oleh Dato' Seri IR Haji Nizar Jamaluddin selaku PRESIDEN PAFA. Pasukan seladang mungkin tidak dapat bermain dalam saingan liga super jika tidak melunaskan hutang ini. Kerajaan haram zambry langsung tidak mahu menolong menyelesaikan masalah ini. Jika rampasan kuasa secara haram yang dilakukan oleh UBN tidak terjadi, masalah ini tidak timbul. Bersama- samalah kita membantu DS NIZAR.

Pornthip Diekori Individu Misteri

PKR dekati pengundi melalui e-media

posted by PAEH

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperkenalkan medium terbaru dalam usaha menambahkan ruang komunikasi kepada rakyat Perak atau pengundi di negeri ini bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan parti berkenaan.

Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub berkata, e-media yang dilancarkan bertujuan memberikan maklumat secara lebih berkesan kepada rakyat seluruh negeri ini.

“E-media ini diwujudkan bagi menambah penggunaan media moden yang sedia ada pada hari ini dan juga sebagai alat komunikasi penting dalam menyampaikan maklumat politik serta isu pelbagai dasar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Wisma Keadilan, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Politik PKR Perak, Anuar Zakaria.

Mustaffa Kamil berkata, dengan cara itu pimpinan Keadilan dapat menyebarkan segala maklumat berkenaan secara langsung dan menyeluruh kepada seluruh rakyat negeri Perak.

Selain itu, PKR katanya, turut menggerakkan pelaksanaan Aras Penunjuk Prestasi (KPI) bagi dua kelompok iaitu semua pimpinan PKR dan lima lagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak serta Cabang-cabang di seluruh negeri ini.

Mustaffa berkata, KPI untuk ADUN Perak akan dikendalikan oleh Dr Lee Bon Chye sebagai penyelaras bagi pelaksanaan perkara berkenaan.

Menurutnya, pelaksanaan KPI itu juga bertujuan untuk memastikan semua ADUN memberikan khidmat mengikut piawaian yang diputuskan oleh PKR menerusi KPI yang bakal dilaksanakan itu.

“Kita faham bahawa rakyat hari ini semakin kritikal untuk menilai sejauh mana kemampuan serta perkhidmatan yang mampu diberikan oleh ahli-ahli Yang Berhormat kita.

“ADUN-ADUN ini perlu dikenal pasti memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat setelah hampir dua tahun kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan Sistem penilaian inilah yang bakal menilai sejauh mana kemampuan mereka,” katanya.

Dengan cara itu perkhidmatan dan penampilan mereka (ADUN) perlu sampai ke tahap piawaian yang ditetapkan menerusi KPI itu,” katanya.

Beliau berkata, bagi 24 Cabang yang terdapat di negeri ini akan dikendalikan oleh Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria.

Justeru, satu borang yang standard akan disediakan untuk digunakan di peringkat Cabang dan ianya penting untuk mengukur kesiapsiagaan bagi menghadapi pilihan raya sekali gus dari segi kemampuan mereka dalam memberikan khidmat kepada rakyat Perak.

Sabtu, 21 November 2009

posted by PAEH

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Sivarasa menafikan dakwaan rombakan yang diumumkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan parti tersebut mulai lemah dan hilang sokongan rakyat.

Menurutnya, rombakan itu bertujuan memberi mesej jelas kepada kepimpinan negeri untuk menguatkan kembali parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Ini merupakan rombakan biasa dilakukan parti, dan tiada kaitan dengan kelemahan parti mahupun kurangnya sokongan rakyat terhadap parti,” katanya semalam mengulas rombakan yang akan dilakukan Anwar yang disiarkan di dalam akhbar, kelmarin.