Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 24 September 2009

DUN Perak Bubar 29 September?




demokrasi93.blogspot.com

29September mahakamah akan mendengar apakah Sivakumar betul dalam mengistiharkan 3 DUN Katak di Perak adalah kosong.

jika mahakamah mengisthiarkan bahawa Sivakumar betul, maka Nizar ada peluang lagi jadi MB kerana kedudukan DUN adalah seimbang. Terserah kepada Sultan Perak memberi perkenaan, yang manakah patut memerintah Perak. Ada kemungkinankah Tuanku memberi perkenaan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya?.

Dalam kedudukan Negri Perak sekarang, difikirkan perlu bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana pilihan mereka. Membiarkan keadaan sekarang yang menurut Nizar dan penyokongnya adalah kerajaan yang ditubuhkan bukan melalui pilihanan rakyat, melainkan melalui cara kudeta.

PAS akan tetap bersama PAKATAN RAKYAT


KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_

KERAjaan HARAM BE-END rompak bajet kerajaan PAKATAN RAKYAT


demokrasi93.blogspot.com
IPOH, 24 Sept: PAS mempertikaikan dasar bajet kerajaan BN Perak kerana kerajaan yang ada tidak pernah menggubal sebarang bajet baru selepas Umno dan BN mempertikaikan bejat yang dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan BN Perak yang dibentuk secara kudeta tidak pernah meluluskan bajetnya sendiri.

Katanya, Bajet 2009 yang dibentang dan telah diluluskan dalam Persidangan DUN pada penghujung 2009 dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat.

Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang.

Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

�Namun begitu sejak BN merampas kuasa di Perak, manakah dasar bajet yang telah diumumkan kepada rakyat? Inilah salah guna kuasa yang merupakan gambaran sebenar bahawa BN tidak mempuanyai kuasa yang sebenar dalam menggunakan Bajet 2009 yang telah diluluskan,� kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sidang yang bermula pada 10 Nov 2008 itu menyaksikan Perbahasan Enakmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000, yang akhirnya diluluskan.

�Masih segar dalam ingatan saya semasa perbahasan dibuat, ADUN BN memperlekehkan Bajet 2009 yang telah dibentang oleh MB Pakatan Rakyat. Antaranya menganggap sebagai Bajet Tin Kosong.

�Akhirnya saya beranggapan BN telah "menjilat" ludahnya sendiri dengan menggunakan Bajet tersebut tanpa ada dasar khusus, apalagi gagal memanggil satu sidang sah untuk membentang satu bajet baru kalaulah benar bajet yang dibentangkan kami adalah tin kosong.

�Malu, tidak bermaruah, tidak berprinsip itulah mungkin yang saya boleh andaikan dengan perangai pemimpin BN di Perak yang telah membelanjakan wang rakyat tanpa ada dasar khusus,� katanya.

MB Perak Pakatan Rakyat semasa membentangkan bajet tersebut telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009, beritahu Khalil dalam kenyataannya.

Ini adalah antara apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini :-

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

�Kerana itulah saya beranggapan bahawa BN telah menggunakan dasar Bajet 2009 yang diluluskan semasa Pakatan Rakyat memerintah, dan sebenarnya rakyat Perak menerima banyak perubahan dengan dasar bajet yang bertemakan kebajikan itu,� katanya.

Sekiranya Bajet tersebut tidak mematuhi dasar yang telah diluluskan dalam pembentangan DUN tersebut berarti telah berlaku sekali lagi pelanggaran undang-undang setelah sekian banyak pelanggaran undang-undang yang telah dilakukan oleh BN di Perak, katanya.

Maka tidak ada jalan yang terbaik melainkan di bubarkan DUN Perak, dengan mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semua kerajaan yang sah di Perak, tegas beliau. _ HRKH

Rabu, 23 September 2009

Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat - PAS Perak





IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.
Iklan




Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya. _ IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya. _hrkh

rakyat perak getik kat ZAMBRY



BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu.

Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka.

Image Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.

Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.

Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Image Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut.

Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.

Image Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat. _

Khamis, 17 September 2009

Perutusan 1 Syawal 1430 Hijrah Oleh YAB Dato Seri Nizar






ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd

Sah DUN Perak dibubarkan selepas Raya??



1.SMS dari Hj Asmuni Awi,Pengarah Jabatan Pilihanraya supaya dilancarkan kutipan derma untuk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Pilihanraya Negeri Perak .Beliau meminta dilancar kutipan derma di masjid,surau dan markaz Pas bermulai dari sekarang hingga Solat Sunat Eidulftri.

2.SMS dari Sdr Khairul Ismael,Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang,meminta perbanyakkan sedekah di akhir Ramadhan untuk kegunaan PRK Bagan Pinang dan Pilihan Raya Perak.SMS itu meminta mulakan kutip dari sekarang sehinggalah Bubar Dun Perak.SMS itu juga menyatakan gunakan masa yang ada untuk anak rantau turut sama menyumbang.

3.SMS dari sahabat Penghulu ,menyatakan DUN Perak bubar selepas hari raya.!

4.SMS dari rakan UMNO,YB Rosli Husin ,suka bubar DUN Perak,sebab beliau sudah kaya.Kereta baru dan rumah baru!YB Rosli,Adun Trong,tidak kisah jika beliau tidak lagi menjadi calon Pilihanraya Negeri 2009.

Selasa, 8 September 2009

Menuju Kebangkitan Rakyat Johor

Poster DSAI Pt Sulong

Laporan Khas TVAntara

JOHOR, 6 September – Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.”

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini!”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Warsito, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata batil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Warsito, seorang ahli falsafah.”

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin.”

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil.”

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motokar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan.”

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati.”

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.

Boikot barangan LEGO



Boikot, jangan tak boikot demi kesucian agama Islam dan Nabi kita Muhammad SAW.

Rabu, 2 September 2009

PEKIDA DAN PEWARIS YANG BERLAGAK MENGHALANG NIZAR DAN ADUN PR



Image Hosting by imagefra.me

kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.


Image Hosting by imagefra.me

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.

Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

SIDANG DUN DIADAKAN DI HOTEL HERITAGE



Image Hosting by imagefra.me

Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.

Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.


Image Hosting by imagefra.me

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:

Image Hosting by imagefra.me

1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.